
Dua hari Sebas terkapar sakit di apartmentnya hasil dari main redah hujan di Pulau Jeju. Dua hari itu juga Hana sibuk menjaga pemuda ini yang penuh ragam.
Hana baru saja selesai bertelepon dengan ibunya ketika tuannya mulai memanggil tidak sabar di hari yang ketiga.
Dengan cepat gadis itu berlari anak masuk ke dalam kamar tuan Sebas yang memang pintunya sengaja dibukakan.
"Tuan panggil saya? Tuan perlu apa?"
"Tadi kamu dengar nama siapa di panggil? Hama? Halba? Haja? Ya saya panggil Hana. H.A.N.A. Dengar?"
Perempuan itu menarik nafas panjang menambah kesabarannya yang hampir menipis di tambah lagi keadaannya yang batuk-batuk.
"Sediakan air hangat di tub mandi. Saya mahu mandi." perintah Sebas malas.
Hana mengerjakan semua persediaan mandi Sebas kemudian keluar menyediakan pula pakaian tuan cerewetnya itu.
"Dasar unta cerewet. Sudah di tolong, tidak tahu berterima kasih lagi. Menyebalkan betul," gumam Hana kesal keluar dari room sebas.
"Kamu sudah sediakan makan lunch? Jangan tunggu tuan Sebas naik angin," ingat Bring yang duduk meneliti file-file syarikat di ruang tamu.
"Hello tuan Bring. Coba tuan lihat isi peti sejuk. Di sana cuma tinggal angin yang ada," ucap Hana makin kesal.
Penatnya belum hilang, dia sudah di suruh buat benda lain lagi.
"Hmmm .. kenapa pula kosong? Kamu tidak beli apa² dua hari kebelakangan ini? Jangan bilang kalau kamu tinggal di rumah saja tidak keluar beli apa-apa." ucap Bring mengerutkan dahinya hairan.
Dia berdiri mengikuti Hana ke dalam dapur memeriksa peti sejuk yang hampir kosong.
Di dalamnya tersisa sebotol air badak yang sudah di minum separuh, sebiji telur, sekotak susu soya bean dan sebiji lada capsicum.
"Ampun! Ini parah sekali. Sememangnya apa yang kamu buat di rumah ini sampai peti sejuk ini kosong?" Bring sedikit meninggikan suaranya tidak suka dengan apa yang dia lihat.
"Sekarang tulis semua senarai barang dapur yang rumah ini perlukan. Sekarang!" perintah Bring tegas sedikit marah dan kesal.
"Tapi tuan, ini bukan salah saya sepenuhnya. Sayakan menjaga baby besar tuan Sebas yang sa..."
"Apa? Baby besar? Beraninya kamu..."
"Ok, ok, Saya minta maaf. Saya akan tulis sekarang barang-barang dapur dan akan pergi ke mini market terdekat nanti," ucap Hana mulai menulis sesuatu di atas sebuah buku nota.
__ADS_1
*********
"Mana orang-orang di rumah ni? Hana!!!!! Sekali lagi saya panggil dan kamu tidak datang, saya potong gaji kamu separuh!!" teriak Sebas marah sekali.
Dia sudah berkali-kali memanggil tetapi tidak ada yang menjawab panggilannya. Sebas sedikit hairan kerana assistantnya itu langsung tidak menyahut.
Ceklak
Pintu utama terbuka dan seketika itu juga Bring masuk bersiul senang.
"Bring! Kamu nampak Hana? Saya sudah panggil dia beberapa kali tapi dia tidak menyahut," terang Tuan Sebas yang kebetulan berdiri di depan pintu biliknya menjenguk keluar mencari kelibat assistantnya.
"Tadi saya suruh dia keluar beli barang dapur. Sempat lagi saya marah kerana dia.."
"Marah kenapa?"
"Yalah saya marah kerana dia tidak buat kerjanya untuk selalu perhatikan keperluan dapur. Sepanjang dua hari lalu, dia cuma jaga kamu saja."
"Hei..salahkah jaga tuannya 24 jam sehari? Sepatutnya kamu yang harus telepon Mak Tini, suruh dia beli barang. Argggg!!"
Sebas begitu marah dan memukul keras almari kecil di samping pintu melepaskan kesalnya, sehingga pasu kaca yang ada di atas almari itu terjatuh dan pecah berderai di atas lantai.
"Hana sini!" panggil Sebas kasar dengan mata yang tajam masih berdiri di ambang pintu kamarnya.
"I..i..i..iya tu tuan. Saya simpan da..."
"Sini sekarang!!!" marah tuan Sebas dengan suara lantang lalu masuk ke dalam kamarnya.
Hana mengangkat barang yang dua bawa tadi masuk ke dapur. Namun belum dia meletakkan barang belanjaannya tadi, Sebas sudah memanggil lagi.
Dengan terburu-buru gadis itu hanya meletakkan semua plastik barang dapur tadi di lantai dapur dan bergegas menuju ke bilik Sebas.
"Awwww..."
Hana terduduk kesakitan.
"Awwww..."
Lagi dia terpekik kesakitan.
__ADS_1
"Hana!!!" panggil Bring tidak bergerak terkejut.
Gadis malang itu meringis kesakitan dengan linangan air mata melaju jatuh dipipinya.
Seketika itu juga Sebas keluar kerana mendengar keributan di luar biliknya. Pemuda itu terkejut besar melihat Hana berlumuran darah.
"Ini ada apa? Kenapa sampai begini?" ucapnya dalam keterkejutannya.
"Jangan dekat tuan bahaya. Saya ok. Tuan tetap di sana." ucap Hana tegas saat dia melihat tuannya mahu melangkah. Dia mengangkat tangan kanannya yang luka memberi syarat agar tuannya tetap di tempatnya.
Dalam keadaan terluka, Hana bergerak cuba berdiri. Dia menahan kesakitan kerana luka-luka yang dia alami. Kaca yang bertaburan di merata tempat sukar kelihatan di lantai putih itu dan agak bahaya terus melangkah tanpa memperhatikan lantai ruangan itu.
Saat menyedari dia berdarah, Hana jatuh terjelopok tidak sedarkan diri.
Bring yang berada sedikit jauh dari tempat di mana Hana pingsan, tersedar dari keterkejutannya lalu menelepon seseorang.
Sebas yang masih tergamam pun tersedar saat teman baiknya itu bersuara keras bercakap dengan orang di seberang sana.
"Bring ambil penyapu. Sapu semua kawasan di sini. Jsngan lupa pakai selipar di dapur." ucap Sebas mengarah sambil menunjuk-nunjuk ke semua arah.
Setelah yakin semuanya sudah dibersihkan tiba-tiba pintu utama di ketuk.
Bring membuka pintu dan Doktor Ben pun masuk membimbit sebuah beg doktornya.
Apabila melihat keadaan Hana, dia meminta agar Hana di bawa ke hospital.
"Jangan risau Bas, kita akan lebih tahu keadaan assistant kamu ini kalau di hantar ke hospital. Lagipun says takut masih ada serpihan kaca pada luka-lukanya," terang Ben menepuk bahu Sebas.
Sebas, Bring dan Ben adalah sahabat baik sejak dulu lagi. Pekerjaan mereka tidak membataskan keakraban mereka sehingga saat ini.
Apa lagi status mereka yang single lebih merapatkan hubungan persahabatan mereka.
"Kenapa sampai terjadi begini di sini? Ya kalau saya boleh tahu," ucap Ben santai memandang kedua sahabatnya.
Bring hanya mengangkat bahu, pura-pura tidak tahu membalas pertanyaan Ben.
"Dia itu assistant saya. Kamu lupa?" ucap Sebas memalingkan muka melihat lantai kalau-kalau masih ada kaca di sana.
"Itu saya tahu. Tapi kenapa sampai dia luka begitu? Dia putus cintakah? Saya perhati tadi dia memakai cincin. Seperti cincin pemilikan. Boleh dikatakan itu cincin pertunangan," terang Ben meneka-neka.
__ADS_1