Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 28 Sengaja mempermalukan


__ADS_3

Keesokan harinya Hana merancang menjauhkan diri dari bossnya. Kerana dia masih merasa malu dengan apa yang telah terjadi tadi malam.


Soal semalam, jangan bilang kalau Hana dapat tidur nyenyak. Buktinya, pagi itu dia bangun dengan muka bermata panda.


Apabila dia mengetahui tuan Sebas keluar rumah sepanjang hari, itu banyak menenangkan Hana. Dia tidak perlu bersusah-susah melarikan diri dari pandangan tuannya.


Malahan dia dapat ambil kesempatan itu untuk tidur sepuasnya di rumah sendirian.


Tapi persoalannya, tuan Sebas keluar ke mana? Sejak bila dia keluar? Sedangkan hari itu belum ada jadual pertemuan mereka bersama mana-mana syarikat mahupun dari cabang syarikat mereka.


Petang itu Hana menikmati pemandangan indah dari luar balcony sambil mencicip lemon tea yang dia dapatkan dari peti sejuk.


Pemandangan awal senja yang memukau dengan pantulan rona oren merah di lautan begitu mengasyikkan. Pulau Jeju memang selalu memberikan suasana indah saat senja menjelma.


Melihat suasana yang menenangkan itu, Hana mula merancang-rancang di hati apa aktiviti yang bakal dia akan lakukan saat ada waktu luang di petang hari sepanjang berada di Pulau ini.


"Hmmm mungkin juga boleh kejar feri ke tanah besar Korea petang-petang dan di awal pagi hari berikutnya, bolehlah kembali ke sini." gumam Hana tersenyum.


Senja semakin pekat ditelan kegelapan malam, begitupun juga cuaca semakin dingin. Tapi Hana tetap berada di balcony melayangkan pandangan kagum dengan suasana di luar sana yang berubah.


Dengan malas, Hana berdiri memeluk tubuhnya sendiri menghampiri palang pembatas balcony itu.


"Harga apartment begini berapa ya? Kalaulah saya boleh memiliki rumah begini, wahhh bestnya!" seru Hana berangan kesukaan sambil mendepakan tangan berputar ala-ala sedang menari. Dia terkekeh sendiri dengan tingkahnya lalu memeluk dirinya lagi.


Dia tidak sedar semua perlakuannya diperhatikan oleh tuan Sebas yang sudah berada di ruang tamu beberapa minit yang lalu. Kebetulan waktu itu di dalam apartment belum ada lampu yang dihidupkan.


Sebas masuk menemani Hana di balcony sambil memakaikan assistantnya itu jas tebal.


"Kalau sudah cuaca dingin begini, seharusnya kamu masuk ke dalam. Atau kamu memang mahu beku di sini?" ucap Sebas datar.


Hana sedikit gugup saat tuannya yang selalu bercuaca aneh berubah-ubah itu berada di sana bersamanya.


Apa tah lagi dia dipakaikan jas kepunyaan tuannya sendiri.


Hana mengabaikan ucapan tuan Sebas. Dia menjaga jarak agar mereka lebih selesa pada kedudukan masing-masing.


"Oh iya, esok jangan lupa kita akan bertemu klient. Alamatnya sudah saya share di WhatsApp kamu. Itu agar kita berjaga-jaga. Mana tahu kita tidak bergerak ke tempat itu bersama atau kemungkinan ada hal-hal yang tidak mengizinkn kita bertolak bersama-sama." Terang Tuan Sebas panjang lebar meninggalkan assistantnya.


"Achuuu..achuu...achuu.."


Hana bersin beberapa kali kerana suasana dingin yang mulau mengigit tubuhnya.

__ADS_1


"Masuk!! Saya tidak mahu esok kamu sakit dan tidak dapat berkerja." perintah Sebas tegas.


"Baru bersin pun sudah anggap tanda sakit? Huh..." omel Hana seadanya pelan.


"Telinga saya belum tersumbat ya. Jangan mengomel sesuka hati. Kamu mahu sakit? Kalau mahu sakit boleh. Tapi sendiri ke hospital bayar perubatan."


"Huh...tahulah." ketus Hana menjawab Sebas berlalu masuk.


"Oppsss. Sebelum kamu lupa, ingat untuk sediakan semua yang diperlukan sepanjang hari esok." suara datar Sebas menghentikan langkah besar Hana untuk maju menuju kamarnya.


Hana mengerucupkan mulutnya geram berbalik menuju ke meja khas dokumen.


"Arggg lupa yang meja ini berkunci pula," sungut Hana menepuk jeruji kukuh pada meja itu.


Knok knok knok


"Tuan Sebas!! Kunci jeruji meja khas itu mana?"


Ceklak


Pintu kamar Sebas terbuka kecil dengan kunci dihulurkan keluar. Hana menyambutknya lalu pergi membuka jeruji meja khas itu.


Memeriksa ulang semua file untuk esok adalah sesuatu yang paling memenatkan otak bagi Hana.


Setelah memeriksa dan menyusun semua kertas sesuai urutan, Hana akhirnya menyelesaikan pekerjaan malam itu dengan perasaan lega.


*********


"Bagaimana? Tuan Jung setuju dengan details ini?"


"Hmm Tuan Sebas memang sangat teliti. Siapa yang tidak setuju dengan hasil penelitian dan details begini. Saya setuju tuan. Kerjasama kita saya setuju." ucap Tuan Jung menghulurkan tangan berjabat tangan tanda persetujuan kerjasama.


Setelah menandatangani kontrek kerjasama, tuan Jung meminta diri meninggalkan mereka untuk urusan seterusnya.


"Yes, we did it. Ini adalah pencapaian kerjasama yang paling berharga untuk tahun ini. Yes, yes."


Tuan Sebas sangat gembira sehingga berdiri mengucapkan kata-katanya dengan penuh semangat.


Hana hanya memperhatikan tuan Sebas sambil menyusun semua kertas berharga di atas meja.


Tidak lama kemudian seorang pelayan kemas masuk mendorong beberapa jenis menu makanan siang ke dalam.

__ADS_1


Mereka hairan dengan kehadiran pelayan itu membawa makanan. Bukankah mereka hanya duduk di sana sambil berbincang bisness dan meminta hot milk bersama klient tadi?


"Silakan tuan, cik menjamu selera. Tuan Jung hadiahkan makanan siang untuk tuan." ucap pelayan itu setelah menyelesaikan tugasnya lalu keluar.


"Banyaknya makanan. Siapa boleh habiskan ini semua? Memang tuan berperut kerbaukah?"


Hana menutup mulutnya terkejut dengan ucapan sendiri saat mendapat tarapan tajam dari tusn Sebas.


"Saya berperut kerbau? Kenapa harus disamakan dengan kerbau?"


"Maaf tuan, saya tak sengaja."


Muka Hana memerah kerana malu atas ucapannya.


"Kenapa harus kerbau?"


"Ah..anu..anu..anu tuan. Itu anu, itu kerbau, dia tidak pernah berhenti makan. Dia selalu mengunyah. Mungkin perutnya besar."


"Hoo hoo kamu bilang perut saya besar macam kerbau? Sejak bila kamu melihat saya tidak berhenti makan?"


"Ehh..bukan begitu tuan. Itu..."


"Sudah! Kalau makanan ini tidak habis, minta saja sama pelayan untuk bungkus, bawa pulang."


Hana memandang bossnya tidak percaya. Bungkus bawa pulang? Di sini adakah peraturan seperti itu? Biar betul si boss mahu bungkus lebihan makanan.


"Hello..kamu mahu makan atau tidak?"


Satu anggukan menandakan assistant yang sedang bingung itu akan makan.


Selesai makan masih ada 3 jenis lauk yang belum di sentuh dan sejenis puding pencuci mulut yang mereka tidak makan.


Hana memicit bell memanggil pelayan dan meminta agar makanan yang belum di sentuh itu di bungkus.


"Dia yang minta semua itu di bungkus," ucap Hana menundingkan jarinya kepada Sebas.


Sebas membelalakkan mata tidak percaya assistantnya mengatakan begitu.


Pelayan yang ada di sana tersenyum nipis lalu membawa pergi semua makanan yang dimaksudkan untuk di bungkus.


"Kamu sengaja mempermalukan sayakah? Kalau mahu bungkus, ya bungkus saja. Tidak perlu la tunding-tunding orang begitu," kesal Sebas.

__ADS_1


Dalam hati, Hana bersorak riang kerana dapat melihat tuan Sebas yang kesal setengah mati.


__ADS_2