Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 13 Ada hati


__ADS_3

"Sayang kamu sudah sedar," isak ibu Hana mengelus lembut rambut anak gadisnya.


Hana mengerjapkan matanya dalam kebingungan. Dia perlahan-lahan memandang sekitarnya.


"Ehhh saya di mana? Kenapa ibu menangis? Kenapa banyak orang di sini?"


Gadis itu masih sangat lemah untuk berfikir jernih. Mendengar soalan-soalan Hana, Ibunya memeluk dengan penuh haru dan cinta kasih sayang. Pelukannya erat dan semakin erat. Sehingga...


uhuk uhuk


"Kenapa nak? Kamu sakit?"


"Ibu peluk terlalu ketat sampai saya susah bernafas bu.. uhuk uhuk.."


"Cik Hana sudah sedar ya? Bagaimana rasanya sekarang? Sudah bertambah baik?"


Hana tersenyum dan mengangguk lemah kepada doktor yang memeriksa di sampingnya. Otaknya mulai berkerja. Hmmmm....


"Baguslah begitu. Mmm.. biarkan dia rehat dulu ya puan. Dia perlu rehat yang panjang. Saya permisi dulu."


Doktor itu meninggalkan mereka setelah mencatat sesuatu pada laporan kesihatan Hana di hujung tempat tidurnya.


"Puan, tuan, biar kami yang menjaga Hana. Tuan puan pulanglah berehat, ini sudah sangat lewat. Semuanya pasti baik-baik saja." Sebas memandang jamnya yang sudah menunjukkan jam dua pagi.


"Tidak apalah, saya mahu jaga anak saya." Ibu Hana memandang Hana yang mulai memejamkan mara lagi.


"Izinkan kami puan. Lagipun puan juga perlu rehat. Esok puan boleh jaga dia." Pujuk Bring menyokong Sebas.


"Iya sayang kita pulang saja. Kalau nanti kamu juga sakit? Saya tidak mampu menjaga dua orang sakit sekali gus. Saya tidak mahu sayang juga jatuh sakit." Johanes memujuk isterinya lembut dan memeluk dari belakang sambil mendaratkan satu kucupan pada pipinya.


Perlakuan pasangan suami isteri itu membuatkan kedua pemuda yang berdiri berhampiran berpaling pura-pura sibuk dengan muka merah.


Setelah orang tua Hana pulang, Sebas dan Bring bergantian berjaga di kamar hospital menemani Hana. Itu adalah malam minggu yang sangat berbeza seumur hidup bagi mereka. Malam minggu di hospital. Hahaha.. rasakan tuan.


Menjaga Hana di hospital tidaklah memenatkan kerana dia tidak pernah bangun lagi setelah orang tuanya pulang. Jadi mereka masih dapat tidur dengan baik dan selesa.


Pagi itu saat Sebas bangun, ibu dan ayah Hana sudah duduk di sofa. Mereka membawa begitu banyak makanan bagaikan membuka kedai runcit.


"Sudah bangun ya?? Nanti cuci muka kemudian kita semua makan bersama-sama," kata ibu Hana tersenyum memandang kedua pemuda itu. Kelihatan mereka masih bermalas-malasan di birai katil, mungkin kerana masih ngantuk dan ingin tidur lagi.


"Mmmm... lapar..." bisik Hana perlahan yang masih didengar oleh Sebas.


Dengan cepat Sebas membangunkan Bring dan bergantian membersihkan muka sebelum dia memberi tahu keinginan Hana kepada ibunya.


Setelah itu Sebas membantu Hana duduk. Sementara itu Bring menolong ibu Hana menyiapkan makanan.


"Ehhh ada tuan Sebas dan Bring? Awalnya dua perut kerbau ini datang ke sini. Mahu ikut makankah? Sebenarnya apa yang terjadi sampai saya berada di hospital?" Fikir-fikir Hana setelah melihat sekeliling.


********


Setelah kejadian itu Syarikat JJ selalu memastikan para pekerja mereka sudah keluar saat jam kerja tamat, termasuklah para atasan agar kejadian sama tidak akan berulang lagi.


Selesai kerja petang itu, Hana, Kim dan Kembang pergi ke sebuah Mega Mall melepaskan lelah. Mereka mahu main bowling walaupun sebenarnya mereka tidak pernah memegang bola bowling. Siapa tahu terus boleh strike.


Kim membeli beberapa kudapan sementara Kembang membeli dua botol minuman soda.

__ADS_1


Ruang permainan bowling petang itu sudah agak ramai pengunjungnya. Mereka bertiga sebulat suara memilih lane kedua tepi di sebelah kanan tempat itu. Kebetulan empat lane di sana belum ada yang masuk.


Setelah menukar kasut, mereka melakukan pemanasan badan agar lebih selesa dan dapat menyediakan tubuh untuk game mereka.


Ini adalah pertama kali mereka masuk di tempat itu. Lorong boling terdiri dari beberapa lane. Di mana lorong-lorong tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). Majoriti berat bola kebanyakannya akan mengikut saiz atau berat peserta. Bola yang lebih berat akan menghempap pin dengan lebih kuat menyebabkan jatuhan pin juga akan lebih banyak.



"Jangan memalukan kumpulan, Kim, come on.." seru Kembang bertepuk tangan saat Kim memulakan permainan.


"Ini pasti strike...aaaaahhhhh yeaaaahhhh.." teriak Kim mengolekkan bola bowling yang digunakannya.


Bola itu bergolek laju dan jatuh ke dalam longkang lane.


Semua mereka terdekeh ketawa melihat hasil lontaran pertama Kim.


"Tak apa Kim. Coba lagi. He he he cuba lihat master main, lihat ini baik-baik.. ha ha ha... master taik ayammmm melontarrrrrrr, ha ha ha," teriak Kembang mengolekkan bola bowlingnya.


Plakkkk


"Kenaaaa 1 lahhhh," seru Hana dan Kim serentak


Kembang mendabik dadanya bangga.


"Ok lihat si kurang H2O beraksi... ha ha ha...aiii berat ni bolanya. Silap-silap saya pun ikut terlempar ini. Hahaha," tawa Hana membawa naik bolanya ke atas pelantar di depan lane.


"Come on Hana. Hana ...Hana .."


"Takutlah buang. Nanti kalau saya terikut macam mana? Bikin malu saja," ucap Hana belum melepaskan bola di tangannya.


Hana terkekeh lalu menggolekkan bola yang dipegangnya.


Sressss plak tumbang 1 pin ditepi kanan lane mereka.


"Yeahhh berhasil," seru mereka bertiga sambil melakukan tamparan tangan high five.


Kemeriahan tempat permainan bowling itu semakin meriah dengan pengunjung yang semakin ramai.


"Akhirnya selesai. Sakit perut ku lihat kamu bermain, hahaha," kekeh Kim.


"Nanti kita ke sini lagi ya, best pula." Ajak Kembang antusiasi membuang sampah mereka ke dalam tong sampah di luar permis itu.


"Ehhh Kim, bukankah itu pak cik dan mak cik yang kita jumpa dulu? Yang isterinya panik tidak dapat cari ubat suaminya?" Tunjuk Hana ke arah sepasang suami isteri yang sedang sibuk memegang hasil belanjaan yang banyak.


"Ah iya betul la Hana. Mari tolong mereka."


"Hai auntie, uncle.. masih ingat dengan kami?" sapa Hana menghampiri pasangan yang tidak lagi muda itu.


"Auntie ingat tak dulu waktu suami auntie sakit dan kami tolong carikan ubat dia, ingat?" tambah Kim tersenyum.


"Oh iya iya saya ingat." Lantas perempuan paru baya itu meletakkan plastik-plastik beliannya lalu memeluk Hana dan Kim.


"Syukur kita dapat bertemu lagi. Kalau bukan kamu, saya tidak tahu apa yang akan terjadi, iyakan sayang," ucap wanita itu.


"Terima kasih banyak kerana sudah menolong kami kala itu. Boleh kita masuk ke restoran itu, saya lapar pula," kata lelaki paru baya suami dari wanita itu tadi.

__ADS_1


Mereka bertiga berpandangan, lalu membantu pasangan itu mengangkat barang-barang mereka ke sana.


"Mari kita duduk bersama untuk dinner." pelawa suami perempuan itu.


"Tak apalah uncle, uncle dan auntie makan aja," tolak Hana lembut.


"Tolonglah terima pelawaan kami. Kami sangat ingin mengucapkan terima kasih. Ini masih terlalu kecil di banding dengan apa yang kamu sudah lakukan dulu," kata wanita paru baya itu memegang tangan Hana dan Kim.


"Hana, Kim, terima saja. Kasihan, mereka sudah sangat bersungguh-sungguh mau membalas dengan ikhlas pertolongan kamu," Kembang bersuara meleraikan suasana tidak enak antara mereka.


Senyuman timbul menyerikan wajah kedua orang tua itu saat mereka masuk bersama ke dalam restoran.


"Silakan memilih menu yang kamu mahu. Bayarannya jangan risau. Kami akan bayar." Perempuan separu baya itu memberikan mereka buku menu yang ada di sana.


"Mmm Kim, Kembang kamu sajalah yang pesan."


"Hana, kamu saja."


"Kalau uncle yang pesan, susah juga. Nanti kamu tidak mahu makan pula." Kata lelaki paru baya itu terkekeh.


"Ah iyalah, saya pesan dinner kita." Hana memilih beberapa jenis makanan kemudian menyerahkan buku menu itu kepada pelayan.


"Oh iya anak bertiga ini tinggal serumahkah? Nama kamu siapa?" tanya perempuan itu tersenyum.


"Mm kami tinggal di rumah sendiri auntie. Saya Hana. Yohana Johanes. Salam kenal."


"Saya Kim. Kimberly Brooh."


"Saya Cassy Cassidy. Panggil Kembang pun boleh.'


Mereka saling mengenal dan bercerita banyak hal sampai pesanan mereka di hidangkan.


"Wah makanan disini enak, enak-enak belaka."


'"Iya betul enak-enak belaka. Tapi harga pun makin enak. Boleh habis gaji tau," kata Kim menyungingkan sudut bibirnya melirik Kembang.


Semua mereka terkekeh dengan ucapan dari kedua gadis itu.


Lelaki tadi memanggil pelayan dan membayar harga makanan mereka dengan gembira.


Saat mereka di luar mall menunggu kereta, si isteri meminta nombor telepon kesemua gadis tadi setelah mereka dibantu mengangkat barang belanjaan ke luar.


Mereka melanjutkan langkah santai ke bas stand meninggal pasangan suami isteri itu.


"Awas kamu berdua, esok-esok kamu disuruh datang ke rumahnya."


"Haisss Hana, ada-ada saja."


"Tadi saya perhati auntie tu selalu pandang kamu."


"Iya betul la Kim. Jangan-jangan mereka ada hati jadikan kamu menantunya."


Hana dan Kembang ketawa berdekeh memandang Kim yang sudah mulai kesal.


"Saya sumpah kamu Hana biar jadi anak menantu mereka. Saya dan Kembang tukang kipas saja nanti." Marah Kim mengeletik Hana.

__ADS_1


__ADS_2