
Selepas kejadian di dalam office Sebas beberapa hari lalu, tidak ada lagi pertengkaran di antara mereka.
Hana juga sudah tidak mendapat mesej aneh dari tuannya.
"Syukur tuan Sebas sudah berhenti menjadikan saya pengganti menjawab semua mesejnya untuk si Mirna."
Hana bersenandung riang menyusun semua file ke tempatnya petang itu yang menghampiri waktu menuju jam pulang kerja.
Tiba-tiba pintu tuan Sebas terbuka, dia sedang berbual dengan seseorang lewat hpnya yang menempel di telinga kiri sambil melangkah pergi.
"Sayang, jangan lama-lama tidak kasih kabar. Pinjamlah selalu hp teman mu yang kamu jumpa di sana. Saya senang tiga hari ini kita dapat berhubung bertatap muka di vc."
"Sayang beli aja hp baru di sana. Saya benarkan. Asal itu dapat menghubungkan kita. Mmmuuaaahhh muaaahh , aaaammmmuaaah, i love you Mirna."
Hana merinding mendengar sedikit perbualan bosnya dengan sang kekasih ketika tuan Sebas berlalu meninggalkan office.
"Syukur, syukur. Akhirnya saya bebas dari mesej-mesej aneh tuan Sebas. Terima kasih Mirna kerana akhirnya kamu menghubungi tuan Sebas kekasih mu." Hana mengurut dadanya merasa lega.
"Hana!!" panggil seorang wanita muda terburu-buru menghampiri Hana ketika dia keluar dari lift untuk pulang.
"Hello Kim sayang. Hihihi..ehh itu Kembangkan? Kembang!!" panggil Hana melambai Kembang.
Hana memeluk kedua temannya itu dengan gembira.
"Hari Jumaat yang indah. Sangat indah kerana sudah gajian haha," tawa Hana sambil menari ala Bellerina di hadapan teman-temannya senang.
"Haha menari dia klau sudah gajian. Mmm kamu mahu jalan?" Kembang bertanya.
"Mari kita ke satu restoran yang baru buka empat block dari sini," cadang Kimberly.
"Apa kata ke rumah saya saja. Sambil itu, kita cuci mata lihat pemuda-pemuda di sebelah rumah saya. Mereka kacak semuanya," ajak Kembang ketika mereka melangkah keluar dari bangunan 20 tingkat itu berjalan beriringan menuju bas stand.
"Ya boleh juga klau di bawa makan," Hana menyetujui ajakan Kembang turut di beri thumb up oleh Kim.
Tanpa mereka sedari ada orang di belakang mereka yang tidak menyukai keputusan itu.
"Ehemm... boleh saya ikut juga," tiba-tiba suara dari belakang mengejutkan ketiga gadis itu. Sampai ketiga mereka serentak terpekik.
"Tapi tuan, ini khas untuk perempuan saja." Hana tidak mahu suasana akan jadi rosak kerana adanya tuan Sebas di sana nanti.
"Kalau begitu, kamu ikut saya. Biarkan mereka saja yang pergi."
Bagaikan ditimpa batu satu tan, Hana hampir terduduk mendengar arahan tuan Sebas.
"Tuan...."
Sebas mengangguk kepada kedua gadis tadi agar pergi meninggalkan mereka. Hana juga cuba mengikuti teman-temannya, namun dengan siagap Sebas mencekal tangannya.
"Tuan.. apa ni."
"Ikut saya, jangan membantah."
Ingin saja Hana menendang tuannya itu kerana sakit hati.
__ADS_1
"Dalam kontrak kerja, di mana pun dan jam berapa pun itu, kamu kena mengikut arahan saya." Sebas terus menarik Hana mengikutinya ke keretanya.
"Ceo ini benar-benar menyebalkan. Ahhhhhh melepas berkumpul bersama Kim dan Kembang. Pasti mereka puas cuci mata melihat tetangga yang handsome waktu dinner nanti" Hana duduk membatu di samping Ceonya dengan geram yang mendidih.Memandang ceonya saja pun dia enggan.
"Hahaha puas hati ku, kamu tidak dapat bersama mereka. Sekali kamu membuat saya marah, berkali-kali ku buat kamu kesal. Hahaha.." Sebas tertawa puas dalam hati merosakkan rancangan Hana petang itu.
Kenderaan yang mereka naiki meluncur laju tanpa tujuan pasti. Sehingga Bring yang memandu akhirnya bertanya ke mana mereka akan pergi.
"Ke apartment saya saja. Nanti suruh dia ni masak. Harap dia pandai masak." Sebas sedikit mengejek kemampuan Hana.
"Kalau saya tahu memasak, saya boleh pulang, iyakn tuan?" Hana sudah tidak sabar mahu pulang meninggalkan kedua pemuda itu. Pada hal mereka belum pun sampai ke destinasi yang dituju.
Di apartment Sebas ketiga orang ini masuk ke dalam dengan fikiran masing-masing.
"Hana kamu boleh masak apa saja di dapur yang arah sana. Kalau sudah selesai nanti panggil kami," arah Sebas meninggalkan Hana yang terpaku di tempatnya.
Apartment itu kemas dan bersih di kawasan perbukitan menghadap laut. Ada dua bilik tidur, dapur, ruang makan, ruang tamu, bilik bacaan, toilet dan sebuah balcony menghadap laut di bawah sana.
Hana bergerak ke dapur membuka peti sejuk.
"Banyaknya makanannnn..."
"Sudah belum masaknya!!??"
"Tunggu bentar!!!"
"Dasar perut kerbau tu orang. Belum sentuh apa-apa sudah minta makan." Gerutu Hana mencibir menarik beberapa bahan untuk di masak sebagai dinner mereka nanti.
Tidak berapa lama kemudian dia selesai menyediakan tiga jenis makanan di hadapannya.
"Harap makanan ini boleh di makan," ucap Sebas seraya duduk dan mencicip makanan di depannya.
"Wahhhh wangi dan nampak menyelerakan," puji Bring duduk bertentangan dengan Sebas.
"Tuan, boleh saya pulang..." Hana melirik jam tangannya yang menunjukkan malam masih muda.
"Jangan puji awal-awal Bring. Takut nanti kita terpaksa order dari food panda pula. Cantik tidak semestinya ok," potong Sebas tidak mengendahkannya ucapan Hana.
"Makan dulu baru tahulah. Ini belum makan sudah bising. Kalau tidak sedap, tuan masaklah sendiri. Apa susah. Peti sejuk tuan masih banyak bahan untuk dimasak. Jangan bilang tuan tidak tahu masak, yang tuan tahu hanya makan sajakah?"
"Hei awas mulut tu. Nanti ku potong gaji mu seratus. Mahu?"
"Kalau tuan mahu potong ya potonglah. Kalau sudah selesai kurangkan gaji ku, hari ini juga saya berhenti kerja."
"Yakin kamu? Ingat perjanjian kontrak kerja kamu. Berhenti kerja sebelum waktunya kamu bayar syarikat sepuluh kali ganda dari gaji kamu."
Gluppppp
Hana menelan air liurnya mendengar salah satu isi kontrak kerjanya.
"Menyebalkan betul." Hana berpaling dan melangkah keluar dari ruang makan itu.
"Hei mau ke mana kamu?"
__ADS_1
"Suka hati sayalah mahu ke mana."
"Sini kamu... suapin saya assistant!' seru Sebas mengarah Hana mendekat.
"Hana.. sedap masakan kamu. Yang kari ini paling saya suka. Macam favorite saya pula." Bring yang dari tadi tidak peduli pertengkaran kedua orang itu menyampuk dengan tiba-tiba.
"Kalau kamu jadi girlfriend saya, tiap hari saya mau suruh dia masak untuk saya," Bring dengan santai mengatakan apa yang difikirkannya.
Hana dan Sebas memandang Bring serentak. Muka Hana mendadak berubah merah. Seumur hidupnya, belum ada lelaki yang mengatakan ucapan sebegitu padanya.
Dia tersenyum malu mendengar itu dari Bring. Tapi jauh di bawah meja makan itu ada kepalan tangan yang entah kenapa jadi begitu.
Setelah mereka selesai makan dan segala benda yang perlu di cuci diselesaikan Hana, mereka duduk di satu sofa.
Ya sofa satu-satunya di ruang tamu.
'Pembantu pribadi ku, kamu duduk di tengah, jangan duduk di lantai, mengerti kamu?" Perintah sang ceo sambil duduk di hujung sofa.
"Tapi tuan saya mahu pulang. ini sudah jam sembilan. Pasti mama sedang tunggu saya pulang." Hana melirik jam tangannya lagi dengan gelisah.
"Bas, kita tonton perlawanan bola sepak nanti ya. Manchester United vs Liverpool tu." Bring membuka minuman tinnya lalu meneguk isinya.
Sebas melirik Hana yang masih berdiri di samping sofa tersenyum dalam hati.
"Hana kamu telepon ibu kamu, bilang kamu tidak pulang malam ini. Kamu kerja overtime ikut bos keluar."
"Tuan..."
"Sekarang Hana."
Hana dengan patuh tapi berat hati menurut arahan bosnya.
"Tuan, ibu saya mahu bercakap dengan tuan.'
Sebas mengerutkan dahinya, namun tetap berdiri mengambil hp Hana.
"Hello.."
"....."
"Sebentar ya. Bring sini."
"......."
"Iya puan, ini secretary saya Bring bersama kami juga."
"...."
"Ya puan saya te.... eh... saya secretary tuan kami. Pasti di jaga puan."
"....'
"Baik puan terima kasih."
__ADS_1
Sebas menyerahkan hp Hana lalu duduk. Entah kenapa hatinya berbunga setelah mengakhiri perbualan tadi.