
(Di depan pintu rumah Tosyio )
"Terima kasih Kak Nurul sebab hantarkan Toshio "
" Tak apa , nanti kalau ada masa datanglah rumah akak dekat jalan 6 dengan rumah berwarna coklat dan beratap putih . Dan lagi satu , esok kakak akan ambil kamu sebab esok kamu akan mendapat pinggat kepewiraan dari atasan . Pukul 2 kakak datang , bersiaplah dengan kemas ." ucap Nurul dan terus beredar dengan laju .
" Apa !!!!!!" sentah Toshio yang kebingungan dengan apa yang diperkatakan Kak Nurul .
Tidak menghiraukan perkara itu , Toshio lantas membuka pintu rumahnya kerana sudah lelah dengan hari ini .
Rumahnya yang berwarna putih dan coklat beratap hitam ditambah pintu pagar yang besar sangat menunjukkan bertapa kayanya orang tua Toshio .
Sebenarnya untuk Toshio sendiri merasai bahawa rumah ini terlalu besar untuk seorang remaja tinggal di sini seorang diri .
" Assalamualaikum " ucap Toshio .
Toshio meletakkan bungkusan sushi di meja makan dan terus pergi ke bilik untuk mandi .
.....
(Selepas mandi)
" Alhamdulillah nasib ada makanan pemberian atok kalau tidak perlulah aku merajinkan diri untuk memasak hari ini ."
"MALASNYA "ucap Toshio sembari merenggangkan tubuhnya.
Toshio membawa bungkusan makanan dan pinggan mangkuk yang bermotif kayu di meja ruang tamu untuk dijamah sambil menonton televisyen yang memaparkan konsert penyanyi legend terkenal .
" Kita mulakan dari sake sushi sebab ini yang paling terkenal di Jepun . "
Dengan sekali suapan , Toshio langsung menghabiskan satu sake sushi dan seterusnya mencicah satu sake sushi ke sos cuka halal ddan menghabiskannya dalam satu suapan besar.
" Rasa asli dari ikan salmon memang menyelerakan ditambah ikannya direbus dahulu membuatkan rasanya lebih berjus dan kenyal . Walaupun bukan gabungan terbaik dengan sos cuka tetapi tetap untuk sebuah makanan asing yang dibuat oleh orang tempatan memang memiliki kualiti rasa yang tinggi dan perlu diubah cara pembuatannya untuk dihalalkan tetapi tidak mengubah rasa makanan asli adalah sebuah cabaran yang tinggi untuk mereka .Arigatou "
"Seterusnya , ebi sushi .Mula -mula guna sos cuka "
Sama seperti sake sushi ,Toshio memakannya dengan sekali suapan sahaja dan diteruskan dengan ebi sushi yang tidak dicicah dengan sos cuka .
__ADS_1
" Emmm sedapnya. Rasa udang yang digoreng tempura memang yang terbaik untuk dikombinasikan dengan nasi sushi ditambah sos cuka yang masam membuatkan rasa antara udang dan nasi serasi bersama di mulut . Untuk kali ini , ebi sushi lebih sesuai dengan sos cuka berbanding tidak dicicah dengan sos cuka."
''Yang ketiga ,tobika sushi yang sangat besar isinya ."
Toshio mula memakan tobika sushi tetapi dengan dua suapan dikeranakan saiz sushinya yang lebih besar dari kedua-dua sushi sebelum ini .Untuk kali ini , toshio tidak mencicahkannya dengan sos cuka kerana apabila telur ikan dan cuka digabungkab rasanya pasti akan menusuk otak .
" Kenapa rasanya lebih masin ? Aku rasa ini mungkin jenis sushi yang kurang laris di sana sebab rasa telur ikan agak masin walaupun memiliki rumpai laut tetapi tetap ianya masin untuk aku . Maaf ya tobika sushi tetapi untuk yang ini kamu saya skip "
" Yang terakhir dan sering dibuat oleh ummi iaitu tamago sushi ataupun sushi telur ayam . "
Toshio bermula dengan mencicahnya dengan sos cuka dan kembali menyuapnya dengan sekali suapan .
" Untuk sushi yang terakhir rasanya biasa-biasa sahaja .Mungkin sebab Ummi selalu buatkannya untuk aku di pagi hari jadi aku sudah biasa dengan rasa masakan Ummi oleh itu rasa yang dibuat kedai tidak kena dengan tekak aku .Tetapi tetap ianya sedap ."
"Kalau diminta berikan bintang , sake sushi tanpa sos 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ , ebi sushi dengan sos 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ , tobika sushi 1 ⭐ dan tamago sushi 3 ⭐⭐⭐."
" Alhamdulillah sudah kenyang .Untuk baki sushi yang lain akan aku makan esok pagi sahaja sebab aku malas untuk masak pagi-pagi buta ."
Toshio menyimpan baki sushi di dalam peti sejuk dan kembali ke biliknya untuk tidur . Tidak lupa Toshio melakukan sedikit perawatan di tangannya yang masih luka dengan menyapunya menggunakan ubat yang diberikan balai polis .
"Selamat malam ayah , ummi "ucap Toshio sambil memandang panjangan gambar ayah umminya di atas meja belajar.
(DI MALAM HARINYA )
Sebuah cahaya putih yang sangatlah cerah menyinari seluruh bilik tidur Toshio.
Cahaya itu perlahan meredup dan memunculkan bayangan seorang lelaki tua yang ditolong Toshio petang tadi .
"Wahai anak muda , sudah beratus tahun aku mencari seorang pemuda yang memiliki hati yang sangat bersih dan suci . Aku Penguasa Dunia Dewa dengan ini akan memberikan segala kuasa aku kepada kamu anak muda .Gunakanlah dengan bijak ."
Dewa dunia itu mengentuh dahi Toshio dan terpancar cahaya di hujung jari Sang Dewa .
{ Pengendali Mimpi }
...****************...
( Di dalam mimpi )
__ADS_1
" Ini dimana ? " ucap Toshio yang berasa hairan kerana tiba - tiba sahaja sebuah kilatan muncul di mimpinya dan membawanya ke sebuah tempat yang seperti di atas langit .
" Kamu di alam mimpi kamu sendiri tetapi aku menarik kamu ke sini " suara yang bergema di seluruh tempat mengejutkan Toshio ditambah muncul seorang atok tua yang turun dari awan .
Toshio pasti atok tua itu adalah individu yang sama dengan atok yang diselamatkannya .
" Atok ??????" Soal Toshio.
" Betul anak muda , nama sebenar aku adalah Dewa Dunia yang mengawal dan menjaga Bumi selama lebih dari ratusan bahkan ribuan tahun , akupun tidak lagi ingat .Sejak ratusan tahun dahulu , aku mencari di seluruh Bumi seorang pemuda- pemudi yang layak untuk Dewa ini mewarisi kuasaku kepada orang yang benar- benar layak .
Kamu mungkin sekarang rasa pelik dengan apa yang orang tua ini katakan tetapi bila kamu bangun dari tidur , kamu akan fahaminya .
Sushi yang kamu makan tadi dapat memberikan kekuatan di luar nalar seorang manusia .
Dari mata emas yang boleh tembus pandang , pembaca fikiran untuk melihat fikiran sesiapapun , Penciptan sihir unlimited dan meningkatan atribut dimana kekuatan , kecepatan dan otak dipertingkatkan ke yang paling tinggi .
Kamu jangan risau untuk mata emas dan pembaca fikiran , kamu dapat mengawalnya dengan fikiran jadi ia tidak akan membahayakan mental kamu ."
"Selamat tinggal , anak dewa bumi "ucap Sang Dewa yang kian menghilang diselubungi silatan cahaya ."
" Anak Dewa ?Apa maksud At... "
Sebelum sempat menghabiskan perkataannya , lantai yang dipijak Toshio retak dan membuatkan Toshio jatuh tidak berpenghujung
...----------------...
(Kembali ke Alam Nyata )
"Allahuakbar !!" sontak Toshio sehingga membuatnya bangun dari tidurnya .
" A..p..a yang aku mimpi tadi ? Kenapa Atok petang tadi muncul ? Apa yang dia cakap ? "
Begitu banyak soalan yang dilontarkan mulut Toshio kerana merasa bahawa mimpinya kali ini berbeza dengan mimpi yang pernah dia rasa .Bahkan dapat dikatakan bahawa mimpi kali ini bagaikan teramat nyata dan jelas .
" Sekarang sudah pukul berapa ? "
Selepas menenangkan diri , Toshio mengambil telefon dan jam menunjukkan baru pukul 4 pagi .Walaupun begitu , Toshio sudah tidak memiliki mood untuk menyambung semula tidurnya .
Oleh itu , Toshio memulakan harinya seperti biasa dengan mandi pagi tetapi disebabkan dia bangun terlalu pagi jadi Toshio memutuskan untuk berendam air panas di bilik mandi belakang kerana hanya disitu sahajalah memiliki tub mandi yang multifungsi dan besar.
__ADS_1