
" Aku ! " terkejut Imran .
" Iyalah , aku bertugas dalam hacking , Toshio sendiri kau tahu bahawa dia benci sukan dan Intan seorang perempuan takkan dia yang dijadikan penyamar ." jawap Hakim .
" Tak adil , akupun tak minat sukan jugak ."
" Sudah-sudah , Imran kamu akan sertai program itu .Jangan risau yang lain pasti akan bantu ." tegas Prof .
" Hhhaik😓"
[[[ Hahahaaa ]]]
............................
(Keesokkannya )
Jumaat menjadi hari cuti untuk semua kelas yang hanya berlaku di Universiti ini sahaja dikeranakan kebijakan pihak atasan tetapi tidak menutup kemungkinan adanya pelajar yang hadir ke sekolah kerana hal-hal tertentu seperti pelajar-pelajar Kelab W.
Disebabkan hari ini adalah hari cuti ,semua yang datang hanya memakai pakaian kasual dan bebas . Termasuklah Prof. Divyaseri yang turut datang menemani mereka.
" Sekarang apa rancangan kalian ? " tanya Prof.
" 1. Prof akan mengajar seperti biasa tetapi sedikit demi sedikit mendekati pelajar-pelajar kelas 2 Prinsip Akaun dan mendapatkan maklumat daripada mereka . Fokuslah kepada perbicaraan yang melibatkan pembulian mahupun isu pelajar di kelas tersebut.
Imran pula akan menyamar menjadi peserta program dan berlatih bersama-sama dengan Lee Pang Yuan . Cari punca kenapa dia sedih ? "
"Ada yang ingin tambah ." jelas Intan .
" Saya ! " Toshio dengan singgap mengangkat tangannya ." Malam semalam saya dan Hakim sudah bincang dan memutuskan untuk mengeluarkan duit untuk membeli cctv lepas pasang di sudut stadium bola keranjang dan di kelas 2 Prinsip Akaun dimana kosnya akan ditanggung oleh Hakim sendiri ."
" Betul itu , nanti pukul 11.00 kita semua akan keluar dan membeli beberapa barangan penting untuk ini .Tentang duit kalian jangan risau , aku belanja ." jawap Hakim dengan angkuhnya .
__ADS_1
" Memangnya kamu mahu membeli apa ? " tanya Prof .
" 6 cctv lepas pasang , 1 alat perakam kecil , 2 alat pelacak dan 2 spy walkie talkies watch .
2 cctv di stadium , 1 di stor serta 1 di loker baju dan 2 di kelas .Alat perakam suara akan dipasang di badan Imran bagi tidak melepaskan sebarang jenis bukti percakapan antara Lee Pang Yuan dan yang lain .2 alat pelacak untuk Lee Pang Yuan dan suspek pertama yang disertakan dengan fungsi audio .Akhir sekali , 2 walkie talkies berbentuk seperti jam untuk digunakan Imran dan Operator berhubung ."
" Bukan ke terlalu banyak dan mahal ? " tanya Intan .
" Selain itu , bukan ke jika ada pelacak + audio maka privasi Lee Pang Yuan akan tidak nyaman .Kalian mungkin menyiasat tetapi berkaitan privasi pelajar adalah sangat dilarang keras untuk disentuh ." kata Prof .
" Ibu saya adalah seorang CEO Bank jadi dia ada koneksi dengan syarikat elektronik .Ibu saya pun sudah memberi izin , sekarang hanya perlu pergi belinya di syarikat itu dan tentunya harganya adalah jauh lebih murah daripada membelinya di tempat lain ."
" Hakim , aku rasa kita kena minta kebenaran dari ibubapanya Lee Pang Yuan sebab ini termasuk menceroboh privasi seseorang .Jika tidak , ditakuti kita pula yang dimasukkan ke lokap." balas Toshio. " Kalau masalah privasi mungkin kita akan matikan alat gajet apabila Lee Pang Yuan sudah selamat sampai di rumah jadi kurang mengganggu urusan pribadinya."
" Kalau itu , prof setuju .Kalau begitu Imran dan Hakim , kalian pergi ke syarikat itu dan belilah barangan yang diperlukan .Intan dan Toshio, kalian berdua tanya kepada Kak Zhoung Yi tentang keinginan kita untuk melawat rumahnya berjumpa ibubapa mereka untuk membincangkan isu ini .Jika Kak Zhoung Yi setuju , kalian pergilah ke rumah mereka dan minta kebenaran secara langsung dari mereka bertiga . Prof pula akan minta izin kepada universiti untuk memasang cctv di beberapa tempat tetapi jangan risau berkaitan Lee Pang Yuan , Prof akan tutup mulut." ujar Prof.
[[[[ SETUJU !]]]]
...----------------...
( Di syarikat TG )
1.CCTV super mini yang boleh bersambung dengan wifi mahupun bluetooth, memiliki kualiti gambar berwarna yang sangat bagus .
2.Spy watch memiliki dua fungsi iaitu merakam suara sekeliling seperti aplikasi recording dan sebagai alat hubung antara dua pemakai yang disahkan . Fungsinya seperti smartwatch tetapi dengan dengan ilusi yang lebih biasa .
3.Magnetic adsorption , juga alat perakam suara tetapi memiliki fitur pelacak jarak jauh yang ketepatannya sangat jitu. Akan dipasang di name tag Lee Pang Yuan yang akan dia pakai sentiasa di kelas mahupun semasa perlawanan kerana itu adalah peraturan universiti .
...----------------...
( Di apartment keluarga Zhoung Yi)
Kak Zhoung Yi yang setuju dengan idea mereka berdua membenarkan Intan dan Toshio melawat ibunya yang tengah berada di rumah untuk meminta izin kepadanya.Segala urusan bersama ibunya berjalan dengan sangat lancar sekali kerana ibu Lee Pang Yuan yang turut risau dengan kondisi anaknya yang kian lama kian membimbangkan .Intan juga menerangkan cara mereka mencari punca masalah Lee Pang Yuan kepada Zhoung Yi dan ibunya .
__ADS_1
...----------------...
( Di bilik pengetua )
Professor Divyaseri berjaya meminta izin kepada pengetua universiti untuk memasang cctv lepas pasang di kelas 2 Prinsip Akaun dan Stadium Bola Keranjang dengan alasan ingin mencari sesuatu yang 'mencurigakan ' .
Alasan Pengetua bersetuju juga adalah kerana disebabkan program ini ditakuti terdapat kes pergaduhan ataupun kes serius lain yang mungkin akan berlaku di sudut buta cctv sekolah yang tidak boleh tersampai kamera cctv seperti kejadian kes 3 tahun lepas .
...----------------...
Setelah menyelesaikan bahagian tugas masing-masing , semuanya mula berkumpul kembali di bilik kelab untuk misi seterusnya iaitu memasang cctv di titik-titik yang strategik .
Hakim dan Intan akan menguruskan pemasangan di kelas manakala yang lain mengurus pemasangan di stadium .
Setelah 30 minit , pemasangan mereka pun selesai .
Mereka mencuba mengaktifkan cctv menggunakan bluetooth kelab yang akan disambungkan di komputer , dua laptop , satu tablet (gajet kelab W yang dibeli Toshio pada bab 16) dan phone masing-masing tidak terkecuali dengan Prof.
Juga mencuba barang lain memastikan tiada kerosakan dan kendala berlaku . Selepas memastikan semuanya berjalan lancar , misi merekapun bermula .
(Hari kejadian )
Semasa waktu rehat , Imran tidak bergabung dengan ahli kelab kerana terpaksa berkumpul di stadium sekolah untuk upacara perasmian .
Seramai 8 orang ahli tetap bola keranjang termasuk Lee Pang Yuan dimana 5 orang adalah pemain utama manakala 3 orang adalah pemain gantian .Untuk peserta program pula hanya memiliki 6 peserta .
Toshio yang berada di kelab menguruskan perbualan antara Imran dengan jam walkie talkies.
Intan akan mengurus cctv di stadium dan Hakim akan kejap memerhatikan monitur pelacak dan kejap melihat cctv di kelas .
Prof mengajar seperti biasa tetapi dengan lebih teliti di kelas Lee Pang Yuan berada .
Lee Pang Yuan yang berperan diposisi sayap kiri utama manakala Imran hanya akan memerhatikan mereka berlatih untuk hari pertama program masih berfikir cara terbaik melekatkan pelacak suara ini di tag nama Lee Pang Yuan .
__ADS_1
https://pin.it/nf5Gmds
[ Terima kasih kerana membaca. Bantu like dan favourite nya ]