Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 34 Bersihkan


__ADS_3

"Tuan kita tunggu hujan berhenti sajalah. Hujan makin lebat ini. Lagi pun kereta kita sedikit jauh di sana." ucap Hana cuba menghalang tuan Sebas dari mereda hujan lagi.


Sudah dua kali mereka mereda hujan kerana tuan Sebas tidak mahu menunggu. Petang itu, Hana tidak mahu lagi mereda hujan. Dia juga tidak mahu bossnya kehujanan lagi. Dia takut kalau bossnya kena hujan petang itu, Sebas akan sakit.


"Uhuk uhuk.." Hana batuk kecil beberapa kali. Dia tahu yang dia akan bakal demam kalau kehujanan lagi.


"Hmmm .." Sebas melangkah meninggalkam pembantunya yang terbatuk beberapa kali.


"Tuan sabarlah. Sebentar lagi hujan pasti berhenti," ucap Hana sedikit terlari mengikuti tuan Sebas.


"Kita tunggu sampai bila? 1 jam, 2 jam sampai kita tidak dapat pulang ke negara kita?" sedikit kasar Sebas meledani sikap Hana.


Dia terus berjalan masuk ke dalam hujan yang mulai turun lebat. Dia memeluk beg kulitnya rapat ke dalam jas agar tidak kehujanan. Dia melebarkan langkah mempercapatkan jalan menuju kereta mereka.


Hana yang melihat tuannya sudah berjalan jauh dalam hujan terpaksa mengalah.


Mujur petang itu dia sudah bersedia menyediakan beg kalis air untuk file- file penting sekiranya hujan.


Dia memeluk beg itu lalu berlari menerobos hujan lebat di kegelapan senja petang itu.


Dia masuk ke dalam kereta dengan keadaan basah kuyup. Dia kelihatan bagaikan anak ayam yang basah di timpa hujan. Sangat kasihan.


Saat dia melirik ke sampingnya, gadis itu terus ketawa tanpa dapat dihalang-halang lagi.


"Tuan lucu sekali. Hahaha. Macam anak anjing kehujanan."


"Itu tidak lucu tahu. Lihat diri kamu sendiri, baru tertawakan orang lain." Sebas bersuara ketus sekali menampar lembut rambutnya menghilangkan sisa air hujan di sana.


"Ahhhccchuuu.. eh maaf tuan. Ini tidak sengaaaacchuuu..."


"Kalau tahu mudah sakit, kenapa ikut redah hujaacchuuu..."


Kedua orang berlainan kelamin itu berpandangan.


"Nah tuan sendiri sudah mahu sakit. Mengata orang pula." ucap Hana sinis melemparkan pandangannya ke luar melihat lampu neon yang menambahkan seri di senja yang gelap itu.


*********


Di Airport Sebas mulai beberapa kali bersin kerana kedinginan. Tadi semasa di rumah, mereka hanya sempat menukar baju kerana sewaktu kembali ke apartment, mereka terjebak di dalam kesesakan lalu lintas.


Untuk mandi sebentar saja pun akan mengakibatkan mereka akan ketinggalan kapal terbang. Inikan pula mahu cuci kepala.

__ADS_1


Tadi sebelum mereka sampai ke apartment, berpakaian basah begitu bagaikan berendam dalam air di kereta sepanjang kesesakan itu.


Mengharapkan pemandu yang selalu siap sedia itu, malah kali ini dia tersalah mengambil beg pakaian kecemasan. Jadi kejadiannya sadis sekali.


"Kalaulah si boss tidak naik pesawat awam begini tentu kami sudah di langit terbang bebas menghampiri tanah air." keluh Hana dalam hati.


Sekali lagi Hana melirik bossnya yang sedang memejamkan mata. Mungkin dia merehatkan diri dari semua kesibukan sepanjang keberadaan mereka di Pulau Jeju itu.


Penerbangan mereka berjalan dengan lancar sehingga mendarat di tanah air. Cuma rehat tuan Sebas sesekali terganggu kerana bersin di sepanjang perjalanan.


Saat mereka keluar di balai ketibaan, setiausaha pribadi tuan Sebas sudah tersenyum lebar menanti mereka.


"Terima kasih sudah di sini sebelum di minta datang." ucap Hana tersenyum senang.


"Tidak masalah pun. Trolinya biar saya yang dorong," ucap Bring sopan menggantikan Hana.


"Oh iya, tuan mungkin sakit itu. Jadi saya akan cari kereta grab saja di sini. Tuan boleh terus bawa tuan Sebas ke apartmentnya." kata Hana mengangkat begnya.


"Kamu ikut saya ke apartment. Urus saya dahulu baru pulang ke rumah kamu," tiba-tiba Sebas membalikkan diri menghalang Hana dari pergi.


"Tapi tuan..."


"Tidak ada tapi-tapinya. Bring bawa semuanya ke kereta. Aaacchuu..."


Hana tidak habis fikir dengan tindakan bossnya. Dia mendengus kasar kerana usahanya untuk pulang ke rumah tergendala.


***********


"Tuan Sebas izinkan saya pulang," Hana menjengukkan kepalanya ke dalam kamar tidurtuannya.


Namun tidak ada jawaban dari Sebas. Perempuan itu ingin pergi tetapi dia tidak suka kalau tidak mendapat jawaban pasti dari tuannya.


"Masuk saja ke dalam. Bangunkan tuan Sebas. Mungkin dia tertidur tidak dengar ucapan kamu," saran Bring yang melihat muka cemberut assistant tuan Sebas.


Langkah demi langkah di atur rapi oleh Hana menghampiri bossnya. Seiring itu dia menyusun kata-kata terbaik untuk diucapkan nanti.


Kelihatan di atas kasur terbaring seorang Sebas yang tertidur pucat. Secubit rasa kasihan timbul di hati Hana.


Dia berfikir beberapa saat untuk membatalkan niatnya sampai tiba-tiba AACCHHUUU... dia bersin kuat sehingga membangunkan Sebas.


"Maaf tuan Sebas. Saya tidak sengaja membangunkan tuan... tuan...?" ketakutan Hana berganti terkejut saat dia menyentuh tangan Sebas untuk memohon maaf.

__ADS_1


Dia memandang risau wajah tampan tuannya.


"Tuan kamu panas ni. Tuan sakit?"


Hana meletakkan tangannya pada dahi Sebas dan ternyata pemuda itu betul-betul sakit. Badannya panas bagaikan api.


"Tuan Bring, tuan Sebas panas," ucap Hana keluar dari kamar tidur Sebas menuju ke dapur.


"Sakit? Kenapa sampai begitu?" ucap Bring bergerak cepat masuk ke dalam kamar Sebas.


Tidak lama kemudian Hana masuk membawa sebuah baldi kecil dan memerah sehelai tuala lalu melwtakkannya di dahi Sebas.


"Biar saya telepon doktor dulu. Terus kompres kepalanya biar panasnya turun," arah Bring kepada Hana.


Tidak lama kemudian Doktor Ben datang memeriksa tuan Sebas.


Setelah di periksa, doktor memberikan sekeping kertas dan dua jenis ubat untuk Sebas makan nanti. Kemudian doktor itu pun pulang.


"Tuan akan jaga tuan Sebaskah malam ini?"


"Kamu akan jaga dan perhatikan dia. Saya akan berada di luar saja. Kalau kamu perlukan apa-apa cakap saja."


Bring mendekati Sebas.


"Hana! Kain apa yang kamu gunakan mengelap dahi tuan Sebas, hah!?"


Bagaikan harimau, Bring memarahi gadis itu yang terpinga-pinga kehairanan.


"Kain mana yang kamu guna?"


"It..it..itu di di sa.. sa.. sana. Kain di dapur." ucap Hana terketar-ketar.


"Kain di dapur? Yang mana? Tunjukkan."


Dengan menelan air ludahnya Hana menunjukkan kepada tuan Bring di mana dia mengambil kain tersebut.


"Ya ampun Hana. Kenapa ambil di sini. Semua ini untuk kegunaan dapur saja. Semua sudah digunakan. Semua memang dicuci juga. Tapi yang ini, yang diletakkan di sini, ini digunakan sepanjang hari ini."


Bring menggelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang gadis itu lakukan. Jadi selama ini, perempuan itu tidak tahu tentang ini?? Tapi sebenarnya Hana sudah betapa kali ke apartment Sebas?


"Nanti periksa wajah tuan Sebas. Bersihkan mukanya. Aduh.. " perintah Bring kesal.

__ADS_1


Hana tertawa dalam hati mengingat tindakan paniknya


"Saya harap tuan Sebas tidak tahu kalau tuala dapur pernah singgah di mukanya," Hana terkekeh kecil menuju ke bilik tuan Sebas.


__ADS_2