Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 8. Teman tidur


__ADS_3

Kenderaan mewah yang membawa mereka menuju Syarikat sepi tanpa sesiapa yang bersuara. Masing-masing dengan lamunan sendiri.


Sebas melirik Hana yang berpakaian sederhana disampingnya. Senyuman tersungging miring menghiasi bibir pemuda itu. Dia melihat sesuatu pada hpnya lalu memandang keluar jendela kereta.


Lamunannya tertuju kepada sang kekasih yang sudah hampir tiga bulan tidak menghubunginya. Ada sedikit kesal timbul di hati Sebas.


Pedulikah Mirna padanya? Mirna ke mana? Sekuat itukah Mirna menanggung rindu?


Seminggu lagi akan genaplah dua bulan Mirna ke eropah tanpa khabar.


Dia tiba-tiba teringat bagaimana dia tanpa sengaja bertemu dengan Hana. Kerana kesalnya Sebas kepada Mirna kala itu sehingga mengusir semua orang, melempar kasutnya dan berakhir dengan mengucup seorang gadis asing yang tidak dia kenali.


Dari itu apabila banyak kejadian yang menyebalkan terjadi diantara mereka, Sebas memutuskan selain membalas dendam dia juga memanafaatkan kehadiran Hana sebagai pembantu pribadinya menjadi pengganti Mirna.


Sesampai di bangunan syarikat, Hana keluar dari kereta ceonya lalu berlari terburu-buru masuk ke toilet.


Ya benar saja dia dengan ringkas menyapu sedikit bedak di pipinya dan mengenakan gincu nipis ke bibir penuhnya.


Seketika kemudian dia sudah berada di meja kerjanya dengan penampilan anggun berbanding ketika dia berada di dalam kereta bosnya.


Penampilan ringkas Hana pagi itu dengan hanya bergaun selutut tetap kelihatan menawan dengan auranya sendiri.


"Hana, makan siang bersama saya nanti ya. Saya belanja makan," sapa seorang teman kerjanya yang didengar Sebas ketika dia membuka pintu pejabatnya.


Hana tersenyum mengangguk dan mengangkatkan tangannya membuat tanda ok setelah mengambil file dari almari.


"Kebetulan wang ku hampir habis ni. Hari gaji ada tiga hari lagi. Syukur ada belanja," gumam Hana tersenyum senang.


Ting bunyi hp Hana menandakan mesej masuk.


_Siang ini beli makanan ya sayang kita makan di dalam office ku saja_


Hana membaca mesej itu beberapa saat memikirkan keputusan makan siangnya samada menurut tuannya atau mengikuti kawan kerjanya.


Ting...


_Oh iya siang nanti sayang tak perlu keluar ke mana-mana ya. Saya sudah pesan makanan siang untuk kita berdua. Saya tunggu sayang masuk ke dalam. Love you_


"Sayang sayang love you love, muaknya. Si Sebas ini tidak bosankah terus begini. Dulu dia suruh sekadar balas mesejnya yang kononnya saya ini Mira, ehh Mirna yang di oversea. Sekarang Mirna itu sudah di dalam office yang akan menemani dia makan??? Haissss ... entah ke mana wanita si Sebas itu. Menyusahkan betul. Tak kan hpnya rosak sampai tak balas mesej kekasihnya itu." Begitu sebalnya Hana dengan situasinya


Siang itu tanpa semangat dia melangkah menuju office sang ceo setelah meminta maaf kepada pemuda yang mengajaknya makan siang tadi.


Knock knock


Hana membuka pintu setelah dibenarkan masuk.

__ADS_1


"Sayang sini. Peluk dulu," ucap Sebas membuka tangannya lebar menunggu Hana menerpa memeluknya.


Namun Hana hanya membelalakkan mata dan terus duduk di sofa office bosnya.


Sebas kesal dengan tindakan Hana yang tidak peduli kepadanya. Kerana biasanya Mirna akan selalu berlari kearahnya memeluk tanpa dipinta.


"Sayang peluk sini"


"Tuan Sebas, itu sudah keterlaluan. Saya bukan Mira kekasih tuan. Ehh Mirna kekasih tuan. Tak perlulah ada kontek badan begitu," protes Hana terus duduk membatu di posisinya.


Dia tidak senang dengan permintaan Sebas yang mahu ada kontek badan dengannya. Selama ini dia sudah cukup menurut semua arahan tuannya yang tidak bersentuh badan. Tapi entah angin apa hari itu, membawa tuannya mahu berpelukan pula.


"Sayang.. kalau tidak saya akan serang kamu. Sayang mahu begitukah? Baik saya akan menurut permintaan sayang," ucap Sebas melangkah cepat ke arah Hana.


Tetapi dengan cepat pula Hana berdiri melangkah ke arah Sebas dan memeluknya dengan paksa.


"Sayang takut ya saya serang. Kalau saya serang ayang, sayang pasti suka. Mahu cuba?" Bisik Sebas ke telinga Hana sambil meniup telinga gadis itu.


Sebas merasa getaran dari pelukan gadis pembantu pribadinya itu setelah dia meniup telinganya.


Tanpa bicara, Sebas mengecup leher Hana. Seketika itu juga kaki Hana melemas. Dengan siagap pula Sebas memeluk erat pembantunya itu rapat menempel ke tubuhnya sambil membenamkan mukanya ke leher Hana.


"Wangi..." batin Sebas menikmati harum bau badan Hana.


"Biarkan begini sebentar Hana. Biarkan saya begini."


Deggg


"Tuan sedar?" batin Hana malu.


"Tapi tuan.."


Knock knock knock


Pintu tiba-tiba diketuk dari luar. Dengan cepat juga Hana berundur melepaskan pelukannya.


Dengan enggan Sebas menatap Hana yang sudah meleraikan pelukannya.


"Huh.. siapa yang mengetuk pintu di saat yang tidak tepat ini?" kesal Sebas dengan muka memelas.


"Masuk," katanya


Hana dengan malu duduk dan memainkan hpnya berpura-pura tidak ada yang terjadi.


Sementara itu Bring masuk dengan membawa makanan pesanan Sebas tersenyum mengangkat makanan itu tinggi.

__ADS_1


"Tuan makan disini? Saya ikut boleh? Mana tuan boleh habis semua makanan ini. Oh ada nona Hana. Mari kita temankan tuan kita makan biar gempak acara makan siangnya hari ini."


Bring mengeluarkan semua makanan yang di hantar panda food tadi dengan senang di atas meja tamu ruangan Sebas.


Mahu tidak mahu Sebas duduk tidak suka atas kehadiran Bring yang menganggu rancangan makan siangnya dengan Hana.


Saat Bring menghulurkan sepinggan makanan kepada Hana, Sebas menyambutnya dan meletakkan itu di depan dirinya sendiri.


Bring dengan tidak percaya memandang Sebas dan mengambil sebuah pinggan kosong lagi. Namun dihalang Sebas.


Tanpa kata, Bring mengerti dan dia melanjutkan makannya dengan lahap.


"Buat pembantu pribadi ku yang setia, benarkan saya melayan kamu siang ini. Tuan Puteri mahu yang mana?" Sebas berlagak pura-pura seperti seorang pelayan istana.


"Hahahaha" tawa Hana lepas. Semua beban rasa yang menjengkelkannya dari tuannya ini sirna kerana lagak tuan Sebas.


Degg


Sesaat Sebas terpanah dengan tawa dan diri Hana yang seadanya. Selama ini dia tidak pernah melihat Hana begitu.


"Ahhh perempuan ini. Buat saya jantungan aja. Kenapa hati berbunga begini?"


Hana dengan senang bagaikan berada di rumah meminta itu dan ini kepada Sebas tanpa merasa malu.


"Hana, bagaimana rasa berkerja di syarikat ini?" tiba-tiba Bring bertanya.


"Hmmm ada waktu sangat menyebalkan berkerja dengan tuan kita." Polos sekali Hana menjawab soalan Bring.


"Hahaha tapi saya hairan, kenapa kamu bertahan kerja di sini?"


"Memang saya pernah berfikir untuk berhenti, tetapi kalau saya berhenti, di mana saya akan mendapatkan wang? Cari kerja itu sulit. Lagipun saya sudah sign kontrek."


"oh iya ya sudah sign kontrek pula," ucap Bring melirik Sebas.


"Sewaktu mendapat kontrek dulu, kamu ada bacakah syarat-syaratnya?"


"Tidak. Kerana saya yakin itu semua tentang pekerjaan saya sebagai setiausaha pribadi atau pembantu pribadi."


"Hmmm kalau di dalam surat kontrek itu bilang kamu harus jadi teman tidurnya tuan Sebas dan melayannya, bererti kamu setuju?"


"Apa???" Pekik Hana terkejut lalu berdiri. Tidak ada lagi wajah cerianya seperti tadi yang menghangatkan hati kedua pemuda itu.


"Hahahaha saya cuma tanya saja," kata Bring menyentuh tangan Hana menenangkannya dan menariknya duduk semula.


Semua itu tidak menyenangkan hati Sebas.

__ADS_1


__ADS_2