
Keberadaan ibu bapa tuan Sebas beberapa hari lalu menguji kesabaran dan pedoman pasangan baru ini.
Idea-idea konyol ibu mertuanya membuatkan Hana semakin ingin menjauhi suaminya.
Bagi Sebas sendiri dia tidak ingin pulang ke rumah pada malam ketiga ketika orang tuanya berada di sana. Kerana sangat yakin ibunya pasti ada idea aneh untuk membangunkan keinginannya kepada sang isteri.
Sebenarnya sang ibu berfikir bahawa usahanya berjaya membangkitkan hasrat anak lelakinya itu kepada sang isteri kerana setiap pagi kelihatan wajah Sebas sangat letih tidak bermaya.
Namun lesunya Sebas 3 hari berturut-turut buka kerana mengerjai sang isteri sehingga mereka terkapar di ranjang, tetapi kerana dia sibuk menenangkan diri di bawah cucuran air menidurkan adiknya.
Hana yang memang tidak berkerja lagi di syarikat milik Sebas terus melemparkan dirinya ke ranjang dengan perasaan tenang sejurus selepas menghantar kedua mertuanya di pintu utama. Dia merencanakan untuk tidur secukupnya hari itu membayar tidur yang terganggu 3 malam lalu.
Sebas mengacak-acak rambutnya menelepon Bring setiausahanya berbincang sesuatu di luar rumah sambil melihat kepergian orang tuanya.
Ketika Raratiwi dan Riwan Budido kembali ke rumah mereka sendiri, pasangan baru itu merasa sangat cukup lega.
Saat Sebas kembali masuk ke dalam rumah terlintas di hatinya untuk membahas sesuatu dengan Hana lalu berjalan menuju ke bilik tamu.
Sebas berdiri kaku di hadapan pintu kamar tamu yang tidak tertutup rapat itu melihat isterinya.
Cara sang isteri meniarap di atas tempat tidur sangat menganggu otak Sebas.
"Ehemm...lain kali tutup pintu dengan rapat," seru Sebas tiba-tiba mengejutkan Hana yang sudah terlelap.
"Tuan... kenapa tuan masuk ke sini?"ucap Hana memutarkan kepala mencari sosok suara tadi mengosok matanya masih meniarap.
"Kita perlu berbincang."
"Tentang apa tuan? Tenang saja kerana saya tidak akan kembali ke ruangan isterehat tuan." ucap Hana malas terus memejamkan mata.
"Dengarkan baik-baik Yohana Johanes. Kamu adalah pengganti yang tidak diinginkan kalau ada terselit dalam ruang hati kamu soal mengganti posisi Mirana. Memang pernah saya meminta kamu bersendiwara tentang itu, tetapi itu hanya berlaku ketika saya meminta waktu dahulu. Tetapi untuk sampai menikah begini, tidak akan ada sendiwara sosok Mirana di sini. Sebagai isteri saya, tidak ada sosok nyata lain kecuali dia di sini."
Panjang lebar Sebas mengatakan fokus mahunya.
"Dan ingat, berpakaianlah sewajarnya. Pakaian kamu di kamar saya biarkan di sana, biar tidak susah-susah pindahkan kalau ibu bapa saya datang ke sini lagi. Fikirkan juga cara supaya tidak ada benda aneh yang cuba ibu suruh kita lakukan di lain waktu. Saya tidak mahu tergoda dan hilang akal mahu menancap senjata ku ke tempat yang sudah dahulu di gelinciri orang lain."
Hana terkedu dengan ucapan terakhir tuan Sebas. Dia lantas duduk menatap tidak percaya kepada Sebas.
__ADS_1
"Si..si..siapa bilang kalau saya..."
"Sudahlah jangan bahas sesuatu yang sudah tidak penting untuk kita bahas. Kenyataannya sudah begitu." Sebas berlalu tanpa peduli dengan Hana.
********
"Hana beberapa hari ini kamu kenapa? Kamu sangat berubah. Kamu ada masalah?"
Bertubi-tubi Cathy menyoal Hana seperti seorang polis menyiasat tahanannya.
Dengan muka sendu akhirnya Hana menceritakan semua kisahnya kepada Cathy.
"Apa!?" seru temannya itu tidak percaya.
"Jangan bilang kalau kamu mulai mencintai tuan kamu aka suami kamu Hana," Cathy memegang tangan sahabatnya itu ingin kepastian.
"Tidak Cath. Kenapa kamu berfikiran begitu? Tidak ada perasaan dari hati ini untuknya. Kamu kenalkan siapa saya. Cuba jawab, aku perawan atau bukan?"
Sedikit tersirat marah pada ucapan Hana ketika temannya itu mengatakan sesuatu yang dia tidak ingini.
Cathy menekan setiap katanya memandang Hana.
"Tapi dia bilang kalau saya ini sudah ditiduri lelaki Cath," tangisan Hana akhirnya pecah.
Mereka berpelukan dan saling menguatkan.
Petang itu Hana pulang sedikit awal merencanakan untuk memasak special untuk dirinya kerana dia teringin makan tom yam dan ikan steam.
Dia meminta pembantu rumah mereka pulang lebih awal kerana ingin sendirian melakukan kerja memasak. Dia yakin Sebas tidak pulang awal dan pastinya sudah makan enak-enak di luar sana bersama secretarynya tuan Bring.
Dengan perasaan senang dia memasuki dapur menyediakan semua bahan masakan dan memasak dengan gembira dua menu kegemarannya.
"Selesai!! Masa untuk mandi. Nanti baru makan!" seru Hana gembira masuk ke kamarnya bersenandung riang.
Ceklek
Pintu utama di buka dari luar. Masuklah seorang Sebas dengan gagah. Pandangannya tertuju ke pintu daput dengan hati senang.
__ADS_1
"Syukur dia ingat masak."
Lantas dia pun mulai makan dengan lahap sekali.
"Tuan.. kenapa tuan makan makanan saya!?"
Tiba-tiba Hana muncul membentak tidak percaya melihat ikan steamnya sudah habis di makan oleh Sebas.
"Uhuk uhuk.."
Sebas terbatuk-batuk terkejut di sergah begitu. Dengan cepat pula dua mencari air untuk di minum. Melihat itu Hana cepat-cepat mencapai cawan mengisinya dengan air lalu memberikannya kepada suaminya.
Dia menepuk-nepuk lembut belakang Sebas mengusapnya supaya suaminya tenang dari batuknya.
"Kamu ini buat orang hampir mati saja. Lain kali jangan buat begitu. Nasib saya tidak tertelan sudu ini." Ucap Sebas kesal mengurut dadanya.
"Emm tapi itu kenapa tuan suka-suka saja makan tanpa kebenaran?"
"Kenapa minta izin sedangkan ini rumah saya. Semua inikan hasil dari wang titik peluh saya juga. Salahkah?"
Hana menatap suaminya kesal. Lalu merampas mangkuk besar berisikan tom yam ikan kegemarannya.
"Hei...hei.. klau mau, ambillah dari periuk." ucap Sebas menarik mangkuk itu dari pegangan isterinya.
"Tapi..."
"Tiada tapi-tapinya. Ini saya punya. Lagi pun isinya sudah hampir habis. Jangan terlalu malas ambil diperiuk."
Hana menelan salivanya bertambah kesal. Perutnya pula mulai berkeroncong menambah suasana menjengkelkan di antara suami isteri itu.
"Oh iya, ini tolong cucikan. Ikan steam itu sedap. Bilang kepada pembantu rumah esok, masakan untuk petang ini sedap sekali."
Tanpa sepatah kata Hana berlalu membawa piring bertulang ikan steam dan membersihkannya dengan perasaan sebal.
Dia kembali ke biliknya tanpa makan kerana apa yang sudah dia sediakan di dapur telah habis di makan oleh suaminya.
"Dasar penipu talam dua muka. Bilang tidak akan pernah makan masakan ku. Itu apa, apa,apa!? Suka-suka saja makan kepunyaan orang lain. Bukankah dia sudah kenyang makan di luar?" gumam Hana penuh kesal.
__ADS_1