
.Toshio macam mana aku mahu memasang alat pelacak ni dekat name tagnya Lee Pang Yuan ? " tanya Imran melalui jam tangannya .
" Sekarang dia bermain sambil memakai name tag jadi peluang kau hanyalah apabila dia mengganti baju di loker .Ohh iya , Imran apa kata sambil itu kamu cari sesuatu di dalam lokernya , mungkin kita boleh dapatkan sedikit jawapan ." cadang Toshio .
" Betul cakap kau Toshio , baiklah sekarang aku gerak dulu " jawap Imran. " Assalam pelatih , boleh izinkan saya ke tandas ? "
" Pergilah , tandas ada di dalam bilik loker sebelah kiri .Kamu boleh gunakannya ." jawap Pelatih Eldon .
"Terima kasih , pelatih "
(Di dalam bilik loker )
Imran dengan berhati-hati mencari loker yang bertuliskan nama Lee Pang Yuan tetapi tidak jumpa walaupun sudah berpusing-pusing di satu ruangan .
"Imran kau cari betul ke ? " tanya Toshio.
" Aku pun tidak tahu .Dalam bilik ini ada 20 loker tetapi hanya 7 darinya yang bernama ? "
" Imran , saya rasa sebab Lee Pang Yuan ahli baharu jadi pihak pengurus belum lagi meletakkan namanya di lokar ." kata Intan .
" Mustahil , universiti ini bekerja dengan sangat cepat jadi pihak pengurus tidak akan melengahkan kerja mereka untuk perkara biasa ini .Lagi satu , Lee Pang Yuan sudah masuk tim dari satu-dua minggu lepas jadi pastinya dia sudah ada loker peribadinya sendiri ." jawap Prof yang mendengar perbicaraan mereka melalui sambungan earphone di bilik guru .
"Imran cubalah cari loker yang seperti frame namanya ditanggalkan secara paksa dan memiliki banyak hentaman ataupun cakaran ."
Mendengar arahan itu , Imran mencari semula semua loker tetapi untuk mencari loker yang persis seperti yang dikatakan Prof.
"Jumpa .Disini ada loker yang sangat kotor dan penuh dengan bekas kemekan bahkan frame kaca yang menahan namanya sudah retak teruk berbeza dengan loker yang lain yang masih kemas dan cantik."
Lantas ,Imran terus membuka loker itu dan benar diduga itu adalah loker milik Lee Pang Yuan kerana tertera gambarnya bersama ibunya di belakang pintu loker .
" Toshio aku sudah buka lokernya dia."
....
"Toshio kau kenapa senyap je ? "
" Imran kau kata kau sudah buka loker milik Lee Pang Yuan yang dikunci rapat ? Bukan ke aneh ? "balas Toshio.
" Tunggu , betullah .Ini loker berkunci jadi kenapa boleh dibuka dengan mudah ? Rosak ke atau dirosakkan ? Bahkan logam yang menahan kuncinya sudah rosak seperti ditarik paksa oleh seseorang ."
" Loker yang digunakan sekolah adalah yang berkualiti jadi mustahil ia cepat rosak hanya kerana ditarik paksa .Prof rasa memang ada masalah besar di sebalik semua ini ." balas Prof.
" Imran , cepat cari barang penting disana , mereka sudah tamat latihan dan menuju ke bilik kau ." kata Hakim.
Imran yang panik mendengar informasi itu dengan cepat mencari barangan penting sambil memerhatikan segala sesuatu yang ada disana .Tetapi tiada apapun yang penting di sana kerana penuh dengan surat merah dan sampah snek .
__ADS_1
" Cepat , Imran .Pelatih tengah membuka pintu !!"
jerit Hakim.
Kerana panik Imran hanya mengambil dua pucuk surat merah dan segera lari melalui pintu belakang tandas .
"Sempat. Nasib sempat ." ucap Imran selepas berada di koridor luar kerana berlari panik .
"SEMPAT APANYA ! Kau kan kena letakkan pelacak di name tagnya semasa dia mengganti baju .Kenapa pula kau lari keluar ? Sekarang macam mana nak masuk ? 😫" merungut Hakim .
" Iyalah , aku kan kena pasangkan pelacak !!! Maaf , Maaf , aku lupa ."
" Kamu ni..." merungut Hakim tetapi disampuk Toshio.
" Sudah- sudah, kalian berdua. Kerja bagus Imran sekarang kamu naiklah ke atas .Untuk masalah pelacak itu kita serahkan kepada Intan ." kata Toshio.
" Saya !! " terkejut Intan kerana tiba-tiba sahaja namanya dipetik .
" Macam ini , Intan kau nanti ..................." bisik Toshio kepada Intan menerangkan strategi baharunya .
" Baiklah , biar saya bereskan ." yakin Intan .
" Sudah lama aku tidak berlakon jadi mungkin kaku tapi apapun mari kita mulakan .
"Aduh .."
"Warhh ."
Dengan sengaja , Intan melanggar bahu Lee Pang Yuan sehingga kedua-duanya terjatuh (Intan berpura-pura terjatuh ) .
" Maaf-maaf , kamu tidak apa-apa " kata Lee Pang Yuan .
" Saya tidak apa-apa .Maaf saya mahu cepat jadi terlanggar anda ." balas Intan dengan nada yang penuh keayuan dan kelembutan bak wanita melayu terakhir ." Tunggu kenapa aku rasa macam pernah alami benda ini ya ? " kata hati Intan .
" Tidak apa-apa 😽. " senyum kucing Lee Pang Yuan .
Tidak mengendahkan perasaan aneh itu , Intan meneruskan langkah kedua dalam strategi Toshio.
" Alamak , name tag kamu sudah senget .Biar saya betulkan ."
" Ehh , tidak apabila biar saya betulkan sendiri ..."
" Tidak, boleh .Lelaki kena kelihatan segak .Sini saya betulkan ." tegas Intan .
Dengan pantas , Intan meletakkan cip pelacak dibelakang name tag nya semasa berpura-pura meluruskan name tag milik Lee .Tetapi tanpa Intan sedari wajah Lee bertukar menjadi kemerahan kerana wajah Intan yang terlalu dekat dengannya .
__ADS_1
DubDap , DubDap hati Lee Pang Yuan .
" Sudah siap .Kamu Lee Pang Yuan bukan sebab ada di name tag itu .Saya Intan .Salam kenal dan maaf ya melanggar kamu tadi .Bye Lee ." ucap Intan dan terus belalu pergi meninggalkannya .
" Ohhh , iya...Ter..ima ...Kasih " balas Lee dengan nada yang perlahan kerana terpesona melihat bidadari di hadapannya berlalu pergi.
(Kembali ke Bilik Kelab )
" SUDAH MUNCUL TANDA AKTIF DARI PELACAKNYA !! " jerit Hakim .
Mendengar itu , Toshio dan Imran yang duduk santai di sofa mula bercakap .
" Toshio , sebenarnya apa yang kamu bisikkan dengan Intan ? Sehingga berhasil lekatkan pelacak pada name tag nya Lee Pang Yuan ?" tanya Imran .
" Aku cuma terfikir tentang pertemuan pertama antara aku dan Intan jadi aku cuba mempraktikkannya pada kes ini . Namanya : Strategi Deja Vú ." senyum Toshio.
...Pemilik Bodoh . (kata hati system )...
Tidak lama setelah itu , Intan kembali ke bilik dan disambut dengan tepukan gemuruh dari Imran dan Hakim .Tidak lupa dengan Prof.Divy yang turut sampai tidak bersilang minit setelah itu .
" Ini ada dua surat merah di dalam loker milik Lee tapi sebenarnya jika kalian buka lokernya maka akan ada banyak surat yang sama warna dengan yang ini .Mungkin dalam 15-20 surat .Selain itu , dalam loker terdapat banyak plastik makanan , snek dan ada beberapa ****** rokok ." kata Imran.
" Mustahil Lee merokok kerana sebelum masuk ke pasukan bola keranjang akan ada pemeriksaan kesihatan dan data menunjukkan bahawa dia bukan perokok aktif mahupun pasif ." jelas Prof .
" Sebenarnya semasa prof menyuping perbicaraan mereka semasa rehat tadi , prof terdengar tentang gosip bahawa Lee Pang Yuan kena buli dengan seorang pelajar bernama Sam sebab Lee rampas kuato terakhir pemain utama di pasukan bola keranjang
.Kenapa Sam tidak dapat jadi pemain utama adalah sebab kemahirannya yang kurang dan gagal dalam pemeriksaan kesihatan .Adakalah dia gagal kerana dia seorang perokok ? "
" Kalau begitu maknanya Sam yang berkeinginan menjadi seorang pemain bola keranjang tetapi disebabkan dia adalah seorang perokok dan skillnya kurang daripada Lee yang menyebabkan Lee berjaya masuk menjadi pemain utama dan Sam tidak berjaya.
Disebabkan cemburu dan amarah , Sam mula membuli Lee senyap-senyap dengan menghantar surat merah setiap masa , merosakkan dan membuang sampah di lokernya Lee. Kalau begitu ..." ucapan Intan dipotong oleh Toshio.
" Tidak .Jangan bersangka buruk lagi .Hakim boleh carikan siapa yang membuat permohonan menjadi pemain utama di pasukan bola keranjang terutama untuk individu yang bernama Sam .Sambil Hakim mencarinya , Imran tolong bacakan kedua-dua kertas merah itu ." balas Toshio .
[[Baiklah ]]
" Toshio kamu rasa kes ini adakah sebuah kes pembulian ? " tanya Intan yang risau dengan keadaan Lee.
" Maaf Intan , saya pun tidak berani bercakap tetapi dari apa yang kita dapatkan ...Hipotesis itu mungkin adalah benar .Jika betul ada pembulian di Universiti ini maka kita kena bergerak dengan lebih cepat lagi bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku ." kata Toshio turut dengan nada khawatir.
" Universiti ini mengambil berat isu buli dalam kalangan pelajar .Kalian kumpulkanlah bukti secukupnya maka pihak atasan boleh mulakan penyiasatan menyeluruh .Jangan risaukan dengan pihak atasan sekolah ini kerana meraka sentiasa di pihak pelajar ." kata prof .
[[Baiklah .]]
[ Terima kasih kerana membaca. Bantu like dan favourite nya ]
__ADS_1