
Setelah Hana di tahan semalaman di hospital, keesokan harinya dia meminta kebenaran untuk pulang. Doktor memeriksa dan memastikan keadaan Hana, dia akhirnya pulang ke rumah sendiri di jemput ibu dan bapanya.
Di rumah, Hana termenung duduk di balkoni kecil biliknya. Dia memandang pemandangan senja yang memerah. Pada masa sama dia melamun jauh tidak sedar ada yang datang mendekat ke arahnya.
"Ehemm..kenapa suka-suka saja keluar awal dari hospital?"
Suara lelaki itu mematikan lamunan Hana.
"Tuan?"
Dia sedikit terkejut melihat sosok tuannya berdiri menyandar pada gang pintu balkoni.
"Ahh kebiasaan tuan itu berdiri begitu sambil peluk tubuhnya sendiri pada bingkai pintu, huh." Dengus Hana dalam hati.
"Sepatutnya tuan tidak perlu masuk ke sini..Cukup suruh ibu saya panggil saya untuk turun bertemu tuan," kesal Hana lalu duduk lagi di tempatnya.
"Kamu tu terluka. Mana mungkin saya..."
"Tapi tuan, ini bilik pribadi saya. Sepatutnya tuan tidak perlu masuk. Selama ini tidak pernah ada orang luar yang pernah masuk ke sini sebelum ini. Kerana hanya yang special saja yang boleh ke sini."
Hana berterus terang menunjukkan ketidak sukaannya dengan keberadaan tuannya di sana.
Tetapi lain halnya dari seorang Sebas. Entah mengapa, hatinya bagaikan bunga yang memekar mendengar kenyataan dari assistantnya itu.
Tanpa peduli dengan ketidak nyamanan gadis itu dengan kehadirannya, Sebas malah bergerak menyandar pada penghadang jeruji pada balkoni.
"Orang tua kamu yang izinkan saya masuk ke dalam. Malah ibu mu yang bukakan pintu untuk ku masuk ke sini. Jadi salah sayakah?"
"Isss ibu ni. Dia juga tahu saya tidak benarkan sesiapa masuk ke sini. Apa lagi lelaki. Saya .."
"Hmm kamu lupa, kamu itu uda ada kaitan dengan ku. Itu cincinnya tanda pemilikan."
"Hah? Apa tuan bilang?? Jangan mimpilah tuan. Ini cuma rehasel tuan melamar pacar tuan."
Hana memprotes sepenuh hati perkataan tuan Sebas. Dia malah cuba menanggalkan cincin berlian itu dari jari manisnya.
Air matanya mulai berlinangan kerana sangat kesal dengan apa yang dia dengar. Tangannya yang masih berbungkus rapi berdenyut nyeri kerana gerakannya.
Dia menarik, memutar dan menekan cincin itu sehingga jarinya mulai kemerah dan melecet lagi.
__ADS_1
"Stop it Hana. Stop," ujar Sebas mengenggam tangan halus itu, lalu memeluk assistantnya.
Hana yang sudah dirundung sedih, kesal dan marah itu, melepaskan semua rasa hatinya di dada bidang tusn Sebas.
Tidak ada perasaan malu lagi yang menyelimutinya untuk terus terisak di dalam pelukan lelaki yang berstatus bossnya. Boss yang menyebalkan dan menguras segala daya fikiran, hati dan perasaan mengimbali pasang surut moodnya yang sering berubah.
Setelah beberapa lama Hana tersedar dari lelapnya. Dia terkedu mendapati dia masih dalam pelukan tuannya.
"Arghh maaf tuan, saya tertidur. Maaf maaf maaf." ucap Hana menarik badannya menjauh dari dada bidang yang nyaman itu.
"Iya tidak apa-apa . Apa yang penting kamu sudah tenang."
Hana menunduk pura-pura mengemaskan lipatan bajunya yang sedikit berkedut terangkat.
"Jadi begitu diri kamu bila melepas beban di hati? Menangis sampai tertidur? Kamu comel sekali."
Telinga Hana memerah panas mendengar ucapan bossnya. Dia mendongak memandang pemuda yang 7 tahun lebih tua darinya itu.
"Tuan ke sini kenapa? Tuan sudah sihat? Sepatutnya tuan harus rehat dulu. Kerja tuan itu sudah menumpuk di office, sebenarnya tuan tidak perlu susah-susah ke sini."
Ingin saja Sebas memukul kepala assistantnya tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia menarik nafas dan melepaskannya kasar menatap pembantu pribadinya mengintimedasi.
Hana terperangah mendengar ucapan CEOnya. Boss apakah ini? Kejam sungguh. Pegawainya belum sembuh total, dia sudah memerintah masuk kerja.
Gadis itu berdiri dari duduknya melangkah tertata - tatih sedikit tempang masuk ke biliknya. Dia sudah tidak peduli dengan tuannya yang mengesalkan itu.
"Biar saya bantu," ucap Sebas memegang tangan Hana cuba membantu gadis malang itu.
Namun secepat kilat juga Hana menepis tangan kekar itu. Tapi malang tidak berbau, gara-gara tindakannya itu, Hana terdorong jatuh ke lantai kerana gagal mengimbangi badannya.
"Ahhh..."
Pekikan kecil itu menyayat hati Sebas. Dia dengan cepat memegang tangan Hana menarik tangan berbungkus itu yang sudah memerah. Darah segar membasahi pembalut tangan kecil itu.
"Lepaskan tuan. Saya ok. Tuan tidak perlu bimbang."
Hana berdiri perlahan di papah Sebas yang masih memegang tangan bersalut darah itu.
Setelah Hana duduk di birai katilnya, Sebas membuka perlahan balutan di tangan gadis itu bertujuan membersihkan luka di sana.
__ADS_1
"Oh ya. Kamu lihat di sana, jangan pandang di sini. Mengerti?"
Demikian Sebas memerintah assistant degilnya itu bila dia teringat gadis itu takut dengan darahnya sendiri.
Perasaan ceo muda itu bercampur aduk. Sesekali dia melepaskan nafasnya berat. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia ingin menyeksa kesabaran, perasaan dan hati assistantnya itu, tetapi dalam keadaan begini, timbul kasihan dalamn hatinya.
Memang benar mereka selalu bertengkar dari hal sepel ke hal besar. Tetapi tetap saja berakhir begitu saja.
"Mm selesai. Hati-hati jangan sampai luka ini berdarah lagi."
Sebas menepuk lembut balutan tangan yang kemas berjaya dia lakukan. Dia tersengih melihat hasil ikatannya.
'Dan lagi, cincin itu biarkan dahulu. Lebih baik di sana dari tiba-tiba hilang entah di mana. Jadi pastikan cincin itu tidak hilang. Soalnya, apabila saya mahu, kamu harus datang menyerahkan cincin itu dengan selamat. Mengertikan?"
Hana terpaku tidak mengatakan apa-apa. Kerana dia merasakan tidak berguna bersuara di hadapan bossnya kala ini.
"Boleh saya bertanya sesuatu?"
Sebas menatap pembantunya itu masih belum melepaskan tangan Hana dari pegangannya. Dia mengelus lembut tangan itu memberikan ketenangan untuk dirinya. Tetapi tidak bagi Hana.
"Tuan mahu bertanya apa? Silakan."
"Bolehkah kita berpura-pura tetap sebagai sepasang kekasih sehingga kekasih saya kembali? Dia akan pulang ke tanah air tidak lama lagi."
"Maaf tuan, saya harus jaga hati semua orang. Kali ini saya terpaksa menolak permintaan tuan."
Hana tidak berfikir dua kali untuk menimbang-nimbang permintaan bosnya saat itu. Dengan tegas dan yakin, dia menolak permintaan tuan Sebas.
"Kalau kamu menolak kita menjadi sepasang kekasih, ok tidak apa sata terima. Tetapi untuk yang ini kamu tidak boleh tolak. Kamu harus menjadi..."
"Ok ok ok. Ok tuan. Boleh saya setuju. Puas hati. Tapi dengan syarat sehingga kekasih tuan mendarat, semuanya akan kembali seperti biasa."
"Ok saya harap kamu tidak menyesali keputusan kamu sebelum mendengar semua ucapan saya," kata Sebas mencium pipi gadis itu.
Sekujur tubuh itu merinding mendapat ciuman ceo tampan di depannya.
"Mulai saat ini kamu adalah tunangan saya."
__ADS_1
"Hah!!????"