
Hari yang di tunggu - tunggu pun tiba. Atas permintaan calon suaminya, acara pernikahan Hana dijalankan sederhana di sebuah pulau.
Hanya kerabat keluarga dan teman terdekat serta beberapa pasangan ceo dari beberapa syarikat sahaja yang dijemput memeriahkan acara tersebut. Begitu yang dia tahu dari permintaan bakal suaminya. Sebenarnya siapa suaminya ini?
Hana yang di dandan cantik petang itu hanya tersenyum senang kerana sebentar lagi dia akan bebas dari permainan CEOnya tuan Sebas.
Walaupun dia berdebar menanti pertemuan bersejarah dengan bakal suaminya, dia tetap bersikap tenang di balik veil tebalnya.
Di sebalik ketenangan gadis itu, diam-diam dia mengintip dari veil tebalnya cincin berlian milik tuan Sebas. Sebentar lagi cincin indah tersemat di jari manisnya itu akan berteman. Tapi bagaimana dia akan melepaskan cincin itu sekarang?
*******
Perjalanan acara pernikahan berjalan lancar sehinggalah cincin pernikahan akan disarungkan ke jari mempelai wanita.
Debaran Hana semakin kuat. Pada akhirnya dia menghulurkan tangan kanannya untuk menerima cincin pernikahan itu dari suaminya.
Begitu pun sebaliknya, sang suami menghulurkan tangan kanannya juga menerima cincin dari sang isteri.
Saat diumumkan untuk mencium isteri dan sang suami membuka veil mendedahkan wajah mempelai perempuan, keduanya saling menatap terkejut besar.
"Tuan Sebas?"
"Hana?"
"Cium, cium, cium, cium." Sorakan hadirin bergema memberi sokongan kepada kedua mempelai baru menggusarkan Hana.
Dalam kegusarannya, Sebas menunduk memegang dagu Hana mengangkatnya lalu mengucup lembut bibir itu gementar.
Perlahan dia menutup mata, mulai ******* bibir itu lembut menarik gadis itu menempel kemas dalam pelukannya melepaskan ketidak percayaannya.
Hana mendengar oh ah dari semua yang hadir melihat aksi mereka sebagai pasangan keluarga baru. Dia menutup mata dengan muka memerah mengimbangi ciuman sang suami.
Tepukan gemuruh dari setiap yang hadir memeriahkan lagi suasana yang romantis itu.
__ADS_1
Hana kekok dengan suasana aneh itu tetapi terus pura-pura beraksi membalas ciuman suami sahnya.
Kucupan panas itu berhenti setelah beberapa lama kemudian mereka mendengar nama mereka diumumkan sebagai suami isteri yang sah dari segi agama mahupun undang-undang negara.
Apabila mereka tiba di meja khas pengantin, Hana mengigil menahan perasaannya. Dia hampir jatuh terpelosok kalau saja tuan Sebas tidak menarik memeluk pinggangnya.
Kakinya lemah, fikirannya buntu, pandangannya kosong.
Sebas membawa Hana duduk dan memberikan isterinya itu sebotol air.
"Sabarlah, kita selesaikan acara ini sehingga akhir. Nanti kita bincangkan hal kita berdua," ucap Sebas dingin.
Dia berlalu pergi berbaur ke sebuah kelompok tetamu untuk menghilangkan sesuatu di hatinya.
Waktu sesi bergambar, pasangan baru itu cuba sedaya upaya menghilangkan rasa kekok mereka.
Lewat petang itu acara pernikahan sederhana Sebas dan Hana mulai beransur sepi. Para tetamu yang hadir mulai beredar meninggalkan tempat tersebut yang akhirnya menyisakan beberapa orang keluarga dan teman rapat kedua mempelai
Hana hanya menatap Kim memberikan satu senyuman kecil tidak mampu mengatakan apa-apa. Dia ingin rasanya menangis dalam pelukan teman karibnya itu, mengungkapkan segala kebingungannya.
Kembang datang menerpa memegang tangan Hana menatapnya tidak percaya. Dia ingin dengar dari mulut sahabatnya ini apa yang terjadi.
"Hana? Ini ada apa ini? Kenapa sekarang kamu menikah dengan tuan ceo kita? Kamu mahu kami jantungan? Kalau ini rencana kamu berdua, kalian berhasil mengejutkan kami." ucap Kembang tanpa berselindung.
Kejadian dalam pernikahan sahabatnya ini betul-betul di luar dugaan mereka.
Ketika pengantin lelaki di jemput berbalik menerima kehadiran pengantin perempuan di altar, Kim dan Kembang sempat menutup mulut terpekik kecil terkejut.
Mereka tidak menyangka kalau bakal suami Hana adalah ceo mereka sendiri. Apa pun kedua sahabat ini berangapan Hana cuba memberikan kejutan buat mereka.
Tiba-tiba Hana menitiskan air mata. Dia tidak dapat lagi membendung isi hatinya. Kekecewaan dan kekesalan dapat di lihat dari wajahnya yang muram. Dalam tangisan sepi itu dia berusaha supaya tidak ada yang sedar kecuali kedua temannya ini.
Lantas kedua sahabat baiknya itu memeluk tubuhnya yang sudah bergetar menahan tangisan.
__ADS_1
"Hana tenang. Kami tidak tahu apa yang terjadi. Tapi tenanglah. Bila saatnya tiba, luahkanlah itu kepada kami. Kami setia mahu mendengar keluh kesah kamu. Sabarlah." Kim menenangkan Hana yang mulai hanyut dengan emosi.
Setelah menenangkan Hana, mereka mengiringinya ke salah sebuah rumah kecil yang sudah dikhaskan untuk keluarga baru ini.
******
Malam itu Hana terbangun dari lenanya kerana merasakan tempat tidur itu bergelombang. Dia lantas membalikkan tubuhnya yang mengiring.
"Ahhhh..." pekik Hana kecil kerana terkejut ada seorang pemuda sedang duduk dibibir katil sedang memandangnya.
"Kenapa terpekik begitu? Jangan pura-pura sudah tertidur terus terkejut." Datar suara Sebas tidak peduli dengan orang didepannya.
"Katakan permainan apa yang kamu lakukan sekarang. Kamu tidak puas hati hanya menjadi tunangan palsu saya?" lanjut Sebas kesal dengan apa yang terjadi.
"Bukan begitu tuan," protes Hana lalu duduk di atas katil menghadap tuannya.
"Jadi katakan bagaimana kamu merayu orang tua saya sehingga mereka mahu menurut kemahuan kamu? Akal kamu sungguh licik."
"Tuan. Tuan salah soal itu. Saya tidak pernah merayu keluarga tuan."
"Hahaha.. percuma kamu menyangkal semua kejadian yang sudah terjadi. Rencana kamu berhasil. Tapi ingat selama ada dia, tidak pernah ada ruang untuk kamu di hati ku."
"Tuan..."
"Cukuplah..Kamu sudah berlebihan dalam hal ini. Sepatutnya kamu tidak perlu membawa kedua orang tua saya dalam permainan kita. Kamu mahu mempermainkan pernikahan? Pernikahan bukan permainan Hana. Kalau saya mahu menikah, cukuplah sekali seumur hidup menikah hanya dengan orang yang kita cintai. Begitu juga saya, saya hanya mahu menikahi kekasih hati saya, Mirana. Mirna adalah segalanya untuk saya."
Hana menunduk lesu. Tidak ada kesempatan baginya menerangkan apa yang terjadi. Setiap kali dia mahu berkata-kata, setiap itu juga Sebas meluapkan kemarahan dan kekesalannya.
"Mirna akan kembali itu sudah pasti dan apabila dia sudah di sini, kita sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Apapun buat masa ini, kita teruskan pernikahan paksa ini sehingga Mirana kembali ke sisi saya."
Hana mulai meruntuki kebodohannya dan menyesali lamaran yang diberikan orang tua Sebas. Apa yang paling dia sesali antara semuanya ialah dia tidak mengenal siapa orang tua tuan Sebas.
"Kamu mahu kemewahan? Akan saya berikan setelah kita berpisah nanti."
"Tuan, izinkan saya berhenti kerja di syarikat tuan." Hana memberanikan diri mengutarakan keinginannya.
__ADS_1
"Hahaha kamu sudah tidak sabar menikmati hidup mewah tanpa berkerja? Baiklah. Setelah cuti satu minggu ini selesai, kamu boleh berhenti kerja. Dasar mata duitan." perli Sebas sinis menatap Hana.