Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 33 Ketampanan


__ADS_3

"Yeah hari ini pulang, yeehaa.." tari Hana kegembiraan di dalam toilet. Dia menari-nari di bawah shower yang hangat membasahi tubuhnya.


Dia mandi penuh kebahagiaan. Mana tidaknya. Sepanjang mereka di Pulau Jeju ini, hidupnya penuh stress. Angan-angannya terkubur kerana tidak ada ruang untuknya menikmati suasana kehidupan orang Korea.


Setiap kali dia ingin keluar sedikit lama atau setiap kembali ke apartment tuan Sebas di mana dia turut tinggal, semuanya sirna.


Sirna kerana tuan Sebas akan mengacaukan semua suasananya. Kerja, kerja, kerja dan kerja.


Apatah lagi cincin di jari belum mereka tanggalkan. Setiap kali Hana cuba tanggalkan cincin itu, pasti Sebas akan marah kerana melihat jarinya membengkak. Sekaran pun jari di mana cincin itu tersemat megah, kelihatan jarinya memerah ada tanda luka.


Nah itu tidak memungkinkan ada gangguan di jari itu lagi. Sekiranya cincin itu digerakkan, Hana akab meringgis kesakitan.


"Pulang, pulang, pulang rumah. Tak sabar ku pulang rumah memeluk bantal peluk ku melepas rindu. Ingin ku cumbui dikau bantal peluk ku yang setia menemani ku di tiap malam ku. Oh yeah..rindu ku hanya untuk mu. Dan kau Pulau Jeju, akan ku kembali menemui mu lagi. Tapi tidak dengan suasana seperti sepanjang dua minggu aku di sini sekarang. Saat itu pasti tiba. Aku akan memeluk dia menyusuri pantai mu yang indah. Bercumbu penuh kasih dengannya di pantai mu. Pulau Jeju pasti melihat aku dan dia di sini menikmati hari indah itu. Aku akan memuaskan dia di pulau ini, menikmati semuanya bersama mu Pulau Jeju."


Hana terus menari-nari sambil menyanyi lagu sendiri. Sesekali dia tertawa kecil menikmati hari terakhirnya di sini.


"Nasib tuan Sebas sudah keluar. Bebaslah aku pagi ini sesuka hati di rumah ini." Batin Hana mengosok lembut tubuhnya.


Tapi pada hakikatnya, Sebas sudah kembali dari keluar tadi dan sedang mengerutkan dahinya mendengar suara Hana yang bising menyanyi di dalam kamar mandi.


Dia bersandar dekat pintu kamar mandi kerana mahu masuk setelah Hana selesai di dalam. Dia memeluk tubuhnya sendiri tidak bergerak. Dia menegang saat Hana bernyanyi tentang dia akan kembali membawa seseorang ke pulau ini lagi menikmati semuanya.


Cara Hana menyanyikan part kembali ke Pulau Jeju dengan suara mendayu-dayu menikmati semua suasananya membuatkan Sebas makin menegang.


Entah kenapa dia merasa marah mendengar lagu itu.


Ceklak


Pintu di buka dengan Hana keluar terkejut.


"Suara kamu merdu juga ya. Ke..."


"Ahhhh! Sana, sana, dasar unta. Siapa suruh kamu menunggu di sini? Bukankah di room tuan ada kamar mandi sendiri?"


"Berani kamu bilang saya unta?? Mau di mana pun itu di sini, itu suka sayalah. Inikan rumah saya sendiri. Sana, saya mahu masuk ke dalam. Saya mahu muntah mendengar nyanyian kamu tadi. Sudah la suara separuh katak separuh monyet separuh itik, keluar saja marah orang."

__ADS_1


Hana berlari kesal dengan apa yang tuannya katakan. Dia masuk ke biliknya dengan membanting pintu.


Sebas tidak peduli dengan tindakan assistant kecilnya itu. Dia selamba masuk ke dalam toilet mencuci mukanya.


Selang beberapa jam, satu ketukan kuat menganggu ketenangan Hana yang asyik mengemas barang-barangnya ke dalam bagasi.


"Ada apa hal lagi si unta ni?" gumam Hana menuju ke pintu kamarnya.


""Ya ada apa tuan!?"kata Hana dari dalam sedikit berteriak.


"Buka pintunya baru saya katakan apa yang ada dalam fikiran saya."


"Huh dasar pemaksa ni orang. Saya cakar tu muka baru tahu." gumam Hana kecil kesal dengan tuannya


Ceklak


"Ada apa tuan?"


"Ini, mana yang sesuai untuk pakaian petang ini? Jangan bilang kamu lupa kita masih ada satu meeting terakhir jam 3 petang ini."


Hana sedikit marah dan tidak percaya pemuda di hadapannya memamerkan begitu banyak pakaian sambil mempersoalkan ingatannya tentang pertemuan di syarikat milik keluarga Sebas petang nanti.


"Bawa di sana saja tuan, nanti saya pilih untuk tuan."


Dengan malas Hana berlalu tanpa mengambil satu pun pakaian yang di pegang tuannya.


Bagaikan seekor lembu yang di tisuk hidungnya, Sebas menurut ke mana pembantu pribadinya itu arahkan.


"Ehh siapa tuan siapa pembantu ni?" ucap Sebas menatap Hana tajam.


"Hahaha bukan selalu ada kejadian begini tuan. Ini kejadian langka. Bajunya diletakkan disini saja. Hmm mari saya cek mana yang tuan boleh pakai nanti," ucap Hana bersaja tenang namun dalam hati, dia sudah kecut.


"Hmm tuan mahu berpakaian formal atau santai? Mm pakaiannya mahu di ganti sebelum naik pesawatkan?"


"Carikan saya yang santai tapi formal dan sebolehnya saya dapat pakai sampai pulang ke tanah air." ucap Sebas duduk santai di seberang meja memperhati assistantnya memilih pakaiannya.

__ADS_1


"Untung suami kamu nanti kerana ada isteri seperti kamu yang tahu memilih pakaian untuknya."


Tiba-tiba Sebas mengatakan sesuatu yang membuatkan Hana tertawa lepas. Dia merasa lucu tuannya mengucapkan itu kepadanya.


"Ada yang lucu? Kenapa sampai ketawa begitu?"


"Hahaha, tuan, tuan. Ucapan tuan lucu. Haha, oh iya ini sesuai seperti selera tuan."


Hana mengangkat sehelai baju jenama Polo mengamatinya lalu memberikanya kepada Sebas.


"Hmmm ok. Terima kasih." ucap Sebas puas dengan pilihan assistantnya.


Dia tersenyum melihat pakaian yang bakal dia pakai nanti. Sehelai baju polo tshirt biru langit, bercolor, berlengan panjang ala-ala pelajar university.


"Terasa macam masuk kampus saja begini. Kalau dipadankan dengan kot ini, nah makin menyerlah pula ketampanan ku." puji Sebas pada dirinya sendiri.


"Harap tuan akan ok nanti masuk kampus di syarikat. Siap sedia saja dikerumuni semut-semut genit." timpal Hana terkekeh.


"Oh yang itu tidak masalah. Kitakan sudah couple. Kita keluar saja dari kereta, kamu harus sudah mengepit tangan saya, begini."


Dengan pantas pula Sebas menarik tangan Hana lalu meletakkannya pada tangannya.


********


Petang itu di cabang syarikat milik keluarga Sebas, kelihatan sepasang muda mudi memasuki loby syarikat bergandingan tangan.


Aura keduanya sangat dirasai oleh setiap yang ada di sana. Mereka memandang pasangan itu penuh minat.


"Tenang saja sampai ke dalam lift. Buat macam latihan di rumah tadi. Jangan panik. Tetaplah tersenyum anggun. Jadi diri sendiri." Bisik Sebas yang merasakan assistantnya bergetar dan mencengkam tangannya kuat.


"Saya mahu terkencing ni. Macam mana?"


Hana begitu tegang menghadapi suasana lakonan yang ditimbulkan oleh Sebas masuk ke syarikat mereka sendiri.


Mendengar itu, Sebas mempercapatkan langkahnya menuju ke dalam lift yang kebetulan terbuka sedia membawa penumpangnya ke destinasi dituju.

__ADS_1


"Leganya...syukur, syukur." ucap Hana. Dia menarik tangannya lalu membungkuk melepaskan ketidak selesaannya.


__ADS_2