
Intan , Toshio , Imran dan Hakim yang telah sampai awal di kafe menunggu di kafe selama 10 minit sehinggalah Zhoung Yi sampai dan berjalan sambil melihat sekeliling kafe .
Imran yang melihat sosok yang ingin dijumpai mereka lantas mengangkat tangan dan memanggilnya dari kejauhan.
" Helo , I'm Zhoung Yi and nice to meet you all ."
" Hi , saya Intan dan ketua Kelab W . Dihujung itu ialah Toshio , disebelah saya ini Hakim dan yang memanggil kamu tadi ialah Imran ."
[[ Salam kenal ]]
" Sambil berbual mari kita sambil makan ."
" Pelayan !! "
Mereka mengambil pesanan makanan satu persatu seterusnya sedikit berbual-bual berkaitan adiknya , Lee Pang Yuan .
" Mari kita terus ke perbicaraan , apa yang kamu tahu tentang adik kamu dan sekolahnya ? "tanya Intan .
" Sebenarnya , semua bermula sejak awal persekolahan minggu lepas kerana perangainya biasa sahaja sebelum itu . Sejak mula sekolah lagi , dia sudah mula sering murung , selalu bersendiri tidak pergi keluar , termenung tidak menentu dan bahkan tidak pernah makan ."
" Mula- mula , kakak syak yang dia baharu putus cinta tetapi bila kakak tengok telepon dia , langsung tiada perbualan yang aneh dengan seorang gadis .Jadi bukannya putus cinta ."
" Banyak juga cara kakak cari masalah adik kakak tetapi tidak jumpa .Dia memang pandai sembunyikannya sehinggalah suatu hari dia balik dan membawa kertas poster ke rumah . "
" Waktu makan malam dia makan sambil matanya selalu menatap poster dan bahkan waktu tidur di meja belajarnya , dia masih memegang poster itu .Dari situ kakak syak bahawa adik kakak mungkin memang ada masalah dengan pelajar di universiti tapi kakak masih ragu .Boleh tidak kalian berempat membantu kakak untuk siasat sendiri apa yang berlaku kepada Lee Pang Yuan ? "
"Begitu rupanya ." ucap Imran .
" Jangan risau Kakak Yi .Kami pasti akan selesaikannya dalam masa terdekat ." jawap Intan .
" Tapi maaf kakak tanya tapi apa benar kalian boleh tolong selesaikan masalah ini ? Kakak takut ...." tanya Kakak Yi yang perbicaraannya dipotong oleh Toshio.
" Kamu seorang ejen properti bukan ? " tanya Toshio yang dari awal tadi kepalanya yang terbaring diatas meja
Zhoung Yi terkejut dengan pernyataan itu kerana itu adalah benar .
__ADS_1
" Kamu tahu dari mana ? " kembali tanya Kakak Yi.
" Dari penampilan kamu terlihat seperti seorang yang sudah berumur 29 tahun jadi pastinya kamu sudah ada kerja .Kamu pakai beg tangan berjenama , baju berjenama dan aura seorang orang kaya tetapi kamu sangat rendah hati. Persoalannya apakah kerja kamu ? "
" Pertama , kamu membalas chat kami dengan cepat yang bererti anda sedang memegang phone dan mungkin sentiasa .
Kamu memiliki masa terluang yang banyak sehingga kamu tiada masalah untuk datang di sini pada pukul 5.00 petang dimana waktu pekerja selalunya masih bekerja dan sentiasa ada di rumah sehingga hafal pergerakan adik kamu semasa dia di rumah ?
Waktu kamu masuk , kamu terbiasa melihat sekeliling kafe dengan mata yang penuh dengan semangat akan duit bahkan aku rasa kamu terlambat kerana sibuk melihat-lihat struktur bangunan di antara bangunan lain selain daripada kamu datang dari lorong jalan kaki dan bukannya lorong orang parking kereta ."
" Tolonglah , sudah terang lagi bersuluh bahawa kamu bekerja dari rumah sahaja tetapi mendapat kemasukan duit yang tinggi .Selain daripada pemain saham , peniaga dalam talian dan lahir kaya ; hanya ejen properti-lah yang sesuai dengan kakak ." jelasToshio.
" Wow, kakak sangat tercengang. Kamu betul semuanya ."
" Toshio, macam mana kamu tahu ? "
...----------------...
(Malam Semalam )
" System , bagaimana hadiah yang telah aku dapatkan dari selesaikan banyak misi ? Boleh berikan detail maklumatnya ."
...1.[ Topi Master Klu ]...
...Segala sesuatu masalah dapat diuraikan dengan mudah dengan menghubungkaitkan beberapa petunjuk .Jika Tuan mendapat beberapa klu walaupun hanya kecil tetapi item ini akan membantu mempercepatkan jawapan di balik klu ....
...2.[ Buku Ramuan Dewa.]...
Berbeza dengan Buku Segel yang berisi carian maklumat di seluruh dunia , Buku Ramuan Dewa pula berisi maklumat yang berfokus kepada racikan ubat ajaib .Tuan hanya perlu memikirkan jenis ubat yang ingin tuan gunakan maka buku ramuan dewa akan terus berikan segala bahan-bahan yang diperlukan dan teknik pembuatannya .
...3.[ Teleportasi ]...
Ucapkan [Aktifkan: Teleportasi ]dan fikirkan tujuan tuan maka anda dan individu yang tuan benarkan akan berpindah ke tempat yang tuan fikirkan .Hanya boleh bertelepotasi di bumi dan tidak boleh ke luar angkasa dan lain-lain .
...4. [ Storage ]...
__ADS_1
...(Sudah diterangkan di Bab 15 .)...
" Untuk Buku Ramuan Dewa mungkin tidak akan terlalu berguna tetapi untuk yang lain terutama Topi Master Klu mesti berguna untuk selesaikan masalah di Kelab dengan lebih cepat ."
Maklumat hanya akan diberi jika tuan mendapatkan klu .Semakin besar klu itu , semakin banyak maklumat yang tuan akan dapatkan .Begitu juga sebaliknya. Berusahalah untuk mencari segala jenis petunjuk dengan bantuan alatan system lain untuk memudahkan misi tuan.
...----------------...
Selepas berjumpa dengan kakaknya , ahli-ahli kelab W berkumpul semula di dalam bilik kelab mereka untuk membincangkan langkah seterusnya .
" Hakim , tadi kau sudah dapatkan data dari Lee Pang Yuan .Selain dari dia kelas 2 Prinsip Akaun apa lain yang ada ? " tanya Toshio.
" Tunggu sekejap.....Selain dari kelasnya, Lee Pang Yuan sejak awal tahun ini dia terpilih menyertai pasukan bola keranjang universiti dan disebabkan itu dia langsung tiada sebarang kelab ." jawap Hakim.
" Kalau begitu , jawapannya pasti ada di kelas Prinsip Akaun ataupun di pasukan bola keranjang ? Tapi macam mana kita nak masuk dalam 'circle' Lee Pang Yuan ." tanya Intan .
" Jangan risau , Aku sendiri sudah panggil bantuan untuk itu ." balas Hakim . "Mungkin dia sudah sampai sekarang .Imran pergi buka pintu sana ."
"O..Ok "
Imran yang membuka pintu dikejutkan dengan munculnya Professor Divyaseri tepat di hadapan pintu .
Hakim telah meminta bantuan dari Prof semasa yang lain sibuk bermesyuarat. Intan dan Imran menceritakan semula apakah yang berlaku .
" Begitunya , ceritanya .Kalau tentang Lee Pang Yuan prof mungkin boleh bantu tapi hanya untuk masalah kelasnya sahaja. Kalau untuk pasukan bola keranjang bukannya tiada cara tetapi jika kalian mahu prof tiada masalah ."
[[[[ Apa Prof ? ]]]]
" Mulai 2 hari lagi , pihak atasan akan adakan program istimewa bersama pasukan sukan universiti dimana semua pelajar boleh menyertai dan melihat pasukan-pasukan sukan di universiti ini berlatih selama 2 minggu. Mereka kata ini akan jadi suntikan semangat untuk para pelajar yang lain menceburi bidang sukan dan meningkatkan pernyertaan ahli ."
" Disebabkan itulah , apa kata salah satu dari kalian masuk program itu , sertai pasukan bola keranjang dan dapatkan beberapa maklumat berkaitan si Lee Pang Yuan ."
" Jadi siapa yang nak ? " tanya Prof .
[[[ Imran .]]]
__ADS_1
[ Terima kasih kerana membaca. Bantu like dan favourite nya ]