Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 54 Sebegini sukarkah bersama mu


__ADS_3

Seminggu berlalu namun Sebas belum berjaya mengetahui alamat tempat tinggal isterinya. Dalam seminggu itu juga hubungan mereka turun naik. Bagaikan roller coaster.


"Mulai hari ini kita makan malam di rumah saja. Kita juga akan tinggal sekamar. Tidak ada penolakan. Tidak ada alasan." tegas Sebas memutuskan keberadaan setiap petang.


"Menyebalkan," kritik Hana berpindah duduk.


"Asal kamu tahu, kita ini masih sepasang suami isteri." tekan Sebas mendekati isterinya.


Dia memegang tangan Hana lembut dan menatap dalam mata isterinya penuh tanya.


"Hana, mari kita perbaiki hubungan kita. Beri masa seminggu ini untuk kita memulai. Jika memang kita tidak dapat meneruskan, kita akan sama-sama puas sudah berusaha. Baru kita putuskan perpisahan." pinta Sebas ikhlas.


Hana menunduk menatap tangannya di pegang kemas oleh Sebas. Mahukah dia membuka hatinya untuk pemuda egois bergelar suaminya itu?


Sebas menyentuh dagu Hana, mengangkatnya dan memberikan gadis itu sebuah senyuman jujur.


Deg


Jantungnya hampir melompat keluar. Bukan mudah senyuman sebegitu terbit dari bibir pemuda kacak nan egois itu.


"Kita mulakan sekarang saja, ok isteri ku," ucap Sebas santai tidak kekok.


Deg


Hati Hana bergetar indah mendengar panggilan "isteri ku" dari suaminya.


"Ini bukan mimpikan? Ini nyatakan. Aku benar-benar mendengar dia memanggil ku begitu?" batin Hana gementar.


"Sayang, kamu kenapa isteri ku?" Sebas mendekatkan mukanya ke muka isterinya.


Deg


Cup


Satu kucupan lembut mendarat di pipi Hana.


"Mau lagi?" bisik Sebas di telinga isterinya.


"Ehh ehh bukan. Iya aku..."


Cup

__ADS_1


"Nah begitu kalau mau lagi. Bibir ini sedia berkhidmat," goda Sebas memegang dagu sang isteri.


"Bu..kan be..gitu mak..sud ku. A..ku mau ma..sak. Ini sudah petang." Ayat Hana terputus-putus mencari alasan meninggalkan Sebas yang bertingkah aneh.


"Begini rasanya mengoda isteri. Hihi..dia tidak marah. Bererti dia buka hatinya untuk ku. Yesss..." batin Sebas gembira bersiup riang.


Sedangkan Hana terburu-buru membuka peti sejuk membenamkab mukanya ke dalam untuk mendinginkan kepalanya.


Agak lama Hana berada di sana sehingga ada tangan yang menyedarkannya setelah bahunya ditepuk lembut.


"Isteri ku, sayang ok kah?" ucap Sebas hairan dengan tingkah Hana.


"Oh maaf, ini sedang cari bahan masakan. Susah pilih masak apa untuk malam ini," dalih Hana pura-pura memilih empat benda yang tinggal di dalam.


"Mahu pilih apa tu? Di sana cuma ada tauhu, mie, tomato dan chili. Atau jangan-jangan sayang sedang bersedih kerana aku belum beli apa-apa?" tebak Sebas membungkuk di samping isterinya.


"Bukan begitu. Aku..."


"Ya sudah. Itu untuk bahan sarapan esok saja. Mari bersiap untuk makan di luar." putus Sebas menarik tangan Hana.


Tidak lama kemudian Hana keluar berpakaian sederhana untuk makan malam.


Pakaian Hana



Pakaian Sebas



Melihat Sebas berpakaian begitu buat pertama kali sejak mereka tinggal bersama di sini menambah ketampanan lelaki itu.


"Izinkan aku membawa mu isteri ku." pinta Sebas menghulurkan tangannya dan di sambut teragak-agak oleh Hana.


Sebas memilih sebuah restoran Thai untuk dinner malam itu tanpa bantahan dari Hana.


Suasa semakin romantis saat mereka menikmati makanan yang dhidangkan.


Hana melayangkan pandangannya ke seluruh arah memperhatikan keadaan sekitar mereka yang semakin ramai.


Pasangan-pasangan berdatangan. Ada yang berdua mungkin bersama kekasih, suami, isteri, dan teman. Ada pula yang datang bersama keluarga.

__ADS_1


Suasana romantis restoran itu menambah kehangatan hubungan setiap yang datang. Terpancar dari muka-muka mereka kehangatan tersebut. Tawa dan gurau senda sesekali kedengaran dari pelbagai sudut.


Hana tersenyum sendiri kembali menikmati makanannya tanpa rasa kekok. Semua itu diperhatikan Sebas diam-diam dari keasyikannya melayan makanan kegemarannya.


"Bagaimana isteri ku kita sudah boleh pergi?" ucap Sebas menghulurkan tangan.


Dengan malu-malu Hana menyambut tenang tangan suaminya. Mereka beredar keluar dan berjalan perlahan berpegangan tangan.


Demikianlah mereka menghabiskan waktu bersama setiap hari. Dinner di rumah tidak pernah terwujud sejak dari hari itu.


Apa yang menjadi rutin mereka adalah sarapan bersama-sama setiap pagi. Di mana mereka selang - seli menyediakan sarapan pagi.


Dalam erti kata lain, mereka saling berusaha berlaku romantis melayan pagi bersama dengan sarapan.


Walaupun Sebas benar-benar berusaha membuka hatinya untuk Hana, kelihatannya sang isteri masih pada dirinya seperti di hari pertama mereka tinggal bersama dahulu.


Petang itu Sebas berdiri menyandar di balcony apartment sewaannya. Sesekali dia menghela nafas kasar sambil mengusap wajah tampannya.


"Mirana... kamu di mana sayang?" gumam Sebas sendu.


Dia membelek-belek ponselnya sambil melayangkan pandangan ke luar. Dia sudah banyak kali menelepon kekasihnya itu tetapi tetap hampa. Orang tua Mirana pun sama. Mereka tidak pernah menghubunginya walau hanya bertanya khabar dan memaklumkan bahawa mereka juga belum dapat mencari anak mereka.


Kesal dan rindu menebal di hati pemuda itu.


Dia menoleh melihat ke dalam dan kebetulan Hana keluar dari dapur memegang sebotol minuman.


Melihat sang isteri ke ruang tamu, Sebas tergerak untuk menemani gadis itu.


"Bawa apa?" sapa Sebas asal mendekati isterinya lalu menyambar botol minuman milik Hana lantas meminumnya..


Hana tersedak menelan sisa minuman di mulutnya. Dia terbatuk-batuk susah dan cuba berdiri. Tetapi di halang Sebas. Dengan lembut pemuda itu menepuk-nepuk sambil sesekali mengusap belakang isterinya.


"Sudah ok?" ucap Sebas lembut masih mengusap pundak sang isteri.


Hana hanya menganguk tidak memandang si suami. Berkata pun tidak. Wajahnya memerah malu diperlakukan begitu. Sebas menyandar senang mendapati sang isteri malu padanya.


Seperti hati Hana sudah terpaut pada sang suami. Jujur saja dia benar-benar ingin masuk ke dalam pelukan hangat suaminya saat ini. Ingin bermanja di sana membahas semua isi hatinya.


Tetapi dia sedar, tidak ada ruang untuknya di dalam hati sang suami. Usaha sang suami mendekatinya dalam hampir dua minggu ini sebenarnya berhasil.


Kebelakangan ini dia begitu lama di dalam kamar mandi bukan sekadar mandi biasa tetapi berendam di tub mandi sambil melepaskan tangisan.

__ADS_1


Dia akan mandi setiap kali hatinya sakit ketika mendengar sang suami mencuba berkali-kali menghubungi Mirana. Nama Mirana di sebut-sebut dalam marah Sebas setiap kali telepon tidak bersambung.


"Sebegini sukarkah bersama mu tuan Sebas? Haruskah aku tetap bertahan merebut hak ku sebagai isteri sah setelah kita bersama hampir dua minggu ini? Mampukah pendekatan kita yang kau ciptakan ini mengubah hati mu sepenuhnya untuk ku? Beri aku kepastian sayang." tatap Hana sayu bermonolog sendiri memandang suaminya.


__ADS_2