
Pertemuan Sebas dan Billy berakhir di meja perundingan kerjasama. Kerana rupanya Syarikat Billy juga ada memberikan usul kerjasama kepada Syarikat Sebas.
Setelah beberapa jam berunding dan membahas beberapa hal, akhirnya kata sepakat diterima dan surat kerjasama dilakukan.
"Hana, kita pernah berkenalankah?" ucap Billy memandang tepat ke wajah Hana.
Sebas sedikit ingin tahu dari ucapan Billy lalu turut menatap Hana
Hana yang serba salah membalas tatapan kedua lelaki itu bersilih ganti.
"Mungkin tidak tuan," ucap Hana tegas.
"Bukankah kamu yang sewaktu di sekolah rendah dulu, dalam umur 10 tahun itu, ya, yang melempar ais krim kepada seorang budak lelaki kerana marah?"
Hana berfikir-fikir mengingat kembali peristiwa beberapa belas tahun lalu.
"Lelaki itu budak sekolah menengahkan? Sedikit kurus tetapi jahat sekali. Itukah,?" tanya Hana mengingat kejadian lalu.
"Iya betul. Dia mandi ice cream waktu itu dan sempat berkaki hitam kerana kakinya di tendang kuat."
Hana tiba-tiba ketawa.
"Iya itu saya ingat. Sudahlah kurus tinggal tulang masih pura-pura gagah. Siapa tidak marah kalau dimainkan begitu." Hana terus ketawa mengingat betapa saat itu dia yang kecil berani sekali melemparkan ice creamnya tepat ke muka lelaki muda itu.
Kemudian dalam keadaan lelaki itu terkejut, Hana kecil yang rambutnya diikat ekor kuda menendang kaki kurus budak lelaki itu sekuat hatinya sambil berteriak "ambil kau si kurus lidi."
Hasilnya, lelaki itu menunduk terloncat-loncat menahan sakit pada tulang keringnya.
Dari peristiwa itu budak lelaki itu sering mencari peluang untuk membalas dendam.
Tetapi sehingga dia menamatkan sekolah menenggahnya setahun kemudian, dendamnya tidak pernah terbalas.
Tetapi wajah gadis kecil yang garang itu tetap dalam ingatannya. Jadi tidak mustahil tanda sebiji tahi lalat di sudut matanya tetap dia ingat sehingga hari ini.
"Sudah puas ketawa? Jadi bagaimana sekarang penampilan si budak kurus itu sekarang?"
"Maksudnya bagaimana? Saya tidak ingat dan tidak pernah melihat si kurus lidi itu lagi," kekeh Hana.
"Ini si kurus lidi itu berdiri di depan mu sekarang. Bagaimana?" ucap Billy berdiri menunjukkan gaya tubuh atlitnya.
Hana menangkupkan tangannya menutup mulut kerana terkejut. Mukanya merona merah malu. Matanya membulat indah tidak percaya.
Perubahan wajah Hana menarik perhatian kedua pemuda dari syarikat berlainan itu.
"Menarik," batin Sebas.
"Cantik," batin Billy.
Entah kenapa kedua pemuda itu merasakan degupan kencang di dada mereka.
"Boleh minta nombor telepon kamu?"
__ADS_1
Tanpa berfikir panjang Hana memberikan handphonenya dan Billy mengetik pada handphone itu. Sesaat kemudian benda pipih miliknya pun berdering.
"Itu nombor telepon saya. Ada waktu, kita berhubung ya." senyum Billy menyalami temannya dan Hana sebelum meninggalkan kedua orang itu bersama setiausahanya.
***********
Beberapa hari berlalu menguras fikiran serta tenaga Sebas dan Hana yang bergabung idea meneliti setiap kontrak kerjasama yang diberikan dan kontrak yang mereka usulkan kepada beberapa syarikat.
Petang itu Sebas yang berwajah kusut mengacak-acak rambutnya tidak puas hati dengan satu file.
"Syarikat ini seperti merendah-rendahkan kemampuan kita. Tapi kenapa mereka tetap mahu berkerjasama dengan syarikat kita hah?" ucap Sebas melemparkan file proposal syarikat tersebut dengan kasar.
Hana terpekik terkejut dengan tindakan bossnya. Dia memungut file yang tergeletak di atas lantai. Isi file biru tua itu dibeleknya beberapa kali memahami isi kandungannya dengan teliti.
"Mereka seperti mengangkat bendera perang tuan. Sepertinya mereka tidak mahu syarikat tuan bertapak lebih maju di sini. Ini seperti surat amaran," ucap Hana tidak memandang tuannya.
Dia meneliti lagi isi file itu dan ternyata itu bukan ditujukan kepada mereka. Melainkan kepada syarikat Billy Leng Jheng, Syarikat JayJheng. Atau singkatannya JJH.
Tapi bagaimana syarikat itu begitu ceroboh sehingga file sebegitu tercicir kepada syarikat JJ milik Sebas?
"Jadi mereka mahu baikot syarikat Billy? Hmm menarik." ucap Sebas menyandar pada sofa di mana dia berada setelah meneliti surat itu lagi setelah Hana memaklumkannya.
"Tuan Billy ada berhubung dengan kamukah baru-baru ini?" ucap Sebas ingin tahu.
"Ada beberapa kali.."
Belum sempat Hana menyelesaikan ucapannya, handphonenya berdering lembut.
"Tuan Billy?" sedikit datar Sebas mengucapkan pertanyaannya.
"Ya tuan. Maaf tuan saya angkat dulu telepon dari tuan Billy."
Sebas memejamkan mata menyembunyikan ketidaksukaannya dengan panggilan itu.
"Hello tuan Billy."
"----"
"Iya tuan. Ehh iya Bill."
Mata Sebas yang tertutup rapat tadi terbuka saat mendengar panggilan dekat yang disetujui Hana.
Dia merasa kesal kerana Hana tidak pergi ke tempat lain bercakap dengan Billy. Tetapi tetap memilih duduk di depannya melanjutkan perbualan.
"Mmm dinner? Nanti?"
"...."
Hana memandang Sebas seperti meminta kebenaran dari bossnya. Tetapi Sebas yang sudah di rundung kesal, menggelengkan kepala dengan muka datar tidak membenarkan Hana keluar.
"Maaf Bill, saya tidak dapat keluar. Lagipun saya perlu selesaikan tugas untuk next meeting."
__ADS_1
Apabila perbualan mereka berakhir, satu kelegaan besar terbit di hati Sebas.
Dia menatap assistantnya itu, menjelajah wajah serius Hana penuh debaran.
"Gadis ini menarik. Semakin mengenalnya, semakin menarik. Hmmm.. beruntung lelaki yang akan mendapatkannya nanti. Huh..hmmm ," dia melepaskan nafas berat sambil memejamkan mata menyandarkan kepalanya ke belakang.
Sebenarnya dia suka saja membuat assistantnya itu kesal setengah mati. Tujuannya begitu cuma untuk menyenangkan hatinya sendiri.
Walau kadang dia rasakan perbuatannya sedikit berlebihan, tetapi dia tidak pernah melihat assistantnya yang ini mengeluh terang-terang.
Jadi Sebas merasa tindakannya itu masih relevant dan dapat diterima assistantnya.
"Emm tuan?" Hana mengalihkan pandangannya memandang Sebas.
"Hmmm.." Sebas tidak mengalihkan pandangannya.
"Pertemuan dengan syarikat ini bagaimana?" Hana mengangkat file yang mereka bahas tadi kepada Sebas.
"Lanjutkan sesuai kesepakatan awal." Tegas Sebas meraih file yang ditunjukkan Hana.
"Nanti dokumen kerjasama akan saya ubah sedikit. Kalau mereka terima, kita akan tandatangan kontrek."
Hana memandang tuan Sebas sekali lagi.
"Ada-ada saja boss ni. Kenapa diubah? Jangan nanti saya lagi yang akan bersengkang mata. Huh.."
Hana melepaskan nafasnya berat mengingatkan kemungkinan malam nanti dia akan tidur lambat lagi.
Beberapa lama kemudian Sebas membawa Hana keluar makan sambil mengambil angin katanya.
Tempat yang mereka tuju untuk dinner terletak tidak jauh dari apartment milik Sebas. Jadi Sebas memilih untuk berjalan kaki, katanya biar urat badan tidak malas.
Mereka berjalan sedikit berjauhan kerana langkah Sebas lebih besar dari Hana.
Hana yang berada di belakang bossnya sedikit berlari mengejar langkah besar tuan Sebas.
Dengan kesibukannya mengejar sang boss tiba-tiba dia melanggar dada tuan Sebas yang berhenti berbalik menghadapnya.
"Awwww.."
Hana terdorong selangkah ke belakang kerana melanggar tuannya dengan kuat.
Nasib saja Sebas sempat meraih tangannya. Kalau tidak, lantuna mengundur tubuhnya yang kecil itu pasti berakhir dengan jatuh yang memalukan.
"Kalau jalan hati-hati. Jangan menghayal, bahaya." kata Sebas datar.
Dia tidak melepaskan genggaman tangannya pada tangan kecil Hana.
"Mari jalan anak kecil," ucap Sebas. Hana memprotes tangannya dipegang begitu, tetapi sia-sia saja alhasilnya mereka menuju ke sebuah restoran sederhana sambil berpegang tangan.
# Wah romantis sekali ya mereka.
__ADS_1
Jangan ada yang iri pada mereka ya para pembaca yang budiman.