Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 29 Isteri


__ADS_3

"Syukur semuanya selesai dengan baik hari ini. Terima kasih assistant yang super hebat." ucap Sebas menghampiri Hana yang sibuk memanaskan makanan malam mereka yang di bungkus dari dua pertemuan tadi.


Dari kedua-dua pertemuan tadi mereka dapat membawa pulang beberapa jenis makanan yang super hebat harganya.


Memang mereka tidak membawa pulang semua makanan tadi, di mana ada beberapa makanan lain yang diberikan kepada pelayan yang melayani mereka waktu itu.


"Kamu panaskan semua makanan bungkus tadi? Boleh habiskah?"


"Dipanaskan bukan bererti kita makan semua tuan. Apa yang kita makan saja akan kita makan nanti. Yang lain disimpan supaya tidak rosak."


Dengan cekap Hana menyediakan meja untuk dinner ringan mereka malam itu.


"Ini saja makanan malam? Begitu banyak yang dipanaskan tapi cuma ini dihidangkan?"


"Tuan belum kenyang-kenyangkah? Kita sudah makan dua kali bersama klient tuan. Jangan bilang tuan betul-betul macam kerbau yang tidak pernah kenyang." ucap Hana kesal.


"Suka-suka sayalah mau makan berapa kali."


"Hmm kalau tuan mahu makan lebih, tuan ambil sendiri sajalah."


Hana duduk makan pudding yang sudah dia sejukan tadi. Dia meluat dengan perangai tuan Sebas yang sebentar begitu sebentar begini.


Selesai makan, dia langsung masuk ke kamarnya tanpa peduli tuannya yang masih sibuk menimbang-nimbang apa yang ingin di makan.


Malam itu Hana tidak tahu apa yang berlaku setelah dia tertidur. Dia tidak sedar jam berapa dia terlelap. Mungkin kerana penat dan kenyang, sistem badannya lebih kepada tidur dari berjaga melihat file untuk esok.


"Haish! Jam segini dia sudah tidur? Awalnya dia tidur. Atau jangan-jangan dia pura-pura saja," begitu kesalnya Sebas kepada assistant pribadinya itu.


Dia sudah berusaha memanggil Hana beberapa kali sambil mengetuk pintu biliknya tetapi hasilnya tetap sama.


Sebas tidak percaya kalau assistantnya itu sudah tidur memandangkan jam masi menunjukkan malam masih muda.


Dia sampai beberapa kali memeriksa jam di beberapa alat seperti jam dinding, computer, telepon dan jam alarmnya, jerana mungkin jam tangannya rosak.


Oleh kerana Hana tidak memberi sebarang reapond termasuk mengangkat telepon, Sebas berlalu dengan kesal ke kamarnya meneliti file kerja untuk esok.


***********


"Selamat pagi tuan," sapa Hana yang sudah kemas berpakaian menuju dapur mengambil susu dan sekeping roti.


Sebas yang sudah rapi hanya menganguk kecil lalu meneruskan sarapannya tanpa suara.


"Hmm aneh," fikir Hana.


Sarapan mereka sebenarnya sudah disediakan oleh Hana lebih awal. Setelah itu baru dia mempersiapkan diri untuk ke tempat kerja.


Pagi itu mereka bersarapan dengan lamunan masing-masing tanpa kata.

__ADS_1


"Tuan file?" ucap Hana saat mereka sudah sampai di kereta.


"Lupa. Tolong ambilkan." ucap Sebas datar sambil membuka pintu keretanya.


"Tuan hanya sendirian hari ini?" tanya pemandunya yang tidak tahu menahu apa yang terjadi kerana tadi dia sibuk bermain teleponnya saat menunggu di dalam kereta


"Tunggulah sebentar lagi. Assistant saya masih di apartment mengambil file," ucap Sebas mengangkat handphone nya yang berdering kuat.


Sementara itu di apartment, Hana mengomel sendirian kerana saat dia masuk ke dalam dia baru ingat kunci meja khas itu tidak ada bersamanya.


"Argggg ini menyusahkan. Kalau tahu mau kerja hari ini, kenapalah boss tidak masukkan terus dalam begnya. Huh.." keluh Hana kesal.


Dia menelepon tuan Sebas tetapi tuannya itu tidak dapat dihubungi.


"Apa hal pula boss ni? Saya mahu kunci mejalah boss, angkatlah. please. Angkat boss, suruh si driver hantar ke atas, angkat!" geram Hana mencuba beberapa kali lagi menghubungi tuannya.


Kerana tuan Sebas tidak mengangkat teleponnya, Hana keluar dari apartment dengan terburu-buru menuju lift turun ke bawah.


Saat tiba di bawah dia berlari anak menuju ke kereta tanpa melihat ke mana-mana sehingga dia tiba-tiba melanggar seseorang yang entah keluar dari mana di hadapannya.


Brugh


"Aaww," pekik Hana hampir terjatuh. Namun satu tangan gagah meopangnya agar tidak jatuh. Sesaat mereka berpandangan tanpa kata kerana masing-masing terkejut dengan apa yang terjadi.


Kebetulan sebelum berlakunya insiden kecil itu, Sebas baru keluar dari kereta dan melihat apa yang telah berlaku.


"Hana!" panggil Sebas lantang dan datar menyedarkan kedua orang yang masih seperti berpelukan itu berdiri pada jarak menjauh.


"Maaf tuan saya tidak sengaja," ucap Hana perlahan menunduk menandakan dia benar-benar minta maaf.


"Tidak apa. Hana??" pemuda itu menatap Hana menyebut namanya seperti berfikir dan pada masa sama seperti meminta kepastian tentang namanya.


Hana hanya tersenyum membenarkan ucapan lelaki itu tentang namanya dan memandang tuan Sebas.


"Tuan, kunci." ucap Hana menghampiri Sebas.


Walau sedikit kesal dengan kejadian tadi, Sebas mengerti ucapan Hana lalu menyeluk sakunya memberikan kunci yang di minta.


Saat Hana berbalik dan berlari kembali ke apartment, Sebas menyedari assistantnya itu hanya berkaki ayam.


Dia mengerutkan dahinya tidak percaya dengan apa yang dia lihat.


"Maaf atas kejadian tadi. Saya tidak bermaksud menghalang jalan sehingga isteri tuan tidak sengaja melanggar saya," ucap pemuda itu menghadap Sebas.


"Oh tidak apa-apa tuan...ehh tuan Billy? Tuan Billy bukan?" ucap Sebas sedikit terkejut apabila menyedari siapa yang bersamanya.


Siapa yang tidak kenal dengan tuan Billy Leng. Seorang usahawan muda sepertinya yang di segani.

__ADS_1


Billy Leng adalah seorang pemuda tampan penuh wibawa. Bermata tajam bertubuh atlit. Rambut yang acak-acakan berbibir indah dengan rahang memanjang. Penampilannya yang sederhana sering mengaburi orang di luar ketika dia berada di luar syarikatnya


Kadang-kadang penampilannya yang sederhana itu sering mengelirukan pemimpin syarikat lain. Dimana akhir dari itu Billy akan menolak kerjasama mereka.


"Tuan Sebas bukan?" ucap Billy menatap Sebas dengan tajam.


"Ya saya."


"Jangan bilang kalau kamu tidak ingat dengan saya bro," ucap Billy memeluk Sebas penuh haru.


Sebas menautkan keningnya berusaha berfikir. Sehingga akhirnya dia mengingat sosok Billy dalam persahabatannya.


"Billy Leng yang waktu kuliah dulu pernah meruntuhkan astaka usang itukan? Hahaha Billy, Billy. Tidak ku sangka akan bertemu kamu di sini."


Peluk Sebas lagi. Dua sahabat yang sudah lama terpisah kerana lost contact itu mulai berbual rancak bertanya itu dan ini.


"Seb, maaf tadi sudah membiarkan isteri kamu hampir jatuh."


"Hei Bill, kamu jangan sembaranganlah. Isteri saya yang mana pula?"


"Itu Hana yang kamu sebut namanya tadi buksn isteri kamu? Tadi perempuan cantik yang hampir terjatuh itu?"


"Ooohhh dia. Itu assistant pribadi saya."


"Assistant pribadi ya? Merangkap setiausaha kamukah? Cantik orangnya. Seperti dia itu gadis polos belum tersentuh oleh lelaki. Boleh saya kenal dia lebih dekat?"


Bagaikan petir menyambar di bumi, Sebas bergetar mendengar ucapan teman lamanya itu. Ada perasaan tidak rela di hati Sebas.


"Hmm kamu jangan macam-macam. Itu sudah dalam radar saya sekarang. Kamu sudah beristerikah?"


Sebas sengaja mengatakan begitu kerana dia tidak rela Hana pergi begitu saja dari syarikatnya. Kerana dia tahu bagaimana gadis itu berkerja sungguh-sungguh dalam pekerjaannya.


Pertanyaan Sebas mengakibatkan Billy ketawa. Selama ini memang dia sengaja dan berusaha untuk tidak mengumbar-gemburkan soal pribadinya, apa lagi soal isteri.


"Untuk pengetahuan sahabat baik ku ini, saya single. Sedang mencari peneman hidup. Sepertinya assistant kamu itu menarik."


*********


Terima kasih para pembaca kerana setia menunggu kelanjutan siri cerita ini.


kerana banyak kerja di dunia nyata, ada sedikit kekangan menulis di sini.


by the way TERIMA KASIH


dan tetap beri sokongan ya


.

__ADS_1


__ADS_2