Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 23. Kalau tidak


__ADS_3

"Terima kasih tuan kerana sudah hantar saya pulang lebih awal." Lirik Hana pada jam tangannya yang menunjukkan 8.05 malam.


Hana masuk ke rumah menutup pintu. Kemudian dia cepat-cepat merogoh begnya mencapai hp dan menelepon Kim.


"Hello Kim, kamu masih di sanakah?"


"..."


"Rencana kita masih on, ok?"


"..."


"Betullah saya sudah di dalam rumah. Tapi selepas saya call kamu, saya akan keluar lagi, haha."


".."


Ceklek


Hana membuka pintu untuk keluar lagi.


"Ahhhhhhh.."


Teriak Hana sambil menutup mulutnya.


Brakkk klak hpnya terlepas jatuh membentur lantai.


"Kita masuk lagi ke dalam, buat apa kamu keluar lagi?"


Tuan Sebas menolak Hana masuk semula ke dalam rumah.


"Tu...tu..tuan buat apa berdiri di sana? Bukankah tuan berdua tadi sudah pulang? Tapi kenapa masih di sini?"


Hana begitu bingung dengan situasi sekarang.


"Hana? Ada apa ini, malam-malam teriak macam ternampak hantu?"


Tiba-tiba ibu Hana muncul ke ruang tamu. Dia berjalan sambil mengikat rambutnya tinggi memandang mereka hairan.


"Mama...belum tidur? Papa mana?"


"Sayang, ini masih awal. Malam masih muda. Ayah kamu di atas duduk di balkoni minum hot milk."


"Terus mama turun kenapa?"


"Aiii anak ni. Mama mau tambah hot milk papa kamulah. Dia mau minum lebih malam ini."


Hana lupa kalau ada dua orang pemuda di belakangnya memperhatikan mereka berbual.


"Sayang, party harijadi kamu awal selesaikah kali ini? Biasanya kamu akan tidur di rumah Kim. Kali ini kenapa? Ehhh itu siapa?"


"Oh iya kenalkan Ma, ini tuan Sebas dan Bring secretarynya Ma."


"Oh boss Hana ya? Masuk tuan." pelawa ibu Hana yang kemudiannya dia sendiri masuk ke dalam dapur.

__ADS_1


"Maafkan saya tuan, saya perlu naik ke atas. Maaf tidak dapat melayan tuan sebagai tetamu kami di rumah ini."


Ibu Hana keluar mengangkat sebuah jug air ekektrik dan beberapa paket hot milk bersamanya.


"Oh tidak apa puan. Kami cuma mau meminta kebenaran membawa Hana keluar."


Sebas menunduk memberi hormat kepada ibu Hana setelah mengatakan keinginannya yang dia reka-reka.


"Kamu semua yang buat sambutan birthday Hana tahun inikah? Iya boleh, silakan. Hana ambil pakaian ganti kamu biar selesa tidurnya malam ini di rumah Kim."


Dia tersenyum mengangguk dan meninggalkan mereka.


"Ambil pakaian kamu. Selepas itu kita keluar."


Hana terkebil-kebil tidak dapat mencerna arahan bossnya.


"Dengar tidak?" ketuk Sebas pada kepala Hana.


"Awww sakit tau. Ya ya ya saya ambil? Tapi...?"


"Tiada tapi, tapi. Ambil sekarang."


"Menyebalkan betul. Sudah bukan office hour pun masih mengarah. Huh..."


"Apa kata kamu tadi? Cuba ulang lagi?"


Namun Hana berjalan menghilang masuk ke dalam atas menuju biliknya.


**********


Dia meletakkan begnya di atas sofa mahal tuan Sebas dan menuju balkoni melepaskan ketidak senangannya terhadap dua manusia perosak rancangan mereka.


Dia bergerak ke satu sudut balkoni bersembunyi di sana dari pandangan para atasannya.


Hana meraba-raba kocek seluar jeansnya mencari hpnya namun tidak menemui hp itu.


"Ahh lupa. Hp ku rosak kerna jatuh tadi. Gara-gara dua manusia aneh itu, hp pusaka ku rosak. Haissss.." Hana memukul lantai balkoni di mana dia duduk.


"Bas kamu mau ke mana? Saya ikut." tahan Bring pada Sebas.


"Mahu keluar sekejap beli barang. Inikan harijadi si assistant aneh itu."


"Oh iya betul. Terus kamu mahu celebrate berdua malam ini bersamanya? Ok ok mengerti."


"Jaga fikiran kamu Bring. Kamu ni udah mulakan berfikiran aneh?"


"Santai Bas. Saya akan balik nanti, tapi izinkan saya santai bersama teman-teman Hana. Lagi pun mereka mungkin masih di tempat sama kerana sepertinya tadi itu Hana mahu kembali ke sana."


"Hmmm ok." Singkat jawaban Sebas kepada Bring.


Kembalinya Sebas ke apartmentnya, selepas pergi membeli beberapa benda, dia mendekorasi ringkas meja makan malam itu sebelum keluar ke balkoni mencari Hana.


Di sudut agak tersembunyi dari tatapan dalam rumah, kelihatan Hana berbaring melingkarkan badannya di atas lantai.

__ADS_1


"Isss gadis tak berotak. Dia tidur disini? Ini dingin sekali di luar. Keras kepala betul. Sanggup dia tidur di sini. Malangnya malam ulangtahun mu."


Sebas duduk mencengkung dan mengungkung mengangkat gadis yang tertidur lena itu ke pangkuannya.


"Harus di mana baringkan dia? Di sofa? Tidak mungkin. Di kamar Bring? Ahh tidak boleh, nanti dia pulang, trus dia tidur di mana? Hmm di kamar saya sajalah."


Sebas membaringkan Hana hati-hati di atas katilnya. Tetapi saat Hana mendarat dengan aman di atas kasur Sebas, dia berbalik dan tanpa sengaja memeluk tangan Sebas.


Sebas membulatkan matanya. Dia perlahan meleraikan tautan tangan Hana tetapi tidak berhasil.


Akhirnya dia berbaring rapat pada gadis itu. Dia mengiringkan badannya menghadap Hana.


Dia menatap wajah Hana yang tertidur begitu selesa disampingnya. Gadis itu tidur begitu damai.


Tiba-tiba Hana melebarkan kaki kemudian menindihkan kakinya pada pinggul Sebas.


"Heiii..." gumam Sebas terkejut.


Sesaat kemudian Hana merengkuk masuk merapat ke dada Sebas seperti dia sangat kedinginan.


Posisi mereka yang begitu rapat menjana kuasa listrik tersendiri dalam tubuh Sebas. Dia memeluk gadis itu lebih rapat padanya.


Dia menarik nafas beberapa kali menutralkan detak jantungnya yang bagaikan hilang kendali. Dia berusaha kuat mencari cara supaya assistantnya ini terbangun.


"Ini sangat tidak baik untuk saraf ku. Nyeri sekali perut ku begini." Batin Sebas mulai berpeluh dingin. Dia mengusap pipi Hana lembut kemudian mengecup ubun-ubun kepala gadis itu.


"Hana bangun. Hei bangun gadis aneh. Bangun.." Sebas menampar lembut pipi Hana beberapa kali. Itu menganggu tidur Hana, namun dia tidak membuka mata.


Dia hanya bergumam pendek memeluk tanpa sedar benda hangat yang menyenangkan dirinya.


Sayup-sayup dia mendengar suara memanggilnya.


"Hana bangun. Kalau kamu terus begini, jangan salahkan saya. Saya lelaki normal. Kalau digoda sebegini terus, saya cium kamu sepuas saya," ucap Sebas sedikit kuat sambil mengoncang tubuh gadis itu.


"Hana bangun, bangunnn... Saya hitung sehingga tiga. Kalau tidak saya benar-benar akan mencium kamu. Bangunnn.."


Hana menutup telinganya bergumam.


"Siapa juga yang bising sangat ni. Bikin pekak telinga saja." Gerutu Hana masih menutup mata. Kakinya masih dia letakkan pada pinggul Sebas.


"Bangunnnn... satu... dua... kalau kamu tidak bangun selepas hitungan tiga, saya cium kamu. Ti...ga.."


Kali ini Sebas tidak bermain dengan kata-katanya. Dia memegang dagu Hana lantas menempelkan bibirnya pada bibir munggil itu.


Reaksi gadis disisinya tetap sama. Dia bagaikan batang buruk tidak berkutik.


Sebas mengangkat sedikit dagu gadis itu agar dia lebih leluasa memagut bibir hangat itu.


Saat lidahnya bermain-main di atas bibir munggil itu, Hana membuka matanya kerana merasakan sensasi aneh menjalar di tubuhnya.


*****


Bicara Author:

__ADS_1


Maaf ya para pembaca kalau saya lambat up ceritanya.


__ADS_2