Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 77 KES BERAT UNTUK KELAB W


__ADS_3

Di sebuah gang gelap yang hanya diterangi oleh satu lampu jalan malap sahaja. Seorang gadis yang berumur diantara 23 tahun dijebak oleh 3 orang peraman bertubuh besar.


" Kalian buat apa ikut saya? Pergilah . " jerit gadis berpakaian seksi itu.


" Hei gadis, boss aku kata dia suka sama kau dan sepatutnya enggak bangga kerana akan menjadi mainannya yang ke 100 . Mari ikut kami. Kalian berdua tangkap dia jangan sampai dia kabur. "


" Arghh, lepaskan. Tolong!!! " jerit gadis itu tapi tidak didengari oleh sesiapa pun.


Pada malam itu adalah malam terakhir untuknya berada di dunia ini.


( Dua hari kemudian)


" Kalian semua dengar tidak berita semalam. "


" Iya aku dengar dan tidak disangka di daerah sini akan ada kejadian tragis seperti ini. "


Ucap Intan dan Farah di tengah perkumpulan kelab W.


Semalam, polis telah menjumpai seorang mayat yang telah hangus terbakar menyisakan tulang-belulang nya sahaja dan apa yang lebih parah ialah setelah diselidiki, mayat itu merupakan mayat seorang gadis bernama Elizabeth yang berumur 23 tahun.


Disebabkan tubuhnya telah habis terbakar maka polis tidak dapat menemui sebarang bukti malahan tidak dapat mengetahui siapa pelakunya.


Knock, Knock


Prof. Divy masuk .


" Kalian semua, ada seseorang yang mahu berjumpa dengan kalian. Boleh ikut dengan prof ? "


" Siapa prof ? " tanya Imran.


" Nanti juga kalian akan tahu. "


( Di bilik mesyuarat )


Toshio dan kawan-kawannya sampai di bilik mesyuarat.


Pn. Alya, Kakak Nurul, Erina dan Tan juga sudah berada di sana.


Seorang pasangan orang tua berada tepat disebelah Kakak Nurul.


" Kalian semua duduklah dulu. " jemput Alya.


" Pengetua, ada apa sebenarnya memanggil kami? " tanya Intan.

__ADS_1


" Kalian semua telah dengar berita mayat yang dibakar semalam?


" Iya . Baharu tadi kami bincangkannya . "


" Kalian semua , mereka berdua ini adalah ayah dan ibu kepada mangsa . Mereka ingin berjumpa dengan kalian kelab detektif yang mula naik daun . "


Toshio dan yang lain sedikit terkejut dengan 'tetamu' mereka hari ini yang tidak disangka-sangka .


" Kalian semua. Mohon bantuannya untuk mencari siapa yang sanggup memb*n*h anak ibu. '' sedih ibu.


" Elizabeth adalah anak jalanan yang sangat suka berpakaian terlalu terbuka. Walau telah dinasihati dan dimarahi berkali-kali tapi Elizabeth tetap berdegil tidak mendengar kata.


Lima hari lepas kerana amarah Elizabeth lari dari rumah dan sejak dari itu Pak Cik tidak dapat menghubunginya lagi sehingga semalam kami mengetahui bbencana besar ini. "


Ibu Elizabeth hanya mampu menahan tangisannya manakala suaminya tetap berada di sisinya dan memberikan pelukan hangat.


" Puan bertabahlah. " pujuk Nurul.


" Kakak Nurul sebenarnya apa yang terjadi ? Pihak polis tidak jumpa sebarang petunjuk ke ? " tanya Toshio.


" Kertas siasatan baharu sahaja dibuka tidak kurang dari 24 jam jadi untuk buktinya tidak terlalu banyak kecuali ini sahaja. ''


Nurul memberikan sebuah foto yang diambil di tempat kejadian.



" Mayat Elizabeth dijumpai di dalam sebuah tong dan anting tindik ini dijumpai berhampiran tong itu. Walau kami tidak tahu adakah ini ada hubungan atau tidak dengan kes ini tapi item ini tetap dirampas sebagai bahan bukti.


Toshio, kami akan tetap terus menyiasat perkara ini tapi kami harap kelab kalian juga boleh bantu kami dengan kepintaran kalian. Lagipun, ibubapa Elizabeth lah yang meminta untuk menggunakan kepakaran kalian dalam kes anaknya ini. "


" Wahai anak muda, mohonlah tuk bantu kami mencari pelaku yang beraninya memb*n*h anak kami. Beritahu sahaja bayarannya, maka saya akan terus bank in. " ucap ibu.


" Kalian, macam mana ni ? Misi ini agak serius untuk hanya kelab universiti selesaikan . Imran akan ikut pendapat kalian. "


" Betul itu. Ini bukan kes biasa-biasa. Ini boleh melibatkan nyawa dipertaruhkan. " jawap Farah.


Mereka saling beradu argumen sehinggalah ditetapkan bahawa keputusan terakhir terletak di tangan Toshio.


...Misi Utama :...


...Mencari pembunuh Elizabeth....


...Hadiah : item [ Bangunlah jiwa ] dan 50 juta coin...

__ADS_1


...Hukuman : Menembak 20 orang gadis dalam satu hari...


...Masa : 1 bulan....


" Kalian semua, aku tahu ini bahaya tapi aku rasa lebih baik kita bantu ibu Elizabeth ini lagipun bahaya jika pembunuh itu masih berlegar-legar di kota ini. "


" T.. Terima kasih anak muda. Berapa kamu inginkan? Saya akan bayar. "


" Tuan, kami akan terima bayaran selepas sahaja misi ini selesai. "


" Toshio, untuk pastikan keselamatan kalian dijaga. Kakak Nurul akan menjaga kalian selama misi ini berjalan. " ucap Nurul.


" Iya ke terima kasih Kakak Nurul. "


" Sama-sama. Kamu nak mulakan misi ini dari mana Toshio? "


" Kalian tahu tidak aksesori berupa naga dalam gambar itu merupakan naga Black Dragon. Naga yang dikatakan akan menyebarkan kegelapan malam dimana sahaja dia berada. Ini bererti pelaku ini melakukan aksinya pada waktu malam dan dikernakan Elizabeth melarikan diri tiga hari yang lalu maka ada tiga malam yang perlu dilaluinya. Malam semalam memang tidak mungkin kerana mayatnya telah ditemukan sebelum itu lagi. Jadi tinggal malam pertama dan malam kedua .


Kita perlu mencari tahu kemana sahaja dia pergi pada dua malam itu. " terang Toshio.


" Pada hari pertama hilangnya Elizabeth, dia diketahui menginap di Hotel Trump dan telah check out pada jam 12 tengah hari hari kedua. Selepas itu, khabarnya tidak diketahui." jelas pula Kakak Nurul.


" Maknanya masa yang berkemungkinan adalah dari jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang hari ketiga. "ucap Intan.


" Mungkin kita perlu guna CCTV berdekatan Hotel Trump untuk mengetahui jejak Elizabeth. " cadang Farah yang disetujui oleh semua orang.


Mereka bertolak ke lokasi Hotel Trump dengan beranggotakan Toshio, Intan, Farah, Imran, Hakim, Nurul dan Prof. Divy ( Dia hanya bantu hantar kerana perlu pulang ke universiti untuk mengajar. )


Dengan bantuan dari Nurul, sang polis. Mereka mendapat kebenaran untuk mengakses CCTV bangunan hotel dan dari itu mereka ketahui Elizabeth menuju ke jalanan kota besar.


" Toshio disitu ada kedai serbaneka. Mereka pasti ada CCTV di luar. " ucap Farah.


" Mari kita tanyakan ke pekerja sana pula. "


Dari Hotel Trump > Kedai Serbaneka > Dobi > Kedai Makan.


" Di kawasan ini tiada kedai yang memiliki CCTV jadi bagaimana kita mahu mengetahui arah pergerakan Elizabeth ? "


Pertanyaan Farah membuat Toshio terpaksa berfikir keras.


Di lorong dobi ini ada tiga jalan bercabang dan tidak satu pun jalan ini mempunyai akses kepada CCTV. Sebenarnya boleh sahaja kita berjalan di setiap jalan dan mencari kedai yang ada CCTV. Kedai yang tidak menangkap pergerakan Elizabeth maka bukan jalan yang dilalui oleh Elizabeth dan kita tinggal beralih pada dua jalan yang berlainan pula. Tapi itu terlalu memakan masa . Fikir Toshio. Pasti ada cara lain yang lebih efektif.


Toshio berfikir keras sambil memandang sekeliling sehingga dia terlihat sebuah petunjuk.

__ADS_1


" Itu dia! " bersemangat Toshio sambil menunjukan jari telunjuk nya ke arah kereta yang diparkir berdekatan Kedai Dobi dan memiliki Dashcam .


__ADS_2