Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 38 : Menginap


__ADS_3

" Kalian tidur sahajalah di rumah aku , bila urusan aku sudah selesai nanti aku pulanglah .Macam mana ? "


" Aku tanya Chou dan Lim dulu lah ." jawap Sam dengan mengeluarkan telefonnya .


.


.


.


( Di rumah Toshio , 7 malam )


" HELLO Toshio !!! " jerit Lim dengan semangat.


"Lim ! Hormat sikit kat ini rumah orang ...Maaf iya Toshio, dia ini hyper sikit orangnya dan terima kasihlah sebab beri kami nginap harini ." kata Chao.


" Tak apalah . Kalian berdua masuklah dulu dan buatlab macam rumah kalian sendiri .Lagi satu , mana Sam ? "


" Katanya singgah supermarket kerana ada nak beli barang ." jawap Chao .


Menunggu kedatangan Sam , Lim bercerita tentang masalah cintanya dengan seorang teman dikelas Biologi , Ai Lam .Toshio dan Chao hanya mendengar dan mencuba memberi nasihat seboleh mereka .( Toshio dan Chao masih jomblo )


TINGTONG !! TINGTONG !!!


" Itu mungkin Sam . Kalian duduklah dulu biar aku bukakan pintu ." kata Toshio.


.


.


Toshio membuka pintu dan sedikit terkejut melihat kehadiran Imran dan Hakim bersama dengan Sam .


" Kalian berdua buat apa pula disini ??? "


" Kami masuklah dulu iya .Panas betul dekat luar tadi ." kata Imran sambil meletakkan kasutnya di koridor .


" Sebenarnya , aku dan Imran tadi singgah di supermarket lepas habis buat kerja kelab .Tiba-tiba terserempak dengan Sam di kaunter bayaran .Dia cakap yang dia dan kawannya akan menginap di rumah kau jadi kami berdua ikutlah Sam .Kami pun nak menginap juga .Kamu tidak adil tahu Toshio, tidak beritahu kawan kamu sendiri yang kamu buat malam nginap ." balas Hakim.


"Untuk pengetahuan kalian berdua, ini semua berlaku secara tiba -tiba .Lagi satu , macam mana dengan ibu ayah kalian .Minta dulu kebenaran mereka sebelum nginap rumah orang la..."


" Assalam ayah ini adik , harini adik nak tinggal dekat rumah Toshio untuk satu malam ....... Iya , satu malam je ....... Baju nanti adik gunakan bajunya Toshio....... Ok, bye ." kata Imran kepada ayahnya menggunakan telefon rumah Toshio tanpa seizin dari tuan rumah itu sendiri .


" Woi , jangan main guna barang orang lain boleh tak !? " marah Toshio. " Hakim , nanti aku telefon ibu kau iya , pergilah masuk dulu dengan Sam ."


" Toshio nanti aku pinjam kau punya baju iya .Bye ." kata Hakim dan berlalu pergi.


"Toshio , ini ke urusan " penting' yang kau maksud ? " bisik Imran .

__ADS_1


" Bukanlah urusan utamanya , tetapi nanti malam aku mahu jumpa ayahnya Sam untuk cakp tentang Jurulatih Eldon. Jadi , alang-alang kau ada dekat sini , pastikan dia gembira dan jangan cakap atau tanya apapun tentang Eldon mahupun ayahnya ." bisik Toshio.


" Roger .."


.


.


.


Toshio dan yang lain bermain PS4 sehingga pukul 8.30 .


Toshio yang melihat jam yang menunjukkan makan malam , bangun dan terus ke dapur .


" Kalian semua , tamatkan perlawan itu dan pergilah mandi . rumah ini ada tiga bilik mandi , iaitu di bilik aku , bilik ibubapa aku dan bilik mandi khas di sebelah tangga hujung .Baju dan tuala ambillah di bilik aku . Jangan risau tuala itu cukup untuk semua dan sudah aku basuh . Yang nak mandi kat bilik ibubapa aku pastikan kalian jangan sentuh apapun disana ."


[[[ Baikkkkk ]]]


Imran mandi di bilik ibubapa Toshio .


Sam mandi di bilik Toshio .


dan Lim mandi di bilik mandi sebelah tangga .


Manakala Hakim dan Chao membantu Toshio mengemas ruang tamu yang bersepah .


" Makanan hari ini ialah ayam goreng tepung dengan sos sambal . Jika kalian ingin tambah silakanlah dan jangan malu ." kata Toshio.


" Ini pula coleslaw dingin dan air sirap laici . " kata Chao yang membantu Toshio membuat makanan tadi.


" Kalian semua makanlah dulu kerana aku ingin bersiap untuk keluar nanti ."


( Selesai mandi )



Toshio memakai vas dan kasut kulit sintesis dan bersiap untuk ke restoran .Semasa turun dari tangga , pergerakannya diperhatikan oleh semua kawan-kawannya .


" Kalian kenapa asik pandang-pandang aku je ! Geli lah ! Sekarang aku mahu keluar , kalian tutup pintu dengan rapat dan pastikan nak tidur ambillah futon dan bantal di bilik aku .Kalau nak tengok wayang , ambillah popcorn di rak makanan atas wastafel . Kalian dibenarkan makan apa yang ada dalam peti sejuk tapi pastikan kemas lepas habis guna .Bye . "


[[[ Faham ]]]


" Toshio memang suka membebel " kata hati Imran .


( Di restoran , 9.45 malam )


" Salam sejahtera Tuan Jung Xi , perkenalkan diri saya Danial Toshio ." ucap Toshio penuh arogan kepada ayah Sam .

__ADS_1


" Jadilah kamu yang hantar surat pelik itu di pejabat aku .Aku tidak tahu bagaimana kamu boleh masuk dan letakkan surat itu tanpa tidak dilihat oleh cctv tapi mari tangguhkan dulu perkara itu . Kenapa kamu panggil aku , budak mentah 😠 ! "


Pagi tadi , Toshio meletakkan sepucuk surat dari system di pejabat bilik Tuan Jung Xi dengan menggunakan teleportasi objek .



https://pin.it/7JNGO17


"Izin saya terus ke topik ... Jurulatih Eldon sudah ditangkap polis.😼"


" APA !!!!! jerit Tuan Jung sambil membentak meja dengan kuat .


" Janganlah terkejut dan risau sangat .Pemberi makanan kepada dia tidak akan diberikan sebarang tindakan tetapi budak-budak pasukan bola keranjang digugurkan dan dibina semula pasukan yang baharu dan yang benar-benar berbakat terutama Sam ."


" Tapi izin saya bertanya , kenapa kamu lakukan perkara 'itu' kepada anak kamu sendiri , Sam ? " tanya Toshio.


" A...apa maksud kamu budak mentah ?! Jangan sibuk urusan lain !! Menyesal aku datang .Baik aku balik dulu dari buang masa di sini ."


Tuan Jung yang tengah membuka pintu tidak dapat langsung membuka pintunya kerana ditahan oleh Toshio menggunakan mindanya


"DUDUK ." arah Toshio dimana matanya berubah menjadi violet pekat .


Tuan Jung tidak dapat menggerakkan badannya sama sekali kerana sekali lagi ditahan oleh kuasa Toshio . Tubuh Tuan Jung yang dikawal oleh Toshio lantas duduk semula dikerusinya tadi .


" Sudah kuduga kamu memang tidak akan buka mulut jadi minumlah Pil Rantai Mulut ini ( dari Buku Ramuan Dewa)."


Toshio memasukkan pil itu kedalam mulut Tuan Jung dan akhirnya tanpa sedar Tuan Jung mengeluar isi hatinya .


...[Pil Rantai Mulut]...


...Boleh membuat seseorang menutup sebuah rahsia mahupun memberitahu sebuah rahsia. Dengan kekuatan tuan sekarang , pil ini hanya bertahan untuk 30 minit sahaja ....


"Sekarang , beritahu aku kenapa kamu minta Jurulatih Eldon untuk tukar pemain anak kamu ?


Kenapa kamu tidak mahu Sam menjadi seorang pemain bola keranjang ?


Apa rahsia keluarga yang kamu sembunyikan dari pengetahuan Sam ? "


" Sebenarnya ...."


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


...Terima Kasih kerana membaca...


...Bab selanjutnya akan datang seminggu lagi. Akan diupdate 1 minggu 1 bab .Jika enggak ada kerja gitulah tapi kalau free mungkin lebih dipercepatkan....


...Silakan ditunggu dan komenlah dengan sopan berkaitan novel ini dan idea bagus untuk ditambah baik dan diperbaiki...

__ADS_1


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


__ADS_2