
Semua pelajar diminta duduk di kerusi-kerusi yang sudah disediakan .Toshio dan Intan duduk di tempat yang sudah dijaga oleh Hakim dan Imran yang terlihat benjol di kepalanya .
" Terima kasihlah iya , Hakim dan Imran kerana sudah copkan tempat untuk kami ." kata Intan dengan manisnya .
[[ Sama-sama , Si Cantik Intan ]] senyumlah kambing mereka berdua .
" Ada sahaja pula perangai kalian berdua ini . Imran kepala kamu benjol itu , sini aku sapukan ubat .Aku ada bawa ubat sapu di dalam beg aku ini jadi bolehlah aku rawat luka kamu ini. " balas Toshio .
Toshio mengambil ubat luka dan kapas di dalam begnya tetapi sebenarnya dia ambil dari [ Storage ]. Dengan lembut Toshio sapukan ubatnya ke benjol Imran .
" Ini luka sebab terhempap dinding bukan ? Kalian berdua ada lagi bahagian yang sakit atau terluka ke ? " kata Toshio yang menggunakan kuasa tembus pandang untuk mengetahui punca benjol itu .
" Tiada lagi , Toshio . Imran ini je yang terover kejar aku sehingga terhentak pintu dewan . Wkwkwk ." balas Hakim .
Intan yang melihat gelagat lucu tiga sekawan itu , terus tersenyum damai .
" Toshio itu seperti seorang ibu untuk Hakim dan Imran .Manakala Hakim dan Imran yang suka bersifat kekanak-kanakkan seperti seorang anak-anak . Comel." kata hati Intan .
...----------------...
" Assalam dan selamat sejahtera , para warga pendidik dan pelajar-pelajar.
Tujuan saya untuk mengadakan perjumpaan secara tiba-tiba ini adalah untuk memberitahu semua telah berlakunya sebuah aib besar yang melanda universiti ini ....
iaitu salah satu tenaga pengajar di universiti ini iaitu Jurulatih Eldon telah ditangkap kerana pelbagai jenayah serius seperti perompak , penjual dadah dan yang paling menyecewakan , beliau mengambil rasuah daripada beberapa ibubapa di universiti ini terutama pelajar yang terlibat dengan bidang bola keranjang .
Oleh itu , saya ingin memohon maaf kerana alpha akan hal ini .
Saya mempersilakan Encik Zheng Ryo , Ketua Polis Negeri Johor untuk memberikan sedikit ucapan ." ucap Pengetua Alya .
Mendengar itu semua , semua pelajar saling berbisik antara satu sama lain .Ada yang terkejut , suka , gementar mahupun yang hanya mengikut arus perbicaraan. Nampaknya ada beberapa pelajar Senior yang mengetahui kebusukan hati jurulatih universiti ini tetapi tidak dapat luahkannya , mereka terlihat sangat gembira dan semangat.
Kebisingan itu mula reda , apabila Encik Zheng Ryo menaiki pentas dengan bersama-sama beberapa polis yang lain .
__ADS_1
Secara keseluruhan , Encik Zheng membicarakan jenayah Eldon terutama yang terkait dengan ibubapa pasukan bola keranjang .Semua pelajar tidak menyangka bertapa busuknya hati Eldon dan kekejaman yang dia lakukan selama 3 tahun di universiti ini .Termasuklah Sam yang sedikit marah kerana terfikir adakah sebab dia tidak dapat masuk ke pasukan bola keranjang bukanlah kerana kemampuannya yang lemah tetapi kerana terkait isu yang seperti ini .
"Ayah , ayah tidak terlibat bukan ?Tolonglah ayah jangan terlibat dengan benda bodoh ini ." doa Sam dalam hati.
Kembali kepada ucapan Encik Zheng,
" Saya disini tidak hanya memberitahu kalian semua mengenai perkara ini tetapi ingin memberitahu sesuatu yang lebih hebat lagi .
Segala bukti-bukti yang dikumpulkan oleh pihak polis kami adalah atas jasa salah satu kelab di universiti ini .
Mereka dengan hebatnya mengumpulkan tersangatlah banyak bukti sehingga memudahkan pihak kami menangkap semua tersangka dan perlu kalian ketahui , untuk kumpulkan bukti-bukti itu sangatlah sukar kerana pihak kami pun tidak dapat mengumpulkan bahan bukti sebanyak yang mereka lakukan .
Oleh itu , saya mempersilakan Pengetua Alya untuk bersama-sama dengan saya mengampaikan pingat keperwiraan kepada mereka yang berjasa besar dalam kes ini."
Datin Alya , bangun dan bersama-sama dengan Kak Nurul yang membawa dulang pingat .Semua ahli Kelab W mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.
" Saya dengan ini mempersilakan ahli-ahli dari Kelab W , Guru Pembimbing Kelab W, Ketua Osis dan Penolong Ketua Osis untuk naik ke atas pentas dan ambillah pingat keperwiraan kalian semua .Dipersilakan ."
Semua pelajar yang lain menepuk tangan . Dengan malu mereka semua menaiki tangga dewan , mengambil anugerah dan tidak lupa ucapan khas dari wakil kelab W iaitu ucapan terima kasih .
Tamat sudahlah acara secara tiba-tiba pada hari itu dan semuanya diminta kembali semula ke kelas mereka masing-masing dengan teratur .
(Tamat Kelas )
Ahli Kelab W , Erina dan Tan lantas bergerak ke sebuah restoran yang ruangan makannya ditempah khas oleh Prof. Divy sebagai rasa bangganya atas pencapaian cemerlang Kelab W walaupun baharu sahaja ditubuhkan .
Dikeranakan restoran yang ditempah ini memiliki aneka ragam makanan khas asia , Toshio memilih memesan Nasi Lemak Ayam Bakar kerana sudah lama dia idamkan memakannya .
.
.
.
__ADS_1
.
" Toshio , Imran , Hakim dan Intan ; kalian dengarlah ini ....sewaktu pihak sekolah berbincangkan sesuatu , mereka mengatakan kepadaku untuk akan menjadikan kelab kalian sebagai Kelab Ekslusif. " kata Prof sambil makan .
" Kelab Ekslusif itu apa prof ? Kenapa saya macam tidak pernah mendengarkannya ?" Tanya Hakim.
" Kelab ekslusif itu ialah apabila sebuah kelab telah berjaya meraih sesuatu penghargaan yang sangat besar beratas namakan kelab Universiti Johor . Kelab tersebut akan mendapatkan banyak manfaat terutama setiap bulan , mereka akan mendapatkan dana dua kali lebih besar daripada kelab biasa dan dibenarkan memasuki serta mengakses segala sesuatu yang ada di universiti ini dari segi ruangan pribadi , maklumat dan melakukan temu bual dengan pihak atasan sekolah tanpa perlu membuat permohonan yang panjang ." jawap Prof .
" Kalian perlu bangga tau , sebab sampai hari ini tiada lagi kelab yang berjaya mencapai tahap Kelab Ekslusif kecuali Persatuan OSIS .Itupun jika OSIS diambil kira sebagai sebuah kelab . Tapi siapa kisah sekarang .Kalian sudah jadi Kelab Ekslusif pertama tahu 🤩🤩 ! " semangat Erina .
" Betul cakap Erina itu,sebagai kelab pertama yang menjadi Kelab Ekslusif , kalian boleh menggunakan satu papan kenyataan besar di hadapan pintu sekolah untuk mengisi borang kelab kalian .Dengan itu pasti kalian akan dapat banyak pelanggan . Tambahan lagi , kalian semua terutama Toshio telah menjadi tumpuan pihak universiti dan pihak polis , pasti akan mudah untuk kalian dapatkan bantuan secara langsubg oleh mereka." balas Tan .
" Toshio , mari kita semua angkat gelas untuk raikan selesainya kes pertama dan pembukaan Kelab Ekslusif kita ." kata Imran .
" Tiada masalah untuk angkat gelas tetapi untuk raikan kes pertama selesai itu adalah salah .Misi kita belum selesai lagi ." kata Toshio yang membuatkan semua orang disana menjadi suspen.
" Apa maksud kamu , Toshio? " tanya Prof .
" Tugas kita adalah mencari kenapa sikap Lee Pang Yuan berubah dan itu adalah kerana pembulian Sam . Tetapi sebelum aku teruskan perbicaraan , aku harap untuk kali ini Erina dan Tan turut ikut campur dalam masalah yang akan aku sebutkan nanti ."
Erina dan Tan saling berpandangan dan sepakat untuk melibatkan diri dalam misi ini .
" Bagus . Sebenarnya ....
...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...
...Terima Kasih kerana membaca...
...Bab selanjutnya akan datang seminggu lagi. Akan diupdate 1 minggu 1 bab .Jika enggak ada kerja gitulah tapi kalau free mungkin lebih dipercepatkan....
...Silakan ditunggu dan komenlah dengan sopan berkaitan novel ini dan idea bagus untuk ditambah baik dan diperbaiki...
...ΩΩΩΩΩ...
__ADS_1