Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 50 Mempertemukan


__ADS_3

Sudah lebih sebulan Sebas tinggal berdua dengan Mirana di apartmentnya. Dalam sebulan itu juga Mirna @ Mirana tidak pernah memasak mahupun mencuci pakaian mereka di sana. Jauh sekali membersihkan apartmen itu.


"Sayang, aku mahu ke Paris lagi minggu depan. Bolehkan? Please honey." Rayu Mirana yang membalut badannya dengan tuala keluar dari kamar mandi.


Sebas menatap pujaannya itu tidak berkerdip. Dia sangat mencintai wanita dihadapannya dengan segala kelemahannya.


Tetapi kenapa dalam sebulan ini dia merasakan ada yang aneh di antara mereka? Ada sesuatu yang menganggu. Tetapi apa?


"Sayang...kamu dengar tidak? Kenapa menatap aku seperti itu? Mahu makan aku lagi? Belum puas semalaman makan aku?"


Dengan manja Mirana duduk dipangkuan Sebas. Setiap kali dalam posisi ini, ya bayangkan sendiri sajalah. Pasti berakhir dengan keringat puas.


"Sayang, kita akan menikah. Tunggu saja setelah menikah, kita akan berbulan madu di sana. Bulan depan saya akan melamar kamu di depan kedua orang tua mu. Sabarlah." Pujuk Sebas mengucup dahi Mirana. Dia sudah sangat menginginkan satu hubungan kukuh selamanya bersama wanitanya ini.


Menyedari keinginanya tidak dapat ditunaikan, Mirana bangkit berjalan memayunkan bibirnya kembali ke kamar mandi.


Seketika kemudian dia keluar lagi dengan muka masam sambil mulutnya kumat kamit. Entah apa yg dia bebelkan, Sebas tidak pasti. Tapi dia tahu bebelan itu pasti ada sangkut pautnya denga larangannya ke Paris.


"Aku mahu keluar sekarang bertemu kawan-kawan. Bosan tinggal terkurung di rumah sahaja. Paling pun tunggu kamu pulang dan makan aku. Selalu begitu. Bosan. Bosan!" Marah Mirana menghentak kaki seperti seorang anak kecil sahaja.


Dia membongkar almari pakaian tuan Sebas dan melemparkan beberapa helai baju milik Hana ke lantai. Perasaan kesalnya dia lontarkan pada helaian baju-baju baru tersebut.


"Sweetie come on. Kenapa ni begini. Sayang, janganlah begini..."


Namun Mirana tidak menghiraukan Sebas. Dia berlalu kasar menghempaskan pintu kamar mengejutkan Sebas yang berjalan membuntutinya. .


Mata Sebas membeliak kerana tidak menyangka pintu itu di tutup hampir mengenainya.


"Mir... Mir.. tunggu.. Kenapa ni begini? Tidak dapatkah kamu menunggu sebulan lagi untuk ke Paris. Dua minggu lagi Mir aku melamar kamu. Terus seminggu setelah itu kita akan menikah."


Pujuk Sebas keluar dari bilik tidur mengejar kekasihnya.


"Apa pun aku tetap mahu ke Paris minggu depan." Mirana tetap berkeras dengan keputusannya pula.

__ADS_1


"Aku tidak benarkan sayang. Aku tidak akan membiayai perjalanan mu dan penghinapan mu sepanjang sayang di sana." ucap Sebas memberi kata putus agar Mirana menghentikan hasratnya itu.


"Tidak apa. Aku masih punya wang sendiri. Aku juga mampu urus diri ku sendiri ke sana." Marah Mirana memandang Sebas tajam tidak suka. Dia menyambar sling bagnya lalu keluar dari apartment.


Panggilan Sebas mengiang dari belakangnya tidak dipedulikan oleh Mirana. Dia masuk ke dalam lift yang kebetulan terbuka saat dia menekan tombol lift untuk turun.


"Mir, Mir .. tunggu Mir.. Arggg..." marah Sebas memukul angin.


Beberapa hari kemudian hubungan Sebas dan kekasihnya masih tetap seperti itu. Ada sedikit keregangan di antara mereka sejak kejadian tersebut.


Malah Mirana tidak membalas semua chat atau mengangkat panggilan telepon Sebas.


"Arggg ...." gerutu Sebas mengejutkan Bring saat temannya ini sibuk berkerja pada laptopnya.


"Hei hei... kamu tu kenapa? Sejak dua menjak ini, mood kamu betul-betul kacau. Ada masalah apa lagi tuan?" Bring cuba mendapatkan cerita bossnya .


Tuan Sebas malah menjambak rambutnya beberapa kali menunjukkan betapa frustasinya dia dengan situasi sekarang.


"Aku dengan isteri dalam kertas itu sudah hampir dua bulan tidak bertemu mahupun berbalas chat atau telepon. Ini soal Mirana, Bring."


Sebas menghela nafas berat menggelengkan kepalanya beberapa kali.


"Kenapa dengan Mirana?"


"Entahlah Bring. Dia marah pada ku kerana aku tidak mengizinkannya ke Paris."


"Apa? Ke Paris lagi? Kenapa ke sana lagi?"


"Aku juga tidak mengerti Bring. Aku sudah katakan padanya sebulan lagi kami akan ke sana bersama-sama untuk berbulan madu. Kerana rencana ku, setelah dua minggu ini, aku akan melamarnya dari orang tuanya. Kemudian akan menikahinya. Setelah itu kami akan ke Paris bersama-sama. Aku sudah beberapa kali meneleponnya, tapi dia tidak sambut call aku."


Sebas menerangkan duduk perkara permasalaannya kepada teman baiknya Bring


"Maksudnya dalam tempoh dua minggu ini, kamu mahu mengurus banyak hal termasuk proses penceraian dengan Hana?"

__ADS_1


Satu anggukan lemah Sebas berikan pada pertanyaan Bring. Dia menopang dagunya di atas meja memandang kosong pada dinding office miliknya.


"Bas, maaf kalau ini menyakitkan kamu. Tapi Hana akan kamu ceraikan? Kamu tidak akan menyesalkah? Fikir dengan baik hal ini Bas. Orang bilang, penyesalan selalu datang terlambat. Jangan biar nasi menjadi bubur." Nasihat Bring menyandarkan dirinya pada sofa office Sebas.


"Dalam dua minggu ini, kamu rehatlah. Biar aku yang mengurus pekerjaan di sini. Apa yang penting kamu berakhir bahagia." Tawar Bring melanjutkan ucapannya.


"Hahaha... siapa ceo di sini? Kamu atau saya kawan?" tawa Sebas diikuti tawa Bring.


"Untuk sekarang, akulah boss, ha ha ha.." Bring terus ketawa bersama temannya itu.


"Dasar teman kepala batu kamu Bring," Sebas melontar segumpal kertas ke arah jejaka itu.


"Nah siapa suruh diam-diam dalam masalahnya? Sampai -sampai jadi muka buruk begitu?" ejek Bring melempar kembali gumpalan kertas itu.


"Fikiran ku sangat kacau sejak Mirana pergi tanpa khabar. Dia entah di mana. Aku fikir dia akan menghubungi ku setelah dia tenang. Tapi sampai saat ini, dia tidak pernah mencari ku. Sedangkan isteri ku pula, arggggg ..kacau sekali fikiran ku."


Sebas menekap mukanya dengan kedua tapak tangan frustasi.


"Cari isteri kamu Bas. Hana masih isteri sah kamu. Seharusnya kamu tidak pernah membiarkan dia keluar dari rumah meninggalkan kamu. Pertahankan dia. Cari dia Bas." Pujuk Bring sungguh-sungguh.


"Tapi .. Mirana. Aku sudah berjanji akan .."


"Bas.. soal Mirana, minta kedua orang tuanya untuk mempertemukan kamu. Kalau itu juga tidak berhasil, lepaskan dia. Mungkin jodoh kamu sampai di sini. Lebih baik kamu bina dari mula hubungan kamu dan Hana " usul Bring tegas.


"Akan ku fikirkan itu."


"Hei teman ku, jangan di fikir lagi. Masa mu sudah suntuk. Bergeraklah sekarang. Jangan sampai menyesal yang tidak berpenghujung." Lagi Bring mengingatkan Sebas.


Kring kring kring


Deringan telepon menghentikan perbualan kedua orang pemuda itu.


"Bas, aku kluar dulu. Ingat, mulai esok urus masalah kamu." Bring beredar berputar menuju pintu lalu mengangkat tangan menunjukkan simbol good 👍.

__ADS_1


__ADS_2