Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 25 Tidak percaya


__ADS_3

"Hei bangun, ini sudah jam berapa ni? Kamu fikir ini bilik kamukah? Woiii bangun. Keluar, keluar. Bangun oiiii!!!!"


Saat itu juga Hana terbangun duduk terkejut. Mana tidaknya, air sejuk yang disiram ke mukanya menganggu tidurnya. Apa tah lagi suara kuat yang memecahkan gegendang telinganya sampai terkeluar taik telinga.


"Apa ni siram-siram, teriak-teriak lagi. Airnya dingin bikin beku tahu!!" Marah Hana lantas berdiri benci memandang siapa yang menyiramnya.


"Keterlaluan. Kalau bangunkan orang bukan macam itu. Kamu fikir saya tu apa?" Dengus Hana marah keluar dari bilik tuan Sebas.


Hah? Bilik?


Tanpa berfikir dua kali, dia menuju ke meja luar menyambar beg kecilnya lalu keluar dari tempat itu. Ada perasaan malu dan terkejut kerana menyedari dia tertidur di bilik tidur tuan Sebas.


Dret dret dret


Di hadapan lift dia merasa getaran dari dalam beg kecilnya. Namun dia membiarkannya terus telepon bimbitnya bergetar sehingga berhenti sendiri.


Ting


Lift berbunyi terbuka dan keluarlah sepasang orang tua yang sibuk bercakap sesama sendiri.


Hana masuk ke dalam lift tanpa mengindakan pasangan tua itu dengan perasaan marah dan kesal. Hatinya mengerutu dan kebenciannya tumbuh.


"Dasar tuan kepala batu tidak berperasaan. Adakah patut dia siram muka saya dengan air batu. Huh boss otak batu."


Semakin dia mengingatnya semakin panas hatinya.


Hana meninggalkan bangunan apartment itu dengan menaiki sebuah motor taxi yang kebetulan menghantar seorang penumpang kawasan itu.


Sesampai di hadapan rumahnya, Hana duduk di sebuah bangku bawah pohon yang rendang. Dia menjulurkan kakinya melepaskan rasa di hati.


Dret dret dret


Sekali lagi hpnya bergetar. Dengan malas dia mencapai hpnya di dalam beg.


"hello"


"...."


"mmm"


"....."


"Malaslah."


"..."


"Tak la Kim. Kamu jalan aja sama Kembang. Tak cukup si kembang, kamu bawa ..."


"...."

__ADS_1


"Maaf untuk kali ini, saya tidak dapat keluar. Ya betul saya di rumah. Cuma saya malas keluar rumah."


Perbualan Hana dan Kim berlanjutan beberapa minit sehingga akhirnya Hana mengakhiri perbualan itu.


Dia berdiri meninggalkan tempat itu lalu masuk ke dalam rumah.


"Wah! Ini enak sekali. Mama..!!" teriak Hana berlari anak menuju ke ruang dapur yang dipenuhi aroma wangi sesuatu di masak dari oven.


"Maa..."


"Aiii anak ni bikin terkejut saja," ucap ibunya mengurut dada.


"Mama masak apa ni? Penuh rumah wangian dari oven," peluk Hana kepada ibunya


"Kamu tu kenapa awal pulang? Biasanya kamu tu hampir lupa pulang kalau sudah berkumpul sama teman baik kamu si Kim itu."


"Ahh mama ini. Mama tidak suka anak mama pulang awal kah?"


"Bukan begitu. Cuma mama hairan aja. Oh iya ambil kek yang sudah masak itu, kita mau siapkan untuk makan tengahari bersama tetamu."


Ibu Hana meminta anaknya mengambil kek di dalam oven sambil dia sendiri menyiapkan tempat.


*********


"Ma, Pa, saya minta maaf, saya mahu keluar dulu. Kembang, Kim dan Lily panggil ni. Bye Ma, Pa."


Hana berjalan cepat meninggalkan kedua orang tuanya setelah mendapat panggilan telepon lagi dari Kim.


"Anak kita tu menteri ka? Sibuk memanjang saja," kata Johanes memandang isterinya yang sibuk menyiapkan meja untuk makan tengahari ahad itu.


"Itu sebabnya saya setuju dengan permintaan kamu tu," lirik isterinya mengatur piring di atas meja.


Ting tong ting tong


Bunyi loceng pintu utama memecahkan kesunyian rumah sederhana itu.


"Biar papa yang membukanya," kata Johanes melangkah menuju ke ruang tamu membuka pintu.


"Joe, selamat tengahari." Peluk seorang lelaki paru baya setelah pintu dibuka. Johanes membalas pelukan temannya itu mesra.


"Silakan masuk Wan, Tiwi."


Pelawa Johanes kepada tetamu specialnya tengahari itu dengan gembira. Mana tidaknya, sudah sekian lama mereka tidak bertemu di dalam rumah sendiri.


Eh... dahulu Johanes dan teman baiknya ini, yang dia panggil Wan tinggal dalam sebuah rumah yang sama kepunyaan datuk Wan.


"Tiwi sini, masuk terus ke dapur," panggil Briana melambai Tiwi.


"Wah sudah siap semuanya ni. Tak sempat pula saya bantu potong bawang kalau gini," kekeh Tiwi masuk ke dapur.

__ADS_1


Mereka berempat melanjutkan cerita di ruang tamu setelah selesai makan. Sepertinya perbualan mereka semakin serius melihat pada raut wajah masing-masing.


Namun dari keseriusan mereka itu terpancar satu kesenangan dan gembira. Sesekali terukir senyuman dan kekehan dari 4 orang paru baya itu.


"Apa pun, ini sudah muktamad. Kita teruskan tanpa bantahan." ucap Wan serius disambut anggukan dari ketiga orang yang ada bersamanya.


"Tempat dan tarikh sudah kita putuskan. Mahu atau tidak, kita tetap lakukan." Lanjut Wan lagi.


"Yang lain biar kami perempuan yang urus," tokoh Tiwi menimpali ucapan suaminya.


"Kami ikut saja Wan. Mana yang patut kita buat saja. Lagi pun kami ni orang biasa saja, mana dapat..."


"Hais kamu ni Joe, kamu sudah lupa yang kita ini saudara? Nanti kalau atuk tahu, tentu dia sedih. Sebenarnya sudah lama kami cari kamu sejak kejadian lalu. Sampai nenek sakit-sakit risaukan kamu. Tapi syukurlah kita sudah bertemu lagi dan nanti dalam acara ini biar kita semua berkumpul lagi untuk kejutan semua orang. Hihi".


Wan menyeringai menepuk-nepuk bahu teman baiknya yang masih tunduk segan disampingnya.


"Tiwi, Wan, maaflah, anak kami Hana tidak bersama kita. Dia titip salam saja tadi. Biasalah orang muda sekarang selalu sangat berkumpul dengan teman-temannya. Apa lagi hari ini hari minggu." ucap Briana kesal.


"Tak apalah Ana. Zaman mereka berbeza sedikit dari waktu kita muda-muda dulu. Nanti akan sampai masanya juga tu mereka terpaksa berkurung dalam rumah." ucap Tiwi ketawa mengingat masa-masa mereka muda dahulu.


********


"Kamu ni Bas apa hal? Sakitlah kepala saya nampak kamu ke sana ke sini. Sekejap pegang telepon sekejap buka pintu rumah. Kamu kenapa?"


Bring hairan dengan tingka temannya sejak tadi yang tidak dapat duduk diam.


"Kamu bergaduh dengan Yohanakah? Sejak saya keluar dari kamar tadi saya tidak melihat batang hidungnya. Dia ke mana?"


"Tadi mungkin ada kesalah fahaman antara kami. Jadi dia keluar."


"Keluar? Kenapa?"


"Tadi saya bangunkan dia pakai air batu. Trus saya..."


"Ha? Siram pakai air batu? Kamu fikir dia tu banduan? Tahanan kamu? Hamba kamu?"


"Keterlaluankah? Terus saya suruh dia keluar."


"Kamu suruh keluar? Kamu halau dia dari rumah?"


"Masalahnya saya tidak suruh dia keluar rumah, tidak pun halau dia keluar rumah. Saya cuma suruh dia keluar dari kamar tidur saya."


"Wo..wo..wo.. tuan Sebas yang terhormat. Saya pun akan salah faham kalau begitu. Pasti perasaannya tidak baik disiram dan diteriak begitu. Semua arahan jadi sensitive. Otak tidak berfungsi normal kerana pengaruh dari dua hal tadi."


"Ya salah saya. Sebenarnya saya cuma mahu kenakan dia. Mahu lihat muka dia malu kerana bangun lambat. Kan tadi itu dia belum bangun walaupun jam menunjukkan pukul 11 pagi."


"Apa sebab dia lambat bangun pagi tadi?"


"Semalam setelah kamu keluar, saya suruh dia buat kerja rumah. Dia harus selesaikan semuanya sebelum siang menjelma. Saya saja kenakan dia."

__ADS_1


"Ampun tuan. Kerja gila itu gitu. Tak hairanlah Yohana lambat bangun. Tentu dia penat dan ngantuk itu. Cuba kalau girlfriend kamu si Mirna sudah pulang. Suruh dia buat semua kerja itu dalam satu malam. Dia mahu?"


Sebas diam tidak terkata sepatah kata memandang temannya itu. Bring menggelengkan kepala tidak percaya.


__ADS_2