Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 2. Rela tak punya kekasih


__ADS_3

2 bulan kemudian.


"Aduhhhh penatnya," keluh Hana meluruskan kakinya. Dia memicit pelan kakinya yang pegal-pegal kerana sudah banyak berjalan.


"Bagaimana hari ini," kata seseorang dari arah belakangnya.


"Gagal lagi la. Malang betul. Kamu macam mana? Berjaya?" soal Hana membetulkan duduknya menoleh ke arah Kimberly yang baru sampai.


"Nasib kita sama la Hana," ucap Kim seraya duduk di samping Hana.


"Cari kerja susah betul. Apa kata kita buka cafe aja. Jadi boss sendiri. Kita jadi partner," usul Hana tiba-tiba.


"Hmmm idea yang bagus tu. Tapi..." ucap Kim berfikir.


"Idea untuk plan B aja Kim. Kita tetap cari kerja. Isi mana-mana kekosongan pekerjaan di mana-mana syarikat. Nanti kalau uda ada wang yang cukup, mungkin kita dapat buka cafe benaran," pintas Hana panjang lebar.


"Ya la tu. Harap la bulan ini kita dapat kerja," balas Kim.


Warung di mana mereka berada tidak mempunyai banyak pelanggan ketika itu. Cuma terdapat beberapa orang warga separuh baya di sana.


Saat kedua gadis itu menikmati makanan mereka, tiba-tiba seorang lelaki kelihatan sukar bernafas. Seorang perempuan paru baya yang mungkin isterinya sedang mengelus dada lelaki itu dengan panik.


Tanpa berfikir panjang Hana berjalan dengan cepat ke arah mereka.


"Tuan, Puan boleh saya bantu?"soal Hana menunduk menatap mereka.


"Suami saya sakit. Tolong ya. Tolong," kata wanita itu bimbang.


"Suami puan ada obat ka?"


"Ya ada. Dia selalu bawa. Tapi saya tidak jumpa."


"Izinkan saya puan," pinta Hana sopan.


Dia mencari di dalam beg kecil lelaki itu dengan hati-hati.


"Nah ini ka?" tanya Hana gembira menunjukkan sampul berisi ubat kepada wanita separuh baya itu.


"Iya iya betul," jawab wanita itu menganggukkan kepalanya seraya mengambil ubat itu dan memberikannya kepada suaminya.


Tanpa sesiapa yang minta atau arahkan, Kimberly menyodorkan sebotol air kepada mereka.

__ADS_1


"Terima kasih atas bantuan kamu. Kalau tidak, saya tidak tahu apa akan terjadi," ucap wanita itu dengan mata berkaca-kaca.


"Sama-sama puan. Tapi bukankah lebih baik suami puan di bawah ke hospital?" ucap Hana tenang penuh pengertian.


"Iya saya akan bawa suami saya ke sana sekarang. Driver kami sudah ada di luar," terangnya sambil menuntun suaminya yang kelihatan lemah. Driver mereka memang sudah menunggu di luar kerana begitulah kebiasaan mereka kalau keluar makan di tempat biasa begini.


"Sekali lagi izinkan kami membantu puan dan tuan," kata Hana tersenyum ramah kepada kedua orang itu sambil memapah lelaki separuh baya tersebut.


"Terima kasih nak," ucap lelaki itu lemah.


Ketika tiba di luar, kelihatan seorang pemuda berlari anak menuju ke arah mereka. Tanpa sepatah kata, dia membimbing orang tua itu berjalan menuju ke kereta mereka.


Hana dan Kimberly memandang kereta yang membawa pasangan itu pergi sehingga hilang dari pandangan mereka.


"Orang itu sakit apa ya Han?" soal Kimberly ingin tahu


"Isss kamu ni Kim. Kamu tanya siapa? Saya?" omel Hana mendengar pertanyaan Kimberly.


"Hi hi hi hi... sorry. Saya fikir kamu tinggal bersama mereka," tawa Kimberly.


*******


"Nasib Puan memberikan ubatnya pada masa yang tepat. Kalau tidak, mungkin keadaan akan menjadi serius," kata seorang doktor di sebuah hospital.


"Maaf puan. Tuan Riwan Budido terpaksa tinggal di hospital buat sementara ini," terang doktor Sam lembut memandang Tuan Riwan yang lemah di atas katil hospital.


Tidak lama kemudian Doktor Sam meninggalkan sepasang suami isteri itu untuk melihat pesakit lain di hospital tersebut.


"Sayang, siapa nama mereka yang membantu kita tadi?" tanya tuan Riwan lemah memandang isteri tercintanya yang kelihatan sangat bimbang.


"Ya ampun sayang. Mama lupa bertanya nama mereka pula tadi," ucap Puan Raratiwi yang baru menyedari hal itu.


"Ya tak apalah. Nanti kita akan cari mereka," kata tuan Riwan menenangkan isterinya


"Nanti kita cari mereka ya sayang, mama pun lupa ucapkan terima kasih pada mereka. Kalau bukan bantuan mereka, mungkin keadaan semakin parah," kata Raratiwi bersemangat.


*****


Di sebuah pejabat.


"Bagaimana dengan persediaan temuduga esok? Semua clear?" soal Sebas memandang beberapa orang penemuduga yang bertugas esok.

__ADS_1


"Iya tuan, semua sudah siap," jawab seorang pemuda berkaca mata.


"Kalau begitu kita sampai disini saja untuk hari ini. Boleh bersurai sekarang," kata Sebas mengarahkan meeting selesai.


"Bring, esok berapa orang yang akan ditemuduga?" soal Sebas sambil mengetik sesuatu pada komputernya.


"Ramai Tuan. Ada 60 orang semuanya," jawab Bring membelek-belekkan file yang dipegangnya.


"Untuk 6 jawatan ada sebegitu ramai yang berminat? Menarik," ulas Sebas berhenti mengetik.


"Untuk setiausaha pribadi ada berapa yang mencuba nasib?" soal Sebas lagi ingin tahu.


"Mmm.. ini resume mereka tuan. Mereka ada enam orang. Dua perempuan empat lelaki," jawab Bring menghulurkan file tersebut.


"Hmmm resume yang tidak berwajah? Kenapa begini?" tanya Sebas hairan.


"Itu arahan dari Tuan besar. Katanya, semua pekerja untuk syarikat ini harus di pilih dan di terima kerana kemampuan mereka. Bukan kerana kecantikan atau ketampanan mereka tuan," jelas Bring panjang lebar.


Memang kalau di dalam pejabat atau atas urusan pekerjaan, Bring akan bersikap formal kepada Sebas dengan memanggilnya tuan seperti kebanyakan pekerja lain di Syarikat itu.


Jadi kedekatan mereka sebagai bos dan pekerja tidak diperhatikan dan dicemburui oleh pekerja lain. Kerana Sebas juga tanpa ada pilih kasih akan melakukan semua arahan atau hukuman kepada Bring selayaknya seorang ketua mengarahkan anak buahnya melakukan kerja.


"Hmmm... semua mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Semoga siapa yang terpilih benar-benar dapat berkerja dengan baik," ucap Sebas memecahkan kesunyian pejabatnya setelah lama berdiam kerana asyik membaca resume para pelamar kerja esok.


"Bas, Mirna bila kembali ke sini?" tiba-tiba Bring bertanya tentang Mirna kekasih Sebas yang telah pergi bercuti ke Eropah.


"Hmm kekasih tercinta ku masih ada lima bulan melihat-lihat negara yang bakal kami pilih untuk honey moon kelak," jawab Sebas tersenyum senang. Dia merasa sangat rindu kepada kekasih pujaan hatinya.


Mirna adalah kekasih Sebas sejak dua tahun lalu. Pertemuan mereka terjadi ketika keduanya melakukan urusan kerjasama syarikat masing-masing. Setelah berteman selama dua minggu, mereka jadian sebagai kekasih sehingga hari ini.


Sebas tersenyum sendiri mengingat kekasihnya yang seksi berbibir tebal. Enam bulan berjauhan dengan sang kekasih terpaksa dia persetujui demi membuktikan cintanya sabar dan setia.


Kekasih hatinya melancong ke Eropah atas perbelanjaan Sebas sepenuhnya. Ketika itu Mirna merajuk besar kerana tidak dibenarkan mengikuti teman-temannya belayar selama seminggu ke Pulau Phuket.


Oleh itu ketika Sebas mengatakan akan memberikan apa saja untuknya, Mirna meminta agar dia membiayai perbelanjaannya ke Eropah.


Pada mulanya Sebas enggan, kerana itu sangat memboroskan. Tetapi Mirna terus merayu dan mengatakan mahu mencari sendiri tempat mereka berbulan madu nanti.


"Ehem senyum sendiri nampaknya," usik Bring memandang Sebas menghentikan lamunan boasnya.


"Isss menganggu aja. Kamu tu tak tau rasa bagaimana erti cinta. Kalau nanti kamu sudah ada kekasih, kamu pasti rasa mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena," ucap Sebas tersenyum lebar.

__ADS_1


"Kalau begitu rasanya cinta, saya rela tak punya kekasih. Lebih baik sendirian kerana kalau sendiri, makan pun kenyang, mandi pun aman, tidur pun lena hahahaha," tawa Bring menyandar di Sofa.


__ADS_2