
"Ramainya orang. Semua datang untuk temudugakah?" batin Hana gusar melihat begitu ramai orang sedang berdiri untuk masuk ke sebuah ruangan.
Dia merasakan persaingan sangat besar di tempat ini. "Huh .. peluang untuk layak dan diterima berkerja di tempat ini tipis." Namun Hana terus menguatkan hatinya bersedia untuk temudyga yang kesekian kalinya dalam beberapa minggu ini.
"Silakan beratur ya. Pastikan anda mendapatkan nombor anda di sana dengan mendaftar nama anda berserta keterangan lain sesuai surat tawaran panggilan anda, terima kasih," terang seorang wanita bersangul kecil di depan pintu ruang itu kepada semua yang hadir.
Saat Hana mahu melangkah maju, tiba-tiba seorang gadis berkaca mata tebal menepuk bahunya.
Sepertinya gadis itu baru habis berlari kerana dia masih kesukaran bernafas dengan normal.
"Maf, saya sudah terlambatkah," katanya terbata-bata mengejar nafas.
"Kamu datang tepat pada waktunya. Tenang saja kita akan masuk ke ruangan itu untuk laor diri," jawab Hana tersenyum manis pada gadis tadi.
Setelah mereka mendaftarkn diri, mereka mencari tempat duduk masing-masing menunggu dipanggil ke dalam.
"Oh iya nama saya Kembang," perkenal gadis berkaca mata tebal itu menghulurkan tangan memberi salam.
"Kembang?" ucap Hana menyambut salam gadis itu
"Ehh maf, nama saya Cassy Cassidy. Kembang itu nama ku di kampung," ucap Cassy malu-malu.
"Oh, iya tak apa. Mungkin lebih akrab klau di panggil Kembangkan?" tutur Hana mesra.
Kembang hanya tersenyum mesra mengangguk pertanyaan Hana.
"Saya Yohana Johanes. Panggil aja Hana," senyum Hana memperkenalkan diri.
"Ohana.. keluarga," ucap Kembang senang.
"Iya maksud nama ku memang begitu, keluarga," terang Hana sambil membuka beg kecilnya.
"Hello selamat datang. Diharapkan semua hadirin selesa menunggu di sini ketika menunggu giliran ya. Oleh itu hadirin boleh menikmati makanan yang Syarikat sediakan di ruang sebelah sini. Jangan segan. Memang makanan itu untuk anda semua. Anda bebas menikmati makanan di sana sebelum mahupun setelah temuduga anda nanti," terang seorang pegawai yang baru masuk ke ruangan menunggu itu.
Semua yang ada di ruang itu tersengih-sengih diperlakukan begitu. Mereka serentak mengucapkan terima kasih dengan layanan yang diberikan.
"Wah beruntung yang dapat masuk kerja disinikan? Sangat sangat beruntung. Nanti boleh bungkus bawa pulang," kata seorang wanita cantik seperti iri kepada pekerja di sana.
"Betul itu. Lihat saja kita. Kita belum ada apa-apa dengan syarikat, kita sudah diperlakukan dengan sangat baik. Serasa kita pun sudah jadi pekerja disini. Tapi kalau diberi makan begini kemudian dipotong gaji, lebih baik makan di luar saja la," ucap seorang wanita lain yang kelihatan sangat anggun.
"Kalau syarikat ini betul-betul buat begini setiap hari kepada pekerjanya, rugilah syarikat. Dan kalau benar seperti apa yang dia ucapkan, pekerja rugi juga," tokoh seorang pemuda.
Dari itu terjadilah beberapa umpatan dan pandangan diantara yang ada di dalam ruang itu.
__ADS_1
Walaupun begitu, bukan semua ikut menokok tambah pandangan ucapan-ucapan mereka.
Tidak berapa lama kemudian suasana berubah sepi ketika panggilan masuk memulakan temuduga. Satu persatu nama mereka dipanggil ke dalam.
"Huh ..leganya," ucap Hana menghela nafas.
"Gimana, ada harapan?' Kembang menepuk bahunya lagi menyeringai.
"Tunggu aja keputusan. Kalau berhasil, pasti ada panggilan itu," kata Hana berjalan beriringan bersama Kembang.
"Saingan agak sengitkan? Kalau dilihat dari begitu ramai yang hadir dan rata-rata anggun kacak berkarisma, hmmm... saya harap kita lulus seleksi," harap Kembang.
Hana hanya melirik orang yang baru dikenalnya sambil mengiyakan ucapannya tadi.
Dia juga merasa saingan agak sukar dalam pemilihan nanti. Pada waktu menunggu tadi, dia tidak memperhatikan terlalu details keadaan sekitar di ruang luas itu. Jadi dia tidak pasti dan mengingat siapa yang hadir.
Lagipun dia dan Kembang sibuk berchat di dalam Whatsapp tanpa sedar siapa yang ada di sekitar mereka.
"Hana, terima kasih ya kerana sudah sudi berteman dengan saya dan bertukar nombor telepon," Kembang tiba-tiba memeluk Hana dengan hangat.
"Iya masama Kembang. Nanti selalu ya kirim kabar. Kalau sudah dapat pekerjaan," balas Hana memeluk Kembang.
"Sebenarnya kalau boleh tanya, kenapa nama kamu Kembang? Nama asli kamu Cassy kan?" Hana menoleh ke arah Kembang yang sedikit gempal berkulit putih dan halus.
"Nasib aja itu sepupu mu. Kalau dia orang lain, boleh dipanggil kumbang tu orang," kekeh Hana merasa lucu.
"Kembang!!!" panggil sebuah suara boriton tiba-tiba dari sisi mereka.
"Kumbang... kamu sudah datang? Awalnya.." seru Kembang melambai orang yang dipanggilnya kumbang.
"Saya pergi dulu ya Hana. Bye.."
"Bye"
******
Brughhh
Prang!!!!
"Ahhhh..."
"Kamu..."
__ADS_1
Keduanya bertatapan penuh marah.
Seorang mengepal tangannya.
Seorang terlopong dengan mata terbelalak.
"Kamu harus bayar. Kalau bukan kamu, benda itu tak jatuh dan pecah," marah Hana membesarkan matanya.
"Hello orang sana. Kalau kamu ada mata sebesar itu, mana mungkin kamu tidak melihat saya sebesar ini di sini dan melanggar saya??" Begitu marahnya Sebas dengan kejadian itu.
"Saya tidak peduli. Itu tetap salah kamu lelaki aneh. Bayar!!"
"Eh gadis aneh, kamu mau memeras saya?"
"Memerasa apa pula. Inikan salah kamu lelaki aneh."
"Ok saya akan bayar tapi dengan syarat. Ikut saya keluar dari tempat ini selepas saya bayar di cashier," Sebab memegang tangan Hana dan menariknya ke tempat pembayaran.
Setelah urusan selesai di sana, mereka keluar bersama.
"Lepaslah. Tangan saya sakit..." ucap Hana cuba melepaskan tangannya.
Namun pegangan Sebas semakin ketat pada tangannya. Dia menarik Hana lebih cepat menuju sebuah taman.
"Hei lelaki aneh, apa kamu mau hah? Memang tadi itu salah kamu. Terima kasih sudah membayarnya. Sekarang lepaskan saya,"
"Diamlah.."
"Saya lapar tau"
"Itu urusan mu, bukan urusan ku"
"Saya laparrrrrr...saya mau makan. Lepaskan.."
"Garang juga singa lapar ni."
Perbalahan mereka berterusan tanpa memedulikan keadaan sekitar mereka. Syukur saja menuju ke arah taman tidak ramai orang begitu pun di taman ketika itu.
Bring yang mengikuti mereka dari jarak yg sedikit jauh hanya melihat mengerutkan dahinya.
"Bukankah itu gadis yang sama ketika di ruang luar bangunan dulu? Mereka ada apa ya? Setiap bertemu mesti begini."
Bring cuba mempercepatkan langkahnya mendekat kerana ingin tahu keadaan sebenar. Kali ini dia tidak mahu lagi teryanya-tanya apa yang berlaku.
__ADS_1
Kerana dari hari itu sampai ke hari ini, Sebas tidak pernah lagi mengungkit tentang kejadian bersama gadis yang dia tarik paksa sekarang.