Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 71 PECAH AMANAH


__ADS_3

" Sam , ada masalah apa sebenarnya ? "


" Sebenarnya semalam , ayah aku dibawa ke balai polis untuk disiasat berkaitan isu pecah amanah dari salah satu syarikat kongsi miliknya dan aku dengar banyak bukti telah tertuju kepadanya . Tolong kalian bantu aku . Aku yakin bahawa ayah aku tidak akan melakukan hal menjijikan seperti dan hanya diperdaya oleh ahli kongsi syarilat tersebut. "


...Misi Utama :...


...Bantu selamatkan Ayah Sam daripada difitnah...


...Hadiah : 10 Juta coin....


...Hukuman : Kehilangan Light House...


...Masa : 1 minggu ....


" Masalahnya agak berat , Sam . Isu pecah amanah memang akan sering dikaitkan dengan tipudaya beberapa orang dan itu kerap berlaku . Kalian berlima bagaimana ? Mahu lakukannya ? "


" Kami okey sahaja tapi kes berat macam ini mungkin akan ambil sedikit masa untuk benar-benar diselesaikan ." ucap Intan .


" Iya lah , aku baru teringat . Sam pertandingan bola keranjang kau sudah habis kan ? Bagaimana keputusannya ? "


" Kami dapat tempat ketiga sahaja dan macam biasa universiti sukan selalu unggul dalam pertandingan sebegini rupa ."


Sam tidak sembunyikan apa-apa nampaknya . Masalahnya bukankah sepatutnya ayah Sam membawa isterinya untuk berjumpa dengan Sam tapi kenapa tak lakukan . Ada masalah ke ?


" Okeylah tu nombor tiga dan kembali ke perbahasan , Sam kamu tahu nama syarikat ayah kamu itu ? " tanya Toshio.


" Tunggu , tidak silap aku ada selitkan kad nama syarikat dekat dompet aku .


Ahh jumpa pun .Toshio ini dia ."


^^^***SYARIKAT JEWERY ULTRA SDH BHD.^^^


^^^09-×××××××××^^^


^^^Alamat : ×××××××××***^^^


" Hakim , kamu cuba godam syarikat ini ."


" Roger "


.

__ADS_1


.


" Toshio bantu aku Toshio. "


Nampaknya Hakim mengalami masalah untuk merentas data syarikat tersebut.


" Kenapa Hakim ? "


" Mereka juga memiliki ahli godam dan pintu yang mereka buat sangatlah kokoh . Jika salah masuk , sistem keamanan akan menyala dan itu bahaya untuk kita sendiri ."


" Aku akan bantu kamu , Hakim .Sambil itu , Imran dan Intan kalian soal siasat Sam dan dapatkan maklumat seboleh mungkin . Prof kamu mahu bantu sekali ke ? "


" Prof tiada masalah bantu kalian ."


" Kalau begitu , Prof dan Farah kalian pergi ke alamat yang ditulis dalam kad nama ini dan ambil sebanyak mungkin gambar yang kalian boleh . Cuba cari hal yang mencurigakan disana.Boleh semua ? "


《 Boleh Toshio 》


《 Kami akan lakukannya 》


⚬⚬⚬


Manakala di bahagian Intan dan Imran yang juga telah mendapatkan segala maklumat yang diketahui oleh Sam .


Seterusnya , prof dan Farah yang mengambil segala foto dan perkara mencurigakan di luar Syarikat Jewery Ultra.


Setelah masing-masing selesai dengan tugas mereka , mereka berkumpul semula untuk brrkongsi segala maklumat yang ada ( Sam ada latihan bola keranjang jadi tidak dapat ikut ).


Pertama , cari hasil pengeluaran bank memang benar Ayah Sam telah menyalurkan wang syarikat yang tersangat banyak kepada akaun yang tidak dikenalai dan itu telah berlaku sebanyak 3 kali dalam 3 bulan .


Bahkan ada bukti cctv dimana Ayah Sam memberikan wang nyata yang banyak kepada orang luar.


Menurut informasi Sam , di syarikat tersebut ada tiga peneraju utama yang berkongsi saham syarikat iaitu ayahnya Sam sebanyak 38 peratus , Tuan Thumalasary 32 peratus dan Puan Rosnah 30 peratus . Setiap dari mereka ada syarikat masing-masing yang dikelola mereka sepenuhnya tapi hanya syarikat ini sahajalah syarikat dimana mereka berkongsi kejayaan bersama-sama . Oleh itu , jika ada unsur jebakan maka hanya salah satu atau keduanya sekali yang boleh terlibat .


" Toshio , kami ada bertanya tentang syarikat ini ke penduduk sekitar dan kebanyakkan dari mereka hanya menjawab hal yang sama iaitu syarikat yang megah , berprestij dan hal-hal bagus lainnya. Mereka tidak tahu kes yang berlaku didalam yang bererti informasi ini belum dibocorkan lagi ."


" Tapi bukankah polis ada datang untuk menangkap Ayah Sam jadi bagaimana mereka boleh tidak tahu perkara besar macam itu ? " soal Imran.


" Bila kamu kata begitu . Betul juga . Bagaimana hal seperti itu tidak disorot oleh penduduk disana ."


" Kes ini semakin peliklah . Mungkin kita kena pergi soal siasat Ayah Sam ? " cadang Farah .

__ADS_1


" Kalau begitu , esok biar prof sahaja yang pergi lawat Ayah Sam kerana esok prof tidak ada banyak kelas kecuali satu kelas di masa pertama sahaja ."


" Okey saya setuju dan saya ada terfikir untuk minta Imran kau pergi daftar jadi cleaner separuh masa di sana. " usul Toshio .


" Kenapa aku ? "


" Wahai Sang Badut Umpan, ketahuilah bahawa tadi kami ada melihat fail pekerja dan sekarang ini mereka lagi memerlukan cleaner separuh masa dan disebabkan tiada had umur maka kamu sahaja yang lakukan .Siasat secara berhati-hati , apa yang berlaku di dalam sana ."


" Kami akan kawal cctv jadi kamu tidak perlu risau akan hal lain . Cuma bantu kami berikan informasi dalaman ."


Jawablah Hakim dan Toshio.


" Tapi bagaimana jika aku tak dapat kerja itu ? "


" Kami berdua adalah hacker handal dan untuk rentas data pekerjaan kami boleh buat punya . Jadi , kamu setuju tak ? "


Imran tahu dia sudah tidak boleh lari lagi dan hanya berserah sahaja pada dirinya dimasa hadapan .


" Iya aku nanti pergi lowongan kerja itu tapi pastikan kalian buat bahagian kalian dengan betul .Kalau tidak siaplah kalian berdua ."


《 Nice 👍》


...----------------...


Esoknya , Imran pergi lowongan kerja Syarikat Jewery Ultra selepas waktu sekolah tamat dan nampaknya itu berjalan dengan lancar kerana hanya 5 orang sahaja yang beratur menunggu mendapatkan kerja tersebut dan oleh itu , Hakim tidak perlulah gunakan kehebatannya kali ini


Imran dipinta untuk terus bekerja pada hari itu juga sehingga jam 10 malam .Untuk pastikan tidak dicurigai oleh pekerja lain , Imran diminta oleh Toshio untuk lakukan pekerjaan cleanernya dengan biasa-biasa sahaja dan jangan lakukan hal yang boleh dicurigai .


" Toshio , kamu rasa Imran baik-baik sahaja ke di sana ? " tanya Farah yanh khawatir denga keadaan Imran.


" Walaupun dia nampak seperti itu tapi sebenarnya Imran adalah orang yang paling layak memegang pelbagai watak kerana dia tidak terlalu menonjol dan mampu berbaur dengan persekitaran mudahnya. "


" Kalau begitu sekarang kita mahu buat apa ? "


" Prof . Divy masih di balai polis kerana katanya dia juga mahu mendengar cerita dari pihak kepolisian tentang kes ini juga jadi untuk sekarang kita akan menganalisis segala sesuatu yang telah kita dapat semalam."


" Intan , sudah bahagikan kategorinya jadi mudah untuk kita bahagikan tugas .Semua , ambillah kategori yang kalian mahukan ." ucap Toshio.


Selepas beberapa bacaan dan bacaan lagi , tiada satupun hal yang mencurigakan yang mereka temukan . Kebuntuan mereka akhirnya hilang , apabila Prof. Divy datang .


" Kalian , prof ada maklumat istemewa yanng mengejutkan. "

__ADS_1


__ADS_2