Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 52 Persetujuan mereka


__ADS_3

"Letakkan di sana, ya di sana," seru Cath di tempat persediaan pesta itu meminta Biba dan Hana meletakkan kotak besar yang mereka bawa.


"Ini berat sekali. Sakit pinggang ku mengangkat benda berat begini. Coba kalau ada tenaga lelaki. Benda berat begini mudah bagi mereka." keluh Biba menekan-nekan pinggangnya.


Cathy dan Hana hanya terkekeh mendengar celoteh Biba.


"Di kereta ada dua box lagi yang mau di angkat ke sini. Aku..." Belum habis Hana berkata-kata, seseorang berseru mendatangi mereka.


"Maaf aku terlambat. Aku sesat ke tempat ini tadi." Lambai Sebas tersenyum ramah kepada para gadis itu.


"Yeah ada tuan Sebas. Aku bolehlah duduk di sini sebentar meluruskan pinggang ku," ucap Biba gembira senang.


"Mmm Hana, kamu berdua dengan Sebas ambil box yang masih ada di kereta ya? Cepat!" perintah Cathy sambil memulakan kerjanya.


Hana hanya mencebikkan bibirya di minta bersama Sebas melakukan kerja.


"Kamu angkat kotak besar itu, nanti aku angkat kotak kecil ini," ucap Hana ketika mereka tiba di kereta.


"Kotak ini ringan. Isinya apa saja seringan ini," ucap Sebas hairan.


""Oh iya? Coba aku angkat," Lalu Hana mengangkat kotak itu dan ternyata kotak itu ringan. Mungkin dalam 8 kg.


"Ya angkat saja ke tempat Cathy." suruh Hana tanpa memandang tuan Sebas.


Dengan akur Sebas mengangkat kotak besar itu kembali ke tempat Cathy berada.


"Ahhh... kenapa kotak kecil ini berat?" rungut Hana memindahkan kotak kecil itu dengan susah paya.


"Kotak besar tadi ringan. Tapi ini kotaknya kecil tapi berat sekali. Apa Cathy masukkan ke dalam ta?" gumam Hana bertambah hairan.


Dia mengangkat kotak itu perlahan menuju ke lokasi pesta tadi.


Setiba di sana Hana berseru, "tolong aku angkat kotak ini. Beratnya ya minta ampun. Mau terlepas ni tangan ku. Pinggang ku juga sakit."


Dengan cepat Sebas yang berada tidak jauh dari Hana bergegas mendapatkan kotak berat itu.


Nah apa lagi reader, tangan mereka bersentuhan dan desiran aneh menjalar ke seluruh tubuh mereka.

__ADS_1


Sepanjang berkerja mengatur susunan dekorasi yang di minta klien, tawa ria mengema di tempat itu.


"Akhirnya selesai. Bolehkan kita rehat sebelum ikut serta pestanya?" pinta Biba mengerdipkan matanya merayu Cathy.


"Tidak perlu merayu begitulah Biba. Tidak di minta pun, kita tetap berehat juga. Kamu mengelukan bertingka begini," kekeh Cathy geli melihat tingka temannya itu.


"Ahh itu kenapa masih di sana, bahaya," ucap Hana menyedari ada sesuatu di atas palang dekorasi bunga pada pintu utama masuk ke tempat itu.


Dia bergegas ke sana menarik tangga berbentuk A yang belum dilipat itu dan meletakkan di bawah palang pintu lalu menaiki tangga mengambil benda itu.


Saat dia turun menginjak anak tangga terakhir, dia tergelincir dan jatuh.


"Hana!!!!"


Pekikan ketiga orang yang tadi sibuk bercerita sambil memerhati Hana memenuhi ruangan terbuka itu. Mereka berlari mendapatkan gadis malang itu dan mendapati tangannya berdarah.


Rupanya benda yang dia ambil dari atas palang pintu itu adalah sebilah pisau untuk digunakan memotong tangkai bunga.


"Hantar dia ke hospital cepat!" seru Biba menarik tangan Sebas.


"Iya, nanti aku telepon," hanya kata itu yang mampu keluar dari mulut Sebas yang terkejut.


*******


Setibanya di hospital, Hana terus di masukkan ke ruang kecemasan.


Keringat dingin mengalir di dahi Sebas. Dia merasa gusar dengan keadaan isterinya.


"Semoga dia baik - baik saja. Ku mohon moga dia baik-baik." ucap Sebas meramas kepalanya bediri mundar mandir di luar.


Tidak lama kemudian seorang jururawat keluar dari sana.


"Anggota keluarga pesakit?"


"Iya saya suaminya. Bagaimana keadaan isteri saya cik?" ucap Sebad tidak sabar.


"Pesakit sudah ditangani. Luka dalam pada tapak tangannya sudah di jahit. Begitu juga dengan lengan yang koyak terkena pisau. Syukur saja pisau itu tidak mengenai badannya yg lain. Tuan boleh masuk sekarang di katil nombor 8 ya." Terang nurse itu lalu pergi.

__ADS_1


Sebas berdiri resah di samping katil yang ditempati isterinya.


"Tuan jangan risau. Isteri tuan sudah ditangani. Dia akan sedar sebentar lagi. Oh iya ini hasil x-ray isteri tuan. Semua baik kecuali tangannya yang ini ada retakan kecil. Dia perlu tinggal di sini untuk pemeriksaan lanjut. Luka yang lain semua sudah dirawat."


Begitu penerangan doktor yang menangani keadaan Hana kepada Sebas. Setelah memberikan beberapa details doktor itu beranjak ke katil selanjutnya.


Sebas duduk di kerusi yang sudah tersedia, mengusap lembut rambut isterinya lalu mengelus pipi licin tanpa riasan itu.


Sebas menatap isterinya penuh perhatian sambil tetap mengelus-elus pipi milik Hana. Sehingga tiba-tiba gadis itu menggerakkan kepalanya menghentikan elusan dari sang suami.


Sebas membiarkan tangannya di sana menunggu reaksi lanjut isterinya itu. Dia bangkit lalu duduk di sisi katil isterinya dengan tujuan agar orang pertama yang dilihatnya nanti adalah dia.


Dan benar sekali dugaan Sebas. Saat Hana membuka matanya, dia melihat senyuman manis Sebas dan usapan dari sang suami menenangkannya.


"Kamu sudah sedar?" lembut suara Sebas menegur isterinya.


Hana menganguk lemah menjawab pertanyaan sang suami.


Sepanjang Hana dirawat beberapa hari di hospital itu, Sebas setia berada di sana menemaninya. Sehingga akhirnya dia keluar dari sana.


Tetapi Sebas tidak menghantar Hana kembali pulang ke rumahnya kerana Hana berkeras ingin pulang sendiri tanpa mengatakan alamat tempat dia tinggal.


"Kamu tinggallah di sini sehingga kamu sembuh. Kerana aku tidak akan biarkan kamu pulang sendirian sehinggalah kamu berikan alamat rumah mu," demikian Sebas membuat keputusan.


"Tapi tuan. Aku boleh meminta Cathy menjemput ku pulang. Lagi pun, tuan pasti sibuk." protes Hana kesal.


Segurit garis kecewa mencengkam hati Sebas apabila isterinya memanggilnya tuan.


"Mulai hari ini, panggilan itu ubah untuk diri ku. Mengerti?" tekan Sebas menatap tajam isterinya.


"Kenapa harus di ubah? Itu sudah tuan tekankan dari dulu, dari sewaktu kita baru disahkan sebagai pasangan suami isteri. Tidak ada panggilan lain. Kerana aku ini hanya pengganti yang tidak diinginkan, begitu yang tuan putuskan." ungkit Hana pada persetujuan mereka yang lalu.


"Itu dulu Hana." ucap Sebas lirih.


Entah kenapa kedua hati itu sakit. Sakit bagaikan ditusuk sembilu.


"Aku tinggal di sini dan aku sekarang sedang tidak berkerja. Kalau pun nanti aku berkerja, aku tidak masuk office dalam beberapa waktu ke depan." terang Sebas untuk meyakinkan isterinya keadaan sekarang.

__ADS_1


__ADS_2