Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 22 Kepura-puraan


__ADS_3

"Tiup lilinnya, tiup lilinnya, tiup lilinnya sekarang juga, sekarang juga, sekarang juga."


Tepukan tangan bergemuruh di salah satu pondok tepi laut malam itu.


Hana mengibaskan tangan kearah lilin yang menyala beberapa kali sebelum api lilin itu padam.


"Wah style baru tiup lilinkah Hana?" ucap salah seorang yang hadir malam itu.


"Ya, supaya semua mau makan cake ini. Biar tidak bertaburan air liur ku di atas kek. Baguskan? haha," ucap Hana tertawa ringan.


Hana memotong-motong keknya sebelum diberikan kepada teman-temannya yang empat orang itu.


"Segan pula berparty kalau ada tuan boss di sini," bisik Kembang kepada Kimberly. Kim mengangguk mendengar ucapan Kembang.


Lily yang tidak mengetahui lima orang yang bersamanya dari satu syarikat itu terus sibuk membuka kotak makanan.


"Laparnya. Bila kita makan?" soal Lily yang bertubuh kerempeng seperti papan lapis.


"Lil, kamu ini kurus lidi, tapi makan, ya ampun, sebuah restoran pun boleh habis kamu makan," ucap Kim bercanda. Lily terkekeh mendengar ucapan sahabatnya.


"Sebelum makan, ini keharusan, birthday girl harus suapkan kek kepada semua orang," ucap Bring memberi cadangan.


"Itu saya setuju," ucap Kembang menyokong idea Bring.


"Suap, suap, supa!!"


Akhirnya Hana menyuapkan seketul kek masing-masing kepada teman-temannya.


"Saya?" Bring menunjuk dirinya mengangkat kedua alis matanya.


"Sebentar, saya punya idea," Sebas berbisik kepada Hana memberikan ideanya. Hana tersenyum.


"Ok, begini. Saya mahu Kembang dan tuan Bring saling berdiri berhadapan dan saling memegang bahu. Terus kek akan diletakkan diantara mulut kamu. Maksudnya kamu akan pastikan kek tidak jatuh. Setelah hitungan tiga, kamu makan kek itu dengan cara kamu sendiri. Siapa kalah, tidak dapat memakan kek ini, dia kemaskan semuanya nanti." Terang Hana panjang lebar.


Kembang sedikit memprotes tetapi terpaksa akur akhirnya.


Mereka berdua menyelaraskan kedudukan sebelum Sebas meletakkan sepotong kek di antara mulut mereka untuk disepit sebelum berebut makan.


"Ok dalam hitungan tiga, dua, satuuuuu." Teriak Hana di sambut teriakan sokongan dari yang lain kepada dua orang yang berebut kek.


Keduanya kelihatan cuba memamah kek di antara mereka secara perlahan. Tetapi mereka kesukaran.


Akhir tanpa berlembut lagi Bring mengeserkan muka mendongak agar kek jatuh ke mukutnya, tetapi pada masa sama Kembang menunduk mencuba merebut kek itu dengan lidahnya.

__ADS_1


Alhasilnya kedua orang itu saling menangkupkan bibir pada lawan. Bibir saling bertaut. Mata keduanya terbelalak.


Bring membuka mulutnya lebih luas memakan kek dan mengulum lidah yang tidak disengajakan masuk ke dalam mulutnya.


Hahahaha semua yang ada di sana ketawa terbahak-bahak.


"Kembang oh kembang. First kiss mu di ambil tuan Bring," tawa Kim memegang perut.


Kembang menolak Bring dengan wajah memerah. Dia mengelap bibirnya dengan jari lalu berundur.


Bring menatap Kembang sambil mengunyah kek dan menjilat bibirnya. Dia hanya tersengih tanpa rasa bersalah.


"Benarkah saya yang pertama menyentuh bibirnya?" batin Bring masih tersengih.


"Ambil sudu ini dan suapin saya," perintah Sebas tiba-tiba berdiri di hadapan Hana tanpa dapat Hana tolak.


"Suap, suap, suap" yang lain memberikan sokongan.


"Setelah suapin, jangan lupa kiss. Bukan pipi tau," bisik Sebas pada telinga Hana.


"Isssss lelaki ini. Ku juluk pakai sudu itu mulut baru padan muka. Suka-suka saja suruh." batin Hana tidak suka.


Dia dengan berat hati mengangkat sudu menyuapkan sepotong kek kecil ke dalam mulut Sebas.


Ehhh sebentar, kenapa kek itu tetap di sana? Tetap di mulut tuan Sebas tanpa dia masukkan ke dalam mulut?


Hana mengangkat tangannya mahu menolak kek itu tetapi di tahan Sebas.


Sekali lagi Sebas mengangkat keningnya beberapa kali.


Mahu tidak mahu Hana merapatkan mukanya lalu menolak kek itu ke dalam mulut Sebas dengan lidahnya.


Sebas menangkupkan mulutnya membiarkan mereka begitu beberapa detik.


Hana serba salah begitu di hadapan teman-temannya juga di hadapan Bring.


Kesemua teman Hana menutup mulut sendiri dengan tangan terpekik melihat situasi itu. Mereka tidak percaya akan melihat adegan itu di depan mata.


Tanpa malu, Sebas ******* bibir ranum Hana lembut. Seperti yang dia fikirkan, bibir assistantnya itu benar-benar memabukkan.


Hana menarik diri lepas dari pelukan tuan Sebas.


"Tuan itu sudah berlebihan," ucap Hana kasar.

__ADS_1


"Itu tidak berlebihan cik Yohana Johanes. Itu hadiah special dari tuan mu ini," Tuan Sebas mendabik dada.


Hana menggelengkan kepala mendengus kesal lalu meninggalkan mereka menuju ke arah laut.


"Hei...hei..." panggil Sebas melangkah mengikuti jejak Hana.


"Tuan, biarkan saja Hana begitu. Dia sedang menenangkan fikiran dan kesalnya," panggil Kim.


Tapi Sebas tidak peduli dengan ucapan Kim. Dia tetap berlari kecil mengejar Hana.


"Biarkan mereka, mari lanjutkan makan. Tadi ada yang laparkan?" Bring cuba menguraikan rasa yang tidak selesa itu dengan membawa mereka makan.


"Iya..ya..perut saya makin lapar nampak adegan-adegan dewasa begini. Kasian orang solo yang polos tidak tersentuh bibirnya ini. Biar sudu mencium bibir ku, cukuplah." kata Lily mencium sudunya.


"Aaappa la Lily ini, hahaha"


"Lil, kalau mau, saya boleh ambil first kiss kamu."


"Eeeiiiiweeeekkk, sana, sana, saya tidak sudi bibir polos ini disentuh bibir mu Kim. Bibir ku khas untuk cowok normal. Lelaki normal." Lily mengibas-ngibas tangannya seperti mengusir seseorang.


Semakin berderai tawa mereka di sana.


"Hana tunggu. Sayang tunggu. Sekarang anggap saja kita pasangan kekasih. Biar rasa awkward itu hilang. Anggap saja kamu itu Mirna ku," ucap Sebas menarik tangan Hana lembut.


"Tidak tuan. Ini hari ulang tahun ku. Saya tidak mahu hari ulang tahun ku rosak. Saya tidak mahu ada kepura-puraan di hari yang bermakna ini," protes Hana.


Dia berhenti membalikkan tubuh menghadap bossnya.


Sebas menatapnya intense.


"Mari pulang," akhirnya Sebas menarik Hana kembali ke tempat party hari jadinya.


Hana menurut dengan hati yang sebal.


"Bring kita pulang," kata Sebas sesamapinya di sana masih menarik Hana di belakangnya.


"Kita?" ucap Hana.


"Ya kita bertiga pulang sekarang. Semua yang lain lanjutkan saja, kalau mahu panggil kawan-kawan lagi silakan. Nanti saya tolong order makanan kamu untuk tambahan," Sebas mencadangkan.


"Tak apalah tuan. Kalau yang diraikan pulang, buat apa lagi berlama-lama di sini, nanti selepas semuanya selesai, kami pun akan pulang," Kimberly tersenyum malas menolak saranan tuan Sebas.


Di Kereta, Sebas dan Bring melakukan tepukan high five.

__ADS_1


"Rencana berhasil," ucap keduanya sangat perlahan sambil tersenyum dalam kesamaran remang cahaya malam.


"Menyebalkan, tiba-tiba saja saya dibawa pulang. Pada hal, ini ulang tahun ku," gumam Hana di dalam kereta melihat kelakuan dua pemuda itu di luar kereta.


__ADS_2