Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 43 Menasihati


__ADS_3

Hujung minggu itu hujan turun lagi.


Suasana kelihatan suram di setiap sudut apartment milik tuan Sebas kerana tidak ada pergerakan menarik di sana.


Nampaknya kedua makhluk hidup di dua kamar berbeza belum keluar untuk melakukan aktiviti masing-masing. Ya seperti biasalah, suami isteri yang bagaikan orang asing dan kadang-kadang jadi macam Tom and Jerry.


"Hujan lagi. Hmmm... sampai bila hujan akan turun terus ni?" gumam Hana menatap di jandela. Hujan membasahi bumi memberikan nikmat tersendiri pada alam.


Gadis itu bersandar di kepala katil lalu menarik kakinya rapat ke dada termenung.


Di belahan kamar yang lain berdiri seorang pemuda memeluk tubuh memperhatikan hujan deras jatuh menimpa pepohon juga rerumputan di semua arah di luar apartment yang mereka tempati.


Mata tajamnya berkeliaran menatap pemandangan kelam di luar. Lamunannya entah ke mana-mana saat ini. Sesekali kedengaran batuknya memenuhi kamar tidurnya.


Setiap kali dia batuk, pemuda itu akan mengusap dadanya yang perih. Sesekali juga dia memijit kepalanya yang berdenyut.


Tidak berapa lama berdiri pemuda itu membalikkan diri masuk semula ke bawah selimutnya. Dia memejam mata cuba menghilangkan sakit kepalanya yang makin berdenyut.


"Nasib hari ini hujung minggu," katanya lirih memiringkan badan menghadap jandela.


Tidak lama kemudian tuan Sebas terlelap mengiring. Pada wajah tampan itu kelihatan sedikit pucat terpalit di sana.


Pergerakan mula kelihatan di dalam apartment itu apabila Hana keluar dari biliknya menuju dapur.


Setelah beberapa lama, dia keluar ke ruang tamu pula menatang sebuah piring dan secawan susu.


"Hmmm oleh kerana hari ini hujan dan tuan boss pun di rumah, terpaksalah saya stay at home saja. Takut ketahuan saya berkerja kongsi kedai bunga dengan Cath," keluh Hana menjamah makanannya.


"Tuan boss tidak keluar ke mana-manakah? Kuncinya masih di sana tu," gumam Hana sendiri. Dia mengamat-amati semua kunci yang bergantungan dan menyedari kalau suaminya belum ke mana-mana.


Sesudah menyelesaikan makannya, Hana mulai mengemas rumah kerana merasa bosan duduk tidak melakukan apa-apa.


Masa berlalu tanpa Hana sedari kerana khusyuk melakukan pembersihan apartment. Ketika dia menyapu di tingkat atas dan melalui pintu kamar suaminya, dia mengengar sayup-sayup suara batuk yang berat berterusan.

__ADS_1


"Tuan sakit?" gumam Hana penuh tanya. Lalu dia memberanikan diri memutar knob pintu dan menjenguk masuk ke dalam.


Di sudut sana kelihatan sekujur tubuh berselimut biru bergerak seiring batuk yang berterusan. Lantas Hana masuk perlahan takut berbuat bising menuju ke sana.


"Dia pucat sekali. Kenapa batuk begini tidak keluar-keluar cari ubat? Atau panggil sayakah." batin Hana menatap lesu pada suaminya.


Dia menggelengkan kepala membalikkan tubuhnya ingin pergi tetapi dia urungkan setelah mendengar suaminya batuk lebih kuat.


"Apa yang perlu saya lakukan?" fikirnya seraya menyentuh dahi sang suami.


"Ah panas sekali. Tuan bangun.. tuan.." panggil Hana menepuk-nepuk bahu suaminya sedikit panik.


Namun tuan Sebas tidak membuka mata memberi respon.


"Tuan..." lirih Hana duduk di atas katil susminya.


Dia menarik nafas lebih dalam mencari ketenangan. Tangannya meraba dahi sang suami sekali lagi untuk memastikan keadaannya.


Lalu dia membetulkan cara suaminya itu berbaring. Ditariknya selimut mengemaskannya dia atas tubuh panas sang suami.


"Sabar tuan. Pasti tuan akan sembuh." ucap Hana berdiri mendapatkan sepasang stocking 🧦 dan memakaikannya ke kaki besar panjang tuan Sebas.


Tidak lama kemudian dia kembali membawa sebiji baldi kecil dan sehelai tuala kecil. Dengan sabar dia membasahkan tuala itu, memerahnya sehingga sedikit kering lalu menempelkannya ke dahi tusn Sebas.


Setelah itu dia menelepon setiausaha tuan Sebas untuk memaklumkan keadaan boss mereka.


"Mmm.." gumam Sebas. Wajahnya berkerut menandakan dia tidak baik-baik saja.


"Tuan, tuan kenapa? Mana yang sakit tuan?" ucap Hana lembut penuh kasih. Dia mengusap-usap tangan suaminya memberi ketenangan.


Namun tidak ada tanda kalau Sebas mendengar suara sang isteri.


Ting tong ting tong

__ADS_1


Lonceng rumah berbunyi nyaring memberikan kelegaan di sudut hati Hana. Dia berdiri bergegas cepat turun ke bawah membuka pintu.


Tetapi saat dia sampai di tangga terakhir dia tersandung lalu terjatuh.


"Ahhh...," pekiknya. Dia berusaha berdiri berjalan membuka pintu dan memberitahu keberadaan susminya di tingkat atas.


Tuan Bring dan Doktor Ben meluru masuk menuju ke atas membiarkan Hana menutup pintu.


"Sudah jam 10 malam rupanya. Mmm saya mahu mandi dulu la." gumam Hana menuju ke kamarnya tertatih-tatih.


Di kamar lain apartment itu, dua orang pemuda berbincang-bincang sambil sesekali yang seorang memegang pergelangan tangan dan dahi tuan Sebas.


Ceklak


Pintu kamar terbuka dan masuklah seorang isteri yang tidak diingini tuan Sebas ke dalam.


Penampilan Hana yang baru mandi mengubah suasana kamar. Harum wangi sabun tubuhnya memenuhi ruangan. Rambutnya yang sedikit basah terjuntai indah di pipinya menyentap hati kedua pemuda itu.


"Untung Sebas punya isteri baik dan cantik begini. Tidak puas mata memandang. Tapi sayang dia tidak membuka mata hatinya kepada Hana. Saya ingat Bas apa yang kamu katakan. Akan ku kabulkan kesombongan mu. Kamu sendiri yang meminta dan dengan mata mu sendiri isteri mu aku sambut." batin Doktor Ben memutuskan pandangannya setelah sedar angannya mula ke mana-mana. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam beg peralatan medisnya agar tidak ketahuan.


"Isteri kamu cantik Bas. Jangan sampai satu saat nanti kamu menyesal. Rugi besar kamu Bas. Silap-silap kami yang sambut isteri kamu." Keluh Bring di dalam hati terus menatap Hana.


Memang mereka bertiga sudah tahu keadaan rumah tangga yang baru sebulan terbina itu. Kedua sahabatnya cuba menasihati Sebas tetapi sia-sia. Di mana akhir dari semuanya, Sebas dengan lancang mengejek dan meminta kedua sahabatnya menikahi sang isteri.


"Keadaan Tuan Sebas bagaimana?" Tanpa sedar Hana menyebut 'tuan' di hadapan kedua sahabat suaminya.


"Apa? Tuan Sebas?" ucap serentak kedua sahabat itu bertanya.


"Ehhh maksud ku bagaimana keadaan suami saya Sebas, tuan?" Hana memperbetulkan ucapannya agar kedua orang besar di hadapannya tidak mencurigainya.


Dr Ben pun menerangkan keadaan Sebas dan memberikan ubat kepada isterinya.


"Pastikan dia diberikan ubat ini sesuai masa yang tertera di sini. Saya sudah terangkan penggunaannyakan? Jadi jaga suami kamu dengan baik."

__ADS_1


Dr Ben pun meminta diri untuk pulang membiarkan Bring tinggal dengan Sebas dan isterinya.


"Kalau ada apa-apa, panggil saya di luar. Saya akan berada di tingkat bawah." kata Bring lalu keluar meninggalkan Hana.


__ADS_2