
"Apa auntie, Mirana tidak berada di rumah?" Sebas terkejut. Dugaan apakah ini? Mirana ke mana?
"Nak Sebas, kami akan usahakan untuk berhubung dengan anak kami itu. Kalau ada apa-apa, nanti kami akan maklumkan kamu," janji ibu Mirana pada Sebas.
Dari riak wajah sang ibu, jelas kelihatan ada gusar di sana. Adakah dia menutup sesuatu? Atau benarkah dia tidak tahu keberadaan anaknya sendiri?
Sebas kembali ke keretanya setelah meminta izin dari bakal mertuanya itu.
"Mir sayang... kamu di mana? Aku minta maaf sudah membuatkan mu sedih. Maaf sudah menolak kemahuan mu sayang," ucap Sebas menjambak rambutnya sambil menyandar pada tempat pengemudi kereta itu.
Dengan perasaan sedih Sebas memandu keretanya melalui jalan perumahan itu keluar ke jalan besar.
Ketika dia berhenti kerana lampu bertukar merah, Sebas tanpa sengaja melihat Hana dan beberapa orang masuk ke sebuah kedai bernama "gift for someone special".
"Hana? Itu kamu Hana?" gumam Sebas. Setelah lampu isyarat jalan bertukar hijau, dia mencari tempat di depan untuk memarkirkan keretanya di bahu jalan.
(Ehh tempat khas untuk parking kereta ya reader. Kalau tidak nanti Sebas di denda pula.)
"Dia masih disinikan?" batin Sebas membaca lagi nama kedai itu.
Dengan sedikit ragu, dia pun masuk ke dalam kedai tersebut.
"Wah bagus kedainya, sudah luas malah ada banyak jenis hadiah di sini." Sebas memuji keadaan kedai empat tingkat tersebut.
Sewaktu pemuda itu khusyuk melihat-lihat himpunan patung di depannya, dia disenggol oleh seseorang.
"Ahh maaf tuan. Maaf saya tidak sengaja," ucap satu suara lunak merdu yang nyaman menyejukkan hati Sebas
Ketika dia berbalik,
"Tuan???"
"Hana??"
Keduanya tertegun kaku tidak bergerak tidak juga berkerdip.
"Kalian kenal? Baguslah supaya nasalah tidak membesar," ucap seseorang yang menyedarkan mereka.
"Ah amm..."
"Iya kami kenal sangat kenal. Saya sangat mengenali Hana." Terang Sebas tanpa mengalihkan pandangannya dari Hana.
__ADS_1
Mendapati dirinya terus di tatap begitu, Hana mula salah tingka. Mukanya memerah, jantungnya berdetak lebih cepat.
"Wah baguslah. Kalau begitu kita jalan bersama saja memilih hadiah. Mana tahu kita boleh saling membantu. Kerana kami sedang memilih hadiah untuk lelaki " ucap Cathy yang aslinya tidak mengenal Sebas.
Kerana sewaktu Hana menikah, Cathy tidak dapat hadir ke acara mereka. Foto? Oh yang itu tidak ada foto di ambil orang luar ketika pasangan ini menikah. Hanya photographer khas sahaja dibenarkan mengambil foto.
Sedihkan pernikahan mereka dulu? Menikah di Pulau dan hanya tetamu tertentu serta hanya beberapa teman Hana hadir. Hanya kerana gara-gara dijodohkan.
"Oh ok baiklah. Saya akan mengikuti kamu," ucap Sebas tegas.
Mereka berkeliling di kedai empat tingkat itu memilih-milih. Kadang kedengaran tawa dan candaan dari tiga gadis di depan tuan Sebas yang memilih berjalan mengekori mereka sambil menolak troli.
Tumpuan Sebas saat ini tidak lain hanya pada isterinya.
Dia baru sedar kad debit yang sudah dia berikan saat menikah dahulu di hadapan kedua orang tuanya belum ada tanda-tanda digunakan sehingga hari ini.
Menyedari akan hal itu dia mengeluarkan benda pipihnya lalu mengetik sesuatu.
"Ehhh..."
Sebas memandang isterinya penuh tanya. Dia ingin tahu bagaimana sang isteri hidup sejak meninggalkan apartment mereka dahulu.
Sekarang dia ingin tahu semua tentang Hana. Dari pemeriksaannya, debit card yang dia hadiahkan, belum tersentuh wang di dalamnya.
Namun ada sedikit rasa senang di hati Sebas walaupun hanya menjadi pembawa pendorong troli mereka hari itu.
Perasaan kekok dia dan Hana mencair kerana ulah rakan-rakan isterinya.
"Terima kasih sudah bersama kami di sini. Nanti kalau tuan ada waktu, ikutlah kami pada hari selasa ini. Kami ada jemputan mendekorasi satu pesta." pelawa Cathy antusiasi kepada Sebas.
"Tapi kita sudah cukup orang Cath," pintas Hana membantah keputusan Cathy.
"Oh tidak apa. Lagi pun kita perlu tenaga lelaki juga. Itu pun kalau tuan tidak sibuk." senyum Cathy lagi menolak ucapan Hana.
"Oh ok, saya free waktu itu. Lagi pun saya cuti sekarang." jawab Sebas senang.
Dia mengambil kesempatan ini melihat sendiri apa yang dilakukan isterinya semenjak keluar dari apartment mereka dahulu.
"Baiklah, terima kasih tuan kerana sudah menolong kami tadi," Cathy membungkuk memberi hormat lalu menyalami Sebas.
Kedua temannya pun turut melakukan hal sama kepada Sebas.
__ADS_1
Ketika Hana dan Sebas bersalaman, Cathy dan teman mereka yang satu tidak menyedari satu hal.
Pasangan suami isteri itu bagaikan di sengat renjatan elektrik. Mereka bertatapan tanpa kata. Tangan berjabatan tidak terlepas.
Sebas merasa nyaman dalam sentuhan isterinya. Dia ingin memeluk Hana saat itu juga.
Sedangkan Hana merasa jantungnya berdetak makin kencang. Dia terbatuk menahan jantungnya yang berdenyut laju.
"Kamu tidak apa-apa?" Sebas replex menarik Hana lebih rapat kepadanya sambil menepuk-nepuk lembut belakang isterinya.
Hana bukannya menjawab tetapi tetap diam menatap Sebas. Perlahan dia mengelengkan kepala tetap terbatuk.
"Are you ok Hana?" tutur Cathy memegang bahu temannya.
Wajah gadis itu memerah salah tingka dengan tangannya masih di pegang Sebas sambil di ramas lembut.
"Ini berikan padanya," hulur Biba pada Sebas sebotol air mineral.
Sebas melepaskan tangannya lalu mengangkat dagu Hana. Dia mengelus tanpa sedar dagu livin isterinya.
"Minum ini biar tidak batuk lagi ya," suara lembut Sebas menggetarkan jantung Hana.
"Jantung stoplah begitu. Kenapa kamu jadi begini? Hana please sedar. Sedar Hana sedar!" bentaknya pada diri sendiri.
Hana membuka mulutnya reflex mendapat perlakuan begitu.
Dan entah kenapa tubuh Sebas berdesir melihat isterinya demikian. Dia menelan salivanya. Kalau saja dia tidak mengingat dua orang teman Hana di sana, ingin dia sosor bibir isterinya sekarang.
Setelah membantu memberikan isterinya air minum, mereka berpisah ke kereta masing-masing dengan ada hati yang sudah mulai tumbuh taman.
Malam itu Sebas berbaring di ranjang kebesarannya melamun jauh.
Dia terbayang wajah isterinya yang semakin matang. Apatah lagi bibir penuh Hana mengundang jantungnya berdegup kencang.
Dia melihat banyak perubahan pada isterinya. Dua bulan. Hanya dua bulan tidak bertemu Hana banyak berubah.
Tetapi bagaimana dengan hati Hana? Adakah hatinya sudah terbuka untuk sang suami? Bagaimana dengan hatinya Sebas? Mahukah dia melepaskan Mirana?
Sebas memukul tempat tidurnya frustasi. Keduanya saling bergantian memenuhi ruang fikiran Sebas.
"Penyesalan datang selalu terlambat. Jangan menyesal tanpa penghujung. Selamatkan rumahtangga kamu. Perbaiki hubungan kamu suami isteri." terngiang-ngiang kata-kata Bring di setiap fikiran pemuda itu.
__ADS_1
"Argggg...aku harus bagaimana? Pada Mirana, aku sangat sayang dan mencintainya. Pada Hana, aku sudah mulai membuka hati padanya. Sangka ku dia materialistic. Tapi ternyata satu sen pun dia tidak menggunakan wang ku. Arggggg..."