
"Mirana bangun!!!!"
"Mmmm...ganggu saja. Jangan bisinglah."
"Mirana bangunnnnnn...!!"
"Iya iya apa? Jangan suruh saya telepon siapa-siapa. Tidak sukalah."
"Ehhh kita belum bilang apa-apa, sudah bilang gitu. Mirna uda satu bulan kamu tidak telepon Sebas tahu."
"Biar saja. Nanti kami jumpa juga kalau sudah pulang di tanah air."
"Mirana... kamu ada dua bulan lagi di sini tahu?? Kalau tunggu sampai kamu pulang, itu bererti tiga bulan kamu tidak kasi kabar??"
"Hei santailah. Dulu pun dia tidak marah pun saya tidak telepon. Inikan pula sekarang?"
"Terserah kamulah Mir. Esok saya pulang. Cuti ku sudah habis. Silap hari bulan, saya kena kick out pula." ucap Hazel mengemas barang-barangnya sambil mengasingkan pakaian untuk hari ini dan esok.
Sindi dan Bela tidak berkata apa-apa kerana mereka lebih memikirkan percutian percuma mereka dari hubungan teman mereka ini.
Mirana atau juga dikenali Mirna dikalangan orang yang dekat dengannya melanjutkan tidur malas membahas apa yang dikatakan Hazel.
"Mirna, komunikasi dan kejujuran untuk setiap hubungan adalah kunci paling ampuh untuk bertahan. Itu rahasia hubungan lebih baik. Tapi entahlah," batin Hazel menggeleng melihat Mirana yang sudah mulai berdengkur lembut.
********
"Kenapalah si tuan aneh perut kerbau itu menyusahkan. Haisssss...," keluh Hana membongkok mencapai sesuatu di bawah sebuah almari file di belakang meja kerjanya.
Pennya terjatuh tadi kerana ulah tuan Bring si secretary dingin tuan Sebas. Iya Bring orangnya dingin seperti tuannya. Tapi sifat dinginnya itu hampir hilang bila berada di rumah. Begitu yang Hana perhatikan.
"Issss mana pen tadi? Tak kan pen itu jalan kaki kembali ke kedai? Mana ni?" Hana terus cuba mengapai mencari-cari di bawah almari file pennya.
Tanpa dia sedari tuan Sebas memandangnya tidak percaya. Tadi Sebas membuka pintunya keluar mahu bertemu Hana untuk memberikan kerja seterusnya, saat mendapati Hana berlutut membungkuk meraba-raba ke bawah almari, dia terus berdiri kaku.
"Ahh pemandangan apa ini di awal pagi?" Batin Sebas
Punggung indah Hana jelas terbentuk. Indah irama punggung itu bergerak-gerak mengikut gerakan Hana yang menguis-nguis kosong di bawah almari.
Seketika kemudian Hana duduk diatas betisnya berlutut di lantai. Dia membongkok lagi mengangkat punggungnya makin tinggi. Dia berusaha melihat ke bawah almari, sampai pipinya menyentuh lantai.
"Hmmmm...." Tuan Sebas melepaskan nafas beratnya. Dia kembali ke dalam officenya menutup pintu perlahan di belakangnya.
"Mirna kembalilah. Saya perlukan kamu. Dasar perempuan licik si perempuan aneh. Berani-berani dia buat begitu." Nafasnya memburu. Dia lepaskan marah dan kesalnya meninju dinding.
"Ahhhhh...." Sebas benar-benar kesal. Gejolak rasa meliputinya. Dia menekan sebuah tombol.
knock knock knock
"Masuk.." katanya kasar dan dingin.
Hana masuk melihat bossnya membelakangi mejanya.
"Tuan memanggil saya?"
"Mmmm"
__ADS_1
"Ada apa tuan?"
"Mmmm"
"Tuan...??"
Tuan Sebas memutarkan tempat duduk menghadap meja kerjanya memandang Hana.
"Yohana Johanes, pembantu pribadi ku, pengganti kekasih ku menjawab chat Whatsapp ku."
Dap dup dap dup
"Ada apa tuan Sebas pagi ini? Kenapa mukanya kelat begitu? Saya buat salahkah?"
Hana mulai merasa tidak selesa. Aura dingin tuan Sebas mula dia rasakan. Ruang pejabat Sebas terasa membahang panas.
"Hmmm.. kemarilah."
Sebas berdiri dihujung mejanya mendepakan tangan. Matanya tajam bak pedang menghunus ke dada Hana.
Hana dengan berdebar melangkah perlahan menghampiri Tuan Sebas kebingungan. Ya rasa takutnya juga timbul.
Mereka menatap satu antara yang lain. Mata bertembung tanpa berkerdip.
Selangkah dua langkah bersama helaan nafas dihembus kasar dan tidak teratur disertai degupan kencang dari keduanya.
Entahlah, ada apa di fikiran dua orang berbeda kelamin ini.
Selangkah dua langkah
Mata tuan Sebas beralih ke arah pintu pejabatnya dengan kesal. Dia marah dan kecewa.
Hana berhenti melangkah dan memutarkan badannya menoleh ke tempat sama. Dia merasa diselamatkan dengan kekukan itu.
Tuan Bring si batu masuk dengan menunduk memperhatikan benda pipih sambil jarinya berlari-lari di sana. Dia tidak sedar ada aura aneh di dalam ruang itu.
"Tuan, petang ini pada pukul 3 petang tuan akan terbang ke Singapore selama seminggu. Ini tentang urusan kontrek dengan syarikat BB. Kontrek yang tuan tunggu-tunggu selama ini." Bring menyudahi ucapannya dengan mengangkat kepala dan ya pasti saja dia terkejut ada Hana di sana.
Dia memandang Hana datar lalu menumpuhkan perhatian lagi kepada bossnya.
"Mmm baiklah. Sediakan apa yang perlu dan Hana akan ikut kita ke sana."
"Hah??" seru Hana dan Bring serentak.
"Telinga kamu tidak tersumbatkan? Rasanya cukup jelas apa yang saya katakan tadi."
Bring menunduk memberi hormat lalu pergi sesuai perintah Tuan Sebas.
"Tapi tuan..."
"Tidak ada tapi. Siapkan diri dan kira berlepas nanti sesuai jadual."
"Tuan saya perlu pulang sediakan..."
"Iya, ayo pulang ambil passport kamu. Saya hantar."
__ADS_1
Glupppp
"Tak apa tuan saya boleh pergi sendiri. Saya berjanji akan kembali dengan cepat."
"Telinga kamu tersumbat? Mahu saya ulang lagi apa yang saya cakap tadi?" Sebas melangkah menarik tangan Hana keluar dari pejabatnya.
"Tuan saya boleh jalan sendiri." Dia melepaskan tangannya dari pegangan Sebas dan bergerak cepat ke lift.
Di kereta, Sebas memaksa Hana duduk dihadapan di sampingnya.
"Kamu itu pembantu pribadinya saya, duduk di sini. Bukan duduk di belakang macam tuan besar. Kamu kira saya supir kamu?"
"Mmm bukan tuan."
Sepanjang perjalanan pulang mereka tidak banyak bercakap. Tuan Sebas hanya bertanya arah dan Hana menjawab seadanya.
"Tuan pakai google map saja. Ini .." Hana memberikan hpnya yang dia sudah cari lokasi rumahnya.
"Mmm..."
Setelah tiga puluh minit memandu mereka pun tiba di halaman rumah keluarga Hana.
"Saya akan cepat kembali tuan."
"Hmmm kamu ada 30 minit."
"Haisss menyebalkan betul ni tuan perut kerbau." Hana berlari anak menuju rumahnya.
"Passport mana passport?" Hana tergesa-gesa mencari semua keperluannya.
Trit tit tit tit
"Haisss siapa yang telepon ni, wrong timing betul."
_hello_
_hello Hana, kamu ada 5 minit_
_tapi tuan_
Panggilan diputuskan sepihak.
"Belum cukup tiga puluh minit sudah di bilang tinggal 5 minit? Arggg.."
Hana berlari membawa sebuah beg galas keluar dari biliknya diperhati sang ibu yang kehairanan.
"Ibu saya akan ikut boss saya. out station. Petang ini dan berada di Singapore selama satu minggu. Titip salam sama ayah. Saya sudah di tunggu di luar."
Hana memeluk ibunya lalu berlari anak keluar dari rumah.
"Hana hati-hati. Kerja dengan baik dan ingat kasi khabar." seru sang ibu dari muka pintu melambai kepada anaknya.
"Iya bu, i love you. Saya pergi dulu," seru Hana melambai ibunya.
"Sudah? Kita bertolak."
__ADS_1
"Dingin sekali ni tuan Sebas. Awas kalau ada yang saya lupa." gerutu Hana dalam hati.