
" Alahai . Tidak perlulah bersembunyi lagi . Saya tahu ada orang didalam stor ini bukan ? " ucap suara misterius itu .
Imran hanya bisa dapat diam tak bersuara di belakang timbunan kotak-kotak .
" Hmm , jadi kamu mahu terus bersembunyi di dalam sini lah iya . Baiklah sejujurnya saya tidak tahu siapa anda tapi anda di sini untuk mencari jawapannya bukan ? "
Dibuat terkejutnya Imran dengan ucapan yang dibicarakan oleh wanita misterius itu .
Imran jangan terpedaya . Duduk sahaja di situ dan tunggu dia beredar ...( ucap Farah di alat komunikasi Imran )
" Apa yang kamu mahu cari ? Rakaman cctv ? Data akaun ? Kalau itu yang kamu cari maknanya kamu berada di tempat yang salah .
Semua bukti itu tidak lagi ada disini tapi di suatu tempat yang hanya diketahui oleh mak cik ini , Mak Cik Adawiyah ."
" Pn. Adawiyah? "bangunnya Imran dari tempat persembunyiannya .
Baka Imran. Kenapa kamu tunjukkan hidung kamu sekarang ? ...(geram Farah )
" Jadi kamu Imran ? Mak cik ada satu soalan . Kenapa kamu perlukan bukti itu ? "
" Ada seseorang yang Imran ingin selamatkan . "
jawapnya dengan tegas.
" Untuk pengetahuan kamu Encik Xing adalah majikan yang sangat baik . Ada ramai yang menyokong beliau tapi malang dalang di balik semua ini memiliki latar belakang yang juga besar jadi sokongan kami hanya secara halus sahaja ."
" Maksud anda Puan Rosnah ? Jikalau kalian mahu membalas jasa Tuan Xing bukankah sekarang masa yang terbaik ? "
" Jadi kamu juga sudah tahu siapa rubahnya tapi hanya dengan itu tidak cukup . Mari ikut mak cik ."
Pn. Adawiyah membawa Imran ke bilik para cleaner sering berkumpul.
" Kenapa kita di sini Bunda Adawiyah ? "
Tanpa menjawab , Pn. Adawiyah hanya menuju ke sebuah rak berisi tin-tin kosong .
" Imran , tolaklah pintu itu ."
Walaupun terlibat berat , Imran dapat mendorong rak itu dengan mudah dan alangkah terkejutnya Imran mengetahui di balik rak itu adalah sebuah pintu kayu yang lama bahkan tiada tombol pintu .
Pn. Adawiyah yang masuk dulu ke dalam diikuti oleh Imran yang sedikit berhati-hati .
Di sebalik pintu , adanya beberapa rak yang menyimpan semua jawapan .
" Imran, ketahuilah semua bukti dan rakaman telah disimpan di sini oleh semua kakitangan syarikat ini . Kami bersatu dan mengumpulkan bukti apabila kami dapat mengetahui ada penggelapan duit yang dilakukan oleh sang adik beradik rubah itu ."
" Mereka adik- beradik ? "
__ADS_1
" Walaupun lain bapa tapi mereka masihlah adik-beradik . Semua ini kami kumpul dari 1 tahun lepas ."
" Satu tahun ? Tapi kenapa tidak laporkan pada polis ? "
" Ketahuilah kami pun pekerja yang makan gaji . Jika kami ketahuan melakukan ini siapa lagi yang akan beri makan anak-anak kami."
Imran meneliti beberapa buku laporan dan benar semuanya mengandung semua syarikat hantu yang dibuat oleh Balqis .
Tiba-tiba , pandangannya tertumpu kepada sebuah buku yang memiliki cover yang sangat pelik
...Repetitor mondial...
" Bunda , apa buku ini ? "
" Buku itu ada orang ambil dari pejabat Puan Rosnah. Katanya setiap kali , Pn. Rosnah bosan , dia akan membaca buku ini dan di pejabatnya sahaja memiliki 8 salinan buku yang sama ."
" Ohh begitu . "
" Kamu kalau mahu membawa ini semua ke tempat kamu , mak cik tiada masalah . Daripada tersimpan di dalam sini tidak berguna lebih baik kamu bawa ini untuk digunakan sebaik mungkin ."
" Iya ke bunda .Tapi bagaimana kita mahu bawa semua ini keluar bangunan? "
" Panggil sahaja semua cleaner dan minta mereka bawa buku-buku ini menggunakan troli baju . Ada satu paip yang menyambung dari bilik dobi ke tong sampah bedar di luar bangunan . Kamu boleh minta kawan kamu untuk letakkan kereta di bawah paip . "
Farah , boleh minta prof untuk datang ke belakang bangunan syrilat tidak . Kita akan membuat operasi pemindahan maklumat . ....( ucap Imran kepada Farah )
Baiklah . Kami akan uruskannya . Kamu boleh bawa semuanya ke dobi dan akan kami ambil di saluran hujung paip. ... (balas Farah)
( Operasi Pemindahan Maklumat )
Pn. Adawiyah memanggil lebih 5 orang cleaner bangunan dan menerangkan segala yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan oleh mereka .
Nampaknya semua orang tiada masalah dengan itu dan melaksanakan operasi dengan segera.
Hakim yang berada di bilik mesyuarat Syarikat Temenggung Kencana menghack semua cctv yang akan menjadi laluan dari bilik cleaner ke bilik dobi .
Prof dan Intan pula telah sampai di belakang lorong syarikat dan mengambil bukti-bukti yang telah selamat sampai .
" Terima kasih Bunda atas semua ini ."
" Iyalah Imran , tapi ingat untuk berikan pengajaran kepada dua rubah licik itu dengan hukuman yang layak untuk mereka ."
" Insyaallah. Kami akan cuba yang terbaik . Jadi , izinkan saya pulang ."
" Baiklah . Imran kamu dipecat dan nanti biar saya uruskan hal lainnya ."
" Terima kasih lagi Bunda. "
__ADS_1
" Sama-sama ."
▫️▫️▫️
Di Syarikat Temenggung Kencana, semua bukti telah dikumpulkan dan mereka mengkaji setiap satu .
Toshio nampaknya juga tertarik dengan buku Repetitor mondial yang memiliki cover yang menyeramkan .
" Imran buku apa ini ? "
" Bunda Adawiyah kata ini buku kegemaran Puan Rosnah tapi aku langsung tidak dapat membaca isi buku ini kerana bahasanya yang berbeza ."
System , kamu ada kamus pelbagai bahasa ?
Tuan , kamu ada kebijaksanaan yang tinggi jadi kamu boleh dengan mudah mempelajari secara otomatik seluruh bahasa yang ada di dunia ini .
Tapi kenapa buku ini aku tidak dapat membacanya ?
Apa ? Mustahil .Selagi bahasa itu dibuat di bumi maka anda akan dapat memahaminya kecuali jika bahasa buku itu bukan dari bumi .Tuan belilah [ Kamus Dewa ] yang merupakan buku untuk semua bahasa di dunia dewa . Walau hanya kemungkinan sahaja tapi lebih baik kita cuba .
Baiklah belikan terus kamus itu dan kita cuba lakukan yang terbaik
...[ Kamus Dewa ] telah dibeli...
...Coin semasa : 50 146,390 coin ....
Toshio melihat kembali buku itu dan tanpa disangka bukunya dapat dibaca .
Repetitor mondial iaitu Pengulang Dunia
Ini adalah buku yang ditulis menggunakan bahasa dewa dan hanya ada satu sahaja dewa yang aku fikirkan membuat semua ini.
Toshio membaca setiap baris ayat yang ada dan di dalamnya adalah seperti buku cerita tapi Toshio tahu itu bukanlah sebuah kisah dongeng belaka .
Kisah pertarungan antara Dewa Cinta dan Dewa Bumi melawan Dewa Kejahatan . Di dalam sana juga terdapat kisah kekalahan dua kubu itu dan apabila menyusuri lebih dalam Toshio sudah dapat mengetahui siapa yang buat buku ini .
Kebangkitannya akan sempurna hanya apabila dapat membunuh 500 orang manusia dan dalam tempoh itu , Sang Dewa Kegelapan akan duduk di dalam tubuh penulis buku ini dan memberikan kuasa yang tidak pernah manusia fikirkan .
Amarah Toshio memanas sehingga membuatnya menghentakkan meja dan itu membuat semua orang terkejut .
" Toshio ada apa ? " penasaran Alice
" Alice , aku yakin kamu dapt membaca buku ini dan cubalah bacanya ."
Alice hanya sekilas sahaja melihat tulisan itu dapat mengetahui kegusaran yang dirasakan oleh Toshio .
" T..Toshio , tulisan dan bahasa ini m..milik dia ." ucap Alice yang merujuk kepada Dewa Kegelapan .
__ADS_1
Alice takut jika kembalinya itu akan kembali membawa kegelapan di sekuruh Dunia Dewa yang dahululah membuat ibu dan ayah Alice ketakutan .
Toshio yang melihat itu hanya dapat memeluk Alice dan melihat kelakuan Toshio , Alice hanya dapat menangis mengenang ibubapanya .