Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 37 : Misi langsung dari Atok


__ADS_3

System : Tuan , Sang Dewa ingin berjumpa dengan tuan sekarang .Tekan [ Ya ] untuk masuk ke ruangan system .


Toshio yang berada di jalan untuk pulang dikejutnya dengan notifikasi baharu .


" Dewa mahu jumpa ? Mungkin ini penting jadi mari teruskannya. "


.


.


.


( Ruangan System )



https://pin.it/75WqWA4


"Hai Anak Muda , maaf ya mengganggu waktu mu . Walaupun secara asas , waktu di dunia system bergerak dengan berbeza berbanding dunia sebenar kamu."


" Terus ke topik sahaja .Atok perlu apa panggil saya untuk pertama kalinya ? "


"Nampaknya kamu sudah kehilangan mood malam ini ya .Atok tidak tahu ini akan membawa kebaikan atau keburukan tetapi sekurang-kurangnya dapat hindari daripada peristiwa dasyat terulang. Atok ingin kamu pulihkan hubungan keluarga Sam ." kata atok sambil menghirup teh berwarna biru angkasa .


" Kenapa Atok dan system terlalu menekankan nama Sam .Sebenarkan apa yang berlaku dan akan berlaku nanti ? "


"Untuk sejarah keluarga Sam mungkin kamu boleh cari sendiri tapi Atok akan beritahu masa hadapan yang atok nampak .Pada masa hadapan , Sam akan membunuh ayahnya , menjadi buruan , terus membunuh dan membunuh . Pada masa itu , tiada yang mampu menyembuhkannya lagi .Jadi sebelum itu berlaku , buatnya sayang keluarganya semula dan bersahabatlah dengan dia dan keluarganya ."


"Sam akan menjadi pembunuh !? Kalau aku kata tidak mahu percaya tetapi yang bercakap ini ialah seorang dewa tapi jika aku percaya macam terlalu ekstrem sahaja ucapanmu itu."


" Percaya atau tidak itu terpulanglah tetapi cubalah mengelakkan tali masa antara sekarang dan masa depan itu tidak bercantum. Untuk kali ini tiada hadiahnya dari system dari langsung dari atok sahaja .Ambil ini .....


...[ Pil Haiwan ]...


...Memahami dan bercakap dengan sebarang jenis haiwan di dunia ini ....


" Atok yakin kamu akan selesaikan misi ini jadi akan terus atok berikan hadiahnya . Itu sahaja dari atok sebab atok tidak boleh lama di dunia kamu ini .Terlalu banyak mengkonsumsi energi atok .Selamat tinggal dan semoga berjaya , Toshio. "

__ADS_1


" Tapi saya ada soa.....arggg"


Lantai dibawah kaki Toshio pecah dan membuatnya terjatuh


( Di dunia sebenar )


" Woi atok , kali-kali dengar dulu apa orang lain nak cakap sebelum main pergi sahaja !!! " kata Toshio dengan kesal .


" Sekarang aku mahu buat apa ? Nak selesaikan masalah Sam dulu , sejarah keluarganya atau masalah ayahnya ??? ..... System aktifkan [ Buku Segel ]."


...[Buku Segel] diaktifkan...


" Buku tolong aku cari cara untuk aku selesaikan masalah ini .Yang mana perlu aku buat dahulu ? "


...Buku Segel : Jika tuan tidak kisah , ikutlah idea ini...


.................


( Keesokannya)


" Hakim dan Imran , ambillah bekal makanan hari ini dan sarapan kalian ( Toshio buat sendiri ) .Waktu rehat nanti aku tak boleh gabung dengan kalian sebab aku ada urusan lain lagi jadi maaf iya ."


" Maaflah kalian , tapi untuk kali ini tiada apa yang kalian boleh bantu .Kalau aku ada masa , aku lawat kalian iya ....Lagi satu , misi terbaru itu sudah jumpa ke petunjuknya ? "


" Hmmm , tak lah jumpa petunjuk sebenarnya cuma kami boleh rasa apa yang kau katakan itu berkemungkinan besar adalah betul .Harini kami nak lawat beberapa kawasan titik buta sekolah ." jawap Hakim.


" Macam itu ke ? Aku rasa Hakim lebih baik kamu rentas CCTV di sana dan biarkan kamu dan Imran pergi ke tempat kejadian .Intan duduk di bilik dan laporkan apa yang dia nampak dari CCTV dan jika ada bahaya , Intan bolehlah terus hubungi Prof . Keselamatan kalian penting jadi bawalah spray mata dan kamera untuk mengambil gambar bahan bukti ."


" Kamera dan spray mata kita letak dekat mana iya ? " tanya Hakim.


" Ada dekat dalam rak paling hujung kanan atas untuk kamera dan spray ada di bawah meja laptop aku ." jawap Imran dengan santai kerana dialah yang bertugas menyusun barangan semasa hari kemas-kemas itu .


Kring!!!Kring!!!


" Kalian jom lah kita cepat , sebab masa pertama aku dengan professor killer tu " kata Hakim yang cemas mendengar bunyi lonceng.


[[ Jom !! ]]

__ADS_1


( Waktu rehat )


Pemilihan pasukan bola keranjang diundurkan sehingga waktu rehat kerana paginya ada perjumpaan antara pihak atasan secara tiba-tiba .


Selepas waktu rehat , kelas Toshio seterusnya ialah 1 jam kelas olahraga dengan Eldon tetapi sejak dari kejadian itu , pelajar bebas melakukan apa sahaja semasa waktu olahraga Eldon jadi bagus untuk Toshio .


Acara dibuka dengan ucapan Datin Alya dan jurulatih bola keranjang yang baharu iaitu Jurulatih Nasrullah seorang bekas pemain bola keranjang professional Malaysia .


Acara disertai oleh lebih 40 orang pelajar dan dibahagikan kepada beberapa seleksi iaitu kesihatan , kecergasan ( stamina ) , kemahiran bola keranjang dan duo versus .


Sam telah berjaya selesaikan 3 tahap seleksi dengan sangat cemerlang terutama pada tahap stamina dimana dia berjaya mencapai posisi pertama .Toshio , Chao dan Lim Park Si bersorak kuat untuk Sam selama acara berlangsung walaupun pada awalnya Toshio disusahkan dengan gangguan daripada gadis-gadis gedik (macam pelakor) tetapi pada akhirnya gadis-gadis itu membantu Toshio memberi semangat kepada Sam dan siap membuat sepanduk lagi .


Seleksi duo versus adalah diantara Sam dan Pang Yuan .Perlawanan yang sangat sengit tetapi malangnya perlawanan dimenangkan oleh Pang Yuan kerana Sam gagal sempurnakan balingan bola pada pertengahan pertandingan sehingga mengganggu konsentrasi Sam di masa perlawanan seterusnya .


Walaubagaimanapun, Sam masih layak berada di pasukan utama bola keranjang dan menjabat sebagai penolong kapten kepada Pang Yuan yang dinobat sebagai kapten bola keranjang .


Sam agak sedih kerana kalah kepada seseorang tetapi disemangati oleh Chao dan yang lain .Sebagai ucapan selamat , Toshio membelanja Sam dan kedua kawannya makan di kantin universiti selepas waktu sekolah tamat.


Bukan itu sahaja , nampaknya beberapa gadis yang menyokong Sam kerana permintaan dari Toshio, dengan berani menyatakan perasaan mereka kepada Sam pula tetapi ditolaknya dengan sopan santun.


" Toshio , kamu boleh teman aku pada waktu malam nanti ? " tanya Sam .


" Maaflah Sam , malam nanti saya ada urusan dengan seseorang jadi saya tidak boleh bermain dengan kamu seperti semalam . Kenapa kamu tanya ? "


" Hari ini ayah aku katanya ada kerja jadi tidak boleh pulang awal .Sebab dia tidak ada , aku ingat aku boleh ajak kau bermalam di rumah aku .Aku dah ajak Chao dan Lim juga .Tapi bila mereka berdua bersama-sama pasti hancur rumah aku jadinya sebab asik bergaduh .Kalau kau ada bolehlah tenangkan mereka nanti waktu mereka gaduh ."


" Kesian pula aku mendengarnya , hmmm ...... apa kata macam ini , kamu bertiga bermalam di rumah aku sahaja jadi tidaklah kamu kena marah dengan ayah kau nanti ." cadang Toshio .


" Menginap rumah kau ? Macam mana dengan ibubapa kau nanti ? Dan bukan ke kamu kata kamu ada urusan malam ini ? "


" Ibubapa aku bekerja dekat Jordan jadi mereka tiada di rumah dan aku anak tunggal jadi aman untuk kalian .Aku memang ada urusan tapi mungkin ambil masa 1 jam sahaja jadi bolehlah untuk aku balik ke rumah.


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


...Terima Kasih kerana membaca...


...Bab selanjutnya akan datang seminggu lagi. Akan diupdate 1 minggu 1 bab .Jika enggak ada kerja gitulah tapi kalau free mungkin lebih dipercepatkan....

__ADS_1


...Silakan ditunggu dan komenlah dengan sopan berkaitan novel ini dan idea bagus untuk ditambah baik dan diperbaiki...


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


__ADS_2