
Sebas kembali ke apartment sewaannya dengan fikiran kacau. Dia melemparkan dirinya ke ranjang tanpa emosi.
Fikirannya menerawang. Dia mengingat kembali sepanjang hubungannya dengan Mirana terjalin dahulu.
Dia memang sedar Mirana sudah bukan perawan tetapi itu tidak menghalang perasaannya untuk mengasihi wanita itu.
Saat mengauli wanita itu untuk pertama kali, dia sedar ada yang aneh. Keanehan itu dijawab dengan jujur oleh Mirana setelah mereka mengakhiri untuk pertama kali kenikmatan itu.
Tanpa di minta tanpa di paksa, Mirana mengakui kalau Sebas bukan yang pertama baginya.
Apa yang mengejutkan Sebas, kenyataan yang Mirana hanya menganggapnya sebagai seorang teman baik sahaja. Teman sahaja?
Ketika dia mahu meninggalkan pesta itu tadi, Mirana memberi tahu satu lagi kenyataan yang tidak masuk akal.
"Bas, dahulu aku mahu kamu mengauli ku tanpa ikatan kerana aku mahu terus menikmati itu dari mu. Hanya kamu yang dapat memuaskan aku. Mainan mu memuaskan. Mungkin nikmat yang hebat dari orang pertama itu yang membuatkan aku mahu terus digauli. Orang pertama itu ialah Robin. Saat ini aku bahagia menerima dia dalam hidup ku kerana aku bukan hanya mahukan kenikmatan batin itu tetapi juga lahiriah."
Begitu pengakuan Mirana jujur saat mereka berduaan di depan pintu keluar pesta.
"Alasan apa itu begitu? Huh..." dengus Sebas lalu bangkit menuju kamar mandi melakukan rutin mandiannya.
Pagi itu Sebas bangun dari tidurnya meraba-raba disisinya. Dia seperti kehilangan sesuatu. Lalu dengan malas membuka mata mencari-cari.
"Hmmm aku mencari apa ya?" gumam Sebas sendirian. Dia bangkit menyandar mengusap wajah bingung.
Tiba-tiba ponselnya berdering. Dengan malas pula dia mencapai selponnya di meja.
"Ehh ini apa?" gumam Sebas lagi mencapai sekeping kertas yang di lipat dua.
Deringan ponselnya dibiarkan kerana terganggu dengan sekeping kertas itu. Lantas membacanya tanpa kerdipan. Mukanya berubah pucat.
"Argghhh..." teriaknya frustasi melangkah dengan buru-buru membersihkan diri lalu menyambar surat Hana dan ponselnya meninggalkan apartmen.
"Hello Bring..."
__ADS_1
"Tuan Sebas, apa yang tuan minta sudah kami dapat, semuanya sudah aku kirimkan ke Whatsapp tuan."
"Kita bertemu sebentar lagi di tempat biasa," ucap Sebas tegas.
Tidak berapa lama kemudian kedua pemuda itu bertemu di tempat yang dijanjikan.
"Aku dapat ini dari Hana. Dia pergi meninggalkan apartment waktu aku keluar.." ucap Sebas kelihatan kecewa.
"Jadi apa kaitan itu dengan mu? Bukankah kamu tidak mengharapkan dia dalam hidup kamu Bas?" ucap Bring santai.
"Dia...hmmm...mana yang aku minta tadi?" dalih Sebas mengubah cerita.
"Dasar kamu Bas. Di tanya malah mengalihkan perbualan. Huh ..yang kamu minta itu sudah aku hantar di WA mu. Tapi kalau mahu lihat hard disknya, nah ini." ucap Bring kesal.
Sebas menyambut file yang dihulurkan teman baiknya itu. Dia memeriksa dokumen yang ada dengan teliti.
"Itu cuma 4 block dari apartment sewaan ku. Mari ke sana sekarang Bring. Aku takut aku terlambat." gesa Sebas masuk ke dalam keretanya.
Mereka bergegas ke alamat yang ada dalam dokumen tadi.
"Maafkan saya cik. Kami ingin menemui Hana. Dia adakah?" ucap Sebas mendekati meja kaunter pembayaran.
"Sebas???" ucap Cathy dan Biba terkejut. Mereka berpandangan tidak percaya ada Sebas di hadapan mereka.
"Tuan, kalian sudah kenal?" soal Bring hairan. Kerana dari panggilan santai kedua wanita di hadapannya, itu membuktikan bahawa mereka sudah berkenalan dan saling mengenal.
"Hana ada?" Sebas bertanya lagi kepada kedua orang perempuan yang berada di kaunter dihadapannya.
"Mmm...ada, dia di atas sedang..." belum sempat Cathy menghabiskan ucapannya, Sebas sudah berlari anak menjauh mencari tangga ke atas dan hilang.
Bring, Cathy dan Biba hanya terpaku melihat tingka tuan Sebas. Bring berdehem mencairkan suasana sehingga Biba buru-buru pula meminta pemuda itu duduk di ruang khas pelanggan kedai bunga mereka.
Setiba di lantai atas, Sebas terus mencari-cari ruang yang di maksudkan. Ternyata kamar yang ditempati oleh Hana terbuka kecil dan kelihatan dia sedang melakukan sesuatu yang Sebas tidak pasti apa.
__ADS_1
Knok knok
Ketukan itu mengejutkan Hana lalu membalikkan badannya melihat siapa gerangan orang yang mengejutkannya itu.
"Sebas!?" gamam Hana menutup mulutnya tidak percaya.
"Bagaimana mungkin kamu dapat mencari aku di sini?" ucap Hana pelan tidak percaya.
Hana lupa siapa Sebas suaminya. Bagi Sebas itu bukanlah hal sukar kerana dia ada banyak jaringan untuk mencari maklumat yang dia mahu.
Cuma dua bulan yang sudah lalu, dia tidak benar-benar mencari keberadaan Hana. Alasannya mudah, kerana Mirana lebih penting dan yang lain itu cuma wap yang tidak perlu dipedulikan.
"Tuan buat apa di sini?" soal Hana gugup.
"Sssttt...." Sebas mendekati Hana lalu memeluk isterinya.
"Kenapa sayang pergi? Bukankah aku pernah bilang, tunggu aku di rumah?" Bukannya menjawab soalan Hana, malah dia yang menyoal kembali sang isteri.
Dia mengelus-elus kepala isterinya sayang lalu mengucup dahi sang isteri.
"Jangan pernah pergi lagi. Kita adalah tetap sumi isteri. Dari dulu sampai kapan pun itu." ucap Sebas lagi memeluk isterinya kemas.
"Tapi mungkin tuan lupa. Kita tidak mungkin dapat melanjutkan ini tuan. Tuan dan aku jauh berbeda. Sangat jauh. Apa lagi kalau soal cinta. Tuan tidak mencintai aku. Begitu pun sebaliknya. Kerana bagi tuan dan aku juga, pernikahan itu harus harmoni kerana didasari cinta. itu semua sudah tuan ucapkan di awal kita menikah. Aku adalah pengganti yang tidak diinginkan, begitu tuan bilang. Tuan ingat itu kan? Terima kasih untuk dua minggu yang kita lalui bersama minggu yang lalu tuan."
Panjang lebar Hana menyedarkan Sebas tentang hubungan mereka. Pasti itu menyedarkan Sebas dan sudah tentu ada rasa nyeri di lubuk hatinya.
"Aku sudah siap untuk menurunkan tandatangan di kertas penceraian kita tuan. Santai saja, aku baik-baik saja, tidak perlu tuan memeluk menenangkan aku begini. Aku susah bernafas," ucap Hana cuba menolak pelan dada Sebas agar menjauh.
Namun Sebas tetap memeluk sang isteri. Dia cuma merenggangkan sedikit pelukannya agar isterinya dapat bernafas normal.
Dia memegang dagu isterinya lantas mengangkatnya agar muka Hana terangkat mendongak menatapnya.
Mereka saling bertatapan. Di mata Hana terpancar rasa sendu juga pandangan itu kosong. Dia cuba mengukir senyuman tetapi gagal.
__ADS_1
Tatapan mata Sebas yang bersinar-sinar itu aneh di mata Hana. Ada apa sebenarnya dengan pemuda itu?