Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 24. Posisi duduk


__ADS_3

Hana merasakan goncangan pada tubuhnya semakin kuat.


"Hei bangun...bangun..."


"Tu..tu..tuan Se...Sebas.." terbata Hana tersedar dari tidurnya.


"Jadi itu hanya mimpi? Itu bukan nyata?" ucap Hana mengosok matanya. Dia merasa lega semuanya hanya sebuah mimpi saja.


Namun dia begitu terkejut mendapati pososinya yang memalukan. Apa tidaknya dia tidur terbaring di lantai koridor apartment yang dingin kepunyaan bossnya.


"Maaf tuan Sebas," Lalu dia berdiri dan menjauh dari Sebas.


"Mari masuk ke dalam di sini sejuk. Kita celebrate dahulu birthday kamu yang tergendala tadi" ucap Sebas manis penuh perhatian menghulurkan tangan kepada Hana.


Hana yang masih bingung samada ini realiti atau masih di alam mimpi menatap tangan Sebas yang akhirnya dia sambut mengikuti pemuda itu ke meja makan yang di hias sebegitu rupa.


"Wahhh cantiknya, saya suka. Tidak pernah ada yang buat begini sebelum ini kepada saya," mata Hana berbinar gembira melihat meja makan yang di tata indah oleh Sebas.


Sebenarnya itu sudah sungguh sederhana dan biasa saja untuk Sebas. Tetapi itu sudah sangat luar biasa bagi Hana.


Sebas merasa sangat dihargai dengan ucapan assistantnya. Iya assistant yang selalu dia buli dan sakitkan hati.


"Kalau begitu saya harus mendapat ciuman di sini," Sebas mendekati Hana sambil menunjukkan bibirnya. Nah sudah mula lagi ni si boss.


"Ehhh mana ada begitu tuan. Sembarangan saja bilang macam itu," kata Hana malu sendiri.


"Takutkah? Pada hal kamu mahukan? Jangan-jangan kamu sudah addicted dengan ini, iyakan? Anggap saja nanti itu hadiah."


"Hadiah?"


"Lupakan yang itu. Mari makan. Tapi sebentar dulu ya saya panaskan spaghetti ini. 5 minit saja," kata Sebas mengangkat spaghetti itu ke dalam untuk memanaskannya.



Para pembaca jangan pula ikut lapar ya. Saat ini author sudah lapar tergoda pada spaghetti di foto hahaha


Wangi harum spaghetti dari arah dapur membuatkan perut Hana sedang membuat konsert dan ada tari menari di dalam sana.


"Kruek kruak kreek kreuk" perutnya berbunyi riang ria tidak sabar setelah mencium bau harum spaghetti.


"Aduh kenapa ni perut tiba-tiba lapar sangat ni. Lamanya tuan Sebas," gumam Hana memegang perutnya.


"Taraaa selesai dipanaskan.... silakan di makan birthday girl," Sebas masuk dengan tiba-tiba meletakkan sepinggan spaghetti di hadapannya.


Dia sendiri meletakkan piring yang berisi makanan sama di atas meja di mana dia duduk.

__ADS_1


"Saya harap rasanya tidak lari kerana saya panaskan," ucap Sebas mengambil garpunya membenamkan mata garpu itu ke dalam meenya.


Mereka makan dalam keadaan sunyi yang sesekali terdengar bunyi sudu, garpu dan piring bersentuh. Kelihatan kedua orang itu seperti hilang dalam lamunan masing-masing.


Suasana canggung itu berterusan sehingga mereka menyelesaikan makan.


Hana berdiri mengemaskan peralatan makan mereka tanpa di suruh.


"Sebelum di suruh lebih baik buat sendiri. Paling pun saya juga yang akan kerjakan semua kerja membersih dan menyuci ini semua," batin Hana mengangkat semua ke sinki dapur.


Tanpa buru-buru dia mencuci semuanya sambil melamun. Suka sangat si Hana ini melamun.


"Ehemmm...hemmm.."


"Ehh..iya tuan.. tuan perlu pertolongan?"


"Cucinya sudah selesaikan?"


"Ahh iya ya tuan."


"Kita ke ruang tamu boleh?"


"Siap tuan, boleh."


Hana mengelap tangannya yang basah menjadi kering dan cepat-cepat menyusul tuan Sebas ke ruang tamu.


"Betul tuan."


"Bererti pengetahuan juga semakin bertambah, betul?"


"Emm iya tuan."


"Aneh sekali pertanyaan si tuan Sebas kali ini." Batin Hana.


"Bagus. Sebagai seorang birthday girl dan sudah bertambah pengetahuan. Tolong kemaskan dan bersihkan apartment ini."


"A...a...apa? Bersihkan apartment tuan?"


"Ya. Bersihkan malam ini juga. Cuci tandas lebih bersih dari biasa."


"Maksud tuan seluruh apartment tuan? Dalam satu malam ini?"


"Ya. Kamu belum faham atau pura-pura tidak mengerti?"


"Faham tuan, tapi sekarang bersihnya tuan?"

__ADS_1


"Yohana Johanes tolong bersihkan apartment ini sekarang. Lagipun kamu sudah dibayar dari deco dan makanan tadi, iya kan? Kerjanya, Now."


Hana melopong mendengar semuanya. Jadi apa yang indah menawan hati di atas meja makan tadi adalah satu umpan? Umpan agar dia mau buat semua pekerjaan membersih di apartment itu? Jadi semua itu penipuan mengelabui fikiran dan matanya?


Aduh malang seribu kali malang Hana di hari ulang tahunnya kali ini. Entah langkah kaki apa dia keluar rumah sehingga dia diperlakukan demikian di hari istimewanya.


Dengan kesal, Hana mengambil penyapu dan penyedok sampah mulai menyapu di ruang dapur.


Dia bukan saja menyapu tetapi mengelap semua benda yang mampu dia capai. Dia menyusun beberapa benda yang memang berselerak di dapur.


Ketika dia beralih ke ruang tamu setelah membersihkan tandas luar, jam sudah menunjukkan jam 10.30 malam.


"Jadi hamba di hari lahir. Betapa malangnya saya ada boss jahat macam tuan Sebas. Sudahlah di paksa ke sini. Sampai di sini, di suruh kerja begini lagi, huhuhu.. dasar tuan Sebas perut kerbau..issss."


Hana menekan kasar meja teh sewaktu mengelap di ruang tamu. Keringatnya bercucuran menandakan dia sudah penat bergerak membuat pekerjaannya.


Semasa dia beralih ke koridor luar di tempat di mana dia tertidur tadi, Hana sedikit mengigil kerana ada angin sepoi-sepoi menyapanya ketika dia menyapu lantai koridor dan mengelap dinding cermin.


"Brrrrrbbbb.."


Kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk di luar, Hana masuk semula ke dalam rumah dan mendapati tuan Sebas sudah tertidur nyenyak.


"Dasar kerbau, enak betul dia tidur. Pada hal saya kesejukan dan penat berkerja." gumam Hana terus membersihkan beberapa benda.


Dia mengambil kesempatan masuk membersihkan kamar Sebas kerana tuan Sebas tertidur di sofa ruang tamu.


"Nasib si kerbau sudah tidur. Kalau tidak, susah saya bersihkan roomnya," gumam Hana.


Dia tersenyum mengingat waktu dia pertama kali masuk room itu dan memakai baju besar Sebas.


"Kenapa waktu itu saya tidak nampak tandas luar ya?" gumam Hana berfikir.


Setelah beberapa lama di kamar tidur Sebas, Hana masuk pula di kamar mandi tuannya.


Kamar mandi itu bersih namun Hana tetap melakukan pekerjaannya dengan setia.


"Akhirnya selesai. Tinggal tempat tidur itu lagi. Selepas itu, semuanta bered," senyum Hana lega.


"Rupanya sudah jam 2 pagi. Dasar boss jahat." Gerutu Hana menukar bed sheet tempat tidur itu.


"Akhirnya..." Hana duduk di lantai di sebelah hujung kaki katil itu. Dia menyandar dan menguap beberapa kali. Dia meluruskan kakinya yang sudah mulai pegal-pegal.


"Penat yaaa minta ampun. Harap esok saya dapat bangun awal dan keluar awal dari rumah ini." Hana mendepakan tangan meregangkan badannya yang sudah penat.


Dia menguap lagi dan berubah posisi duduk. Dia meletakkan tangannya di atas tempat tidur menjadi bantal tidurnya malam itu.

__ADS_1


Selang beberapa saat di tertidur dengan posisi masih duduk seperti tadi.


__ADS_2