Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 26 Dunia ini milik mereka


__ADS_3

Satu hari sewaktu Hana menyusun file yang sudah diperiksa oleh Tuan Sebas ke tempatnya, Bring memperhatikannya penuh selidik di celah pintu.


"Saya tidak mengerti. Tetapi saya harap tuan tidak terlambat untuk sedar sesuatu," ucap Bring menutup pintu lalu duduk di hadapan Sebas.


"Maksud kamu apa?"


"Oh tidak ada apa-apa. Saya cuma cakap kepada diri sendiri," ucap Bring menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Hmmm.. klau tidak ada apa-apa, tolong panggil assistant saya itu dulu."


Bring keluar dan memanggil Hana masuk.


"Hairan. Biasanya tuan akan panggil saya menggunakan telepon. Kenapa hari ini Tuan Bring yang suruh masuk pula?"


Hana mengangkat bahunya tidak mengerti membuntuti tuan Bring ke dalam pejabat tuan Sebas.


"Bacakan aktiviti apa saja untuk saya lakukan minggu ini dan minggu depan."


"Baik tuan. Sebentar."


Hana membuka buku catatannya dan mulai nembacakan jadual Sebas dalam dua minggu kedepan.


"Hmm adakah ini sesuai dengan catatan kamu juga Bring?" soal Sebas menyandar pada kerusi kebesarannya.


"Ya tuan. Catatan kami adalah sama tuan Sebas. Cuma satu yang Hana terlepas pandang tadi. Segala urusan dalam dua minggu ke depan akan di lakukan di apartment tuan dan bukannya di hotel ketika di sana."


Hana mengerutkan dahinya berfikir keras kesalahan catatannya yang tidak dia tulis.


"Oh ok terima kasi Tuan Bring. Saya sudah faham kenapa saya tidak ada mencatat tentang soal tinggal di apartment bukannya di hotel. Waktu itu tuan suruh saya melayan panggilan telepon dari syarikat Vata. Maaf atas kelalaian saya."


Perbualan mereka seputar urusan pekerjaan berlangsung beberapa lama sehingga akhirnya Hana keluar dengan perasaan sebal.


"Dua minggu itu satu jangka masa yang lama, tahu!!" marah Hana tidak puas hati menyusun beberapa buah file ke dalam rak berkunci disampingnya.


"Ehem..kamu kenapa marah-marah?" selidik seorang staff yang kebetulan melihat Hana mengomel dengan muka cemberut.


Hana mendongak melihat staff comel di depan mejanya tersengih.


"Ah kebetulan sekali. Kamu boleh tolong sayakah? Kerjanya sangat mudah. Kalau setuju, saya akan beri tips lebih."


"Hmm.. tolong apa tu? Tipsnya berapa? Kalau setakat 100 sehingga selesai, tak mahulah."


"Saya beri tips 100 sehari. Nah kamu hitunglah uda berapa kalau 10 hari? Semua yang lain ditanggung syarikat. Kamu mahu terima tawaran saya?"


"Hmm apa kerjanya. Seperti menarik."


"Mestilah menarik. Kamu ikut tuan Sebas mengurus kerja di Pulau Jeju untuk 2 mingg penuh."

__ADS_1


"Wah!! Itu sudah sangat hebat. Tawaran yang berbaloi. Bolehlah bersama tuan handsome tu dua minggu."


"Jadi kamu mahu terima tawaran untuk ganti saya ke Pulau Jeju? Terimlah please. Nanti saya beri tahu tuan tentang kamu ganti saya ke sana."


"Ehem...maaf ya, tidak ada sesiapa yang akan menggantikan kamu ke Pulau Jeju. Itu sudah tugas kamu sebagai assistant saya. Kamu boleh pulang bersiap untuk berangkat malam ini Hana."


Tiba-tiba tuan Sebas mencelah perbualan mereka dengan ketus. Sejak bila tuan Sebas berada di sana, mereka berdua tidak tahu.


"Macam hantu saja tiba-tiba ada di sini. Huh ..terpaksalah ikut si batu ini ke Korea." batin Hana sambil mengemas sling begnya.


Staff wanita tadi menunduk memberi hormat lalu berlalu menuju ke sebuah bilik store.


********


Sepanjang perjalanan penerbangan mereka ke Korea tidak ada perbualan antara Sebas dan Hana yang duduk berdampingan.


"Aduh lamanya mendarat. Ini sudah dua kali pergi ke luar negara ikut boss batu. Harap kali ini semua ok tidak seperti ketika ke Singapore."


Hana terus melamun sehingga tanpa sedar dia tertidur. Sebas yang asyik meneliti sedikit pekerjaannya tidak memedulikan assistantnya itu.


Beberapa minit kemudian kepala Hana melentuk mendarat di bahu Sebas. Dia membetulkan letak kepalanya tanpa sedar. Mimpinya indah sekali tanpa terganggu.


"Hmmm," gumam Sebas menoleh memandang kepala assistantnya di bahunya.


Harum wangi lemon rose rambut Hana menarik perhatiannya. Sebas mengerakkan kepalanya menghidu bau rambut gadis itu.


"Hmmm segar, wangi. Saya tidak pernah mencium wangi shampoo begini. Dia pakai shampoo jenama apa ya? Hmm."


Dalam beberapa minit Sebas pun turut tertidur dengan senyuman kecil terukir di sudut bibirnya.


*******


"Hari ini dan esok kita rehat dulu. Sediakan keperluan untuk meeting saja di atas meja itu." perintah Sebas.


Hana menurut dan menyediakan semua bahan meeting di atas sebuah meja yang di reka khas untuk keselamatan bahan meeting.


Kreuk kreuk kreuk


Perut tidak pernah berdusta bila soal makan. Semakin di tahan semakin kuat pula bunyinya. Wajah Hana memerah mendengar perutnya bergendang minta diisi.


"Lapar?"


Hana mengangguk lesu memandang tuan Sebas.


"Hmm kita keluar cari makan dulu." ucap Sebas menyambar dompet kulitnya di atas meja. Hana membuntuti tuan Sebas tanpa kata.


Mahu menipu belum lapar, tapi perutnya berkeriuk bertubi-tubi mendentum di balik baju nipisnya.

__ADS_1


Hana sedikit hairan sejak bila sebuah kereta dan seorang driver sudah siap menunggu mereka di luar apartment sederhana itu.


Dia cepat-cepat berjalan mendahului tuan Sebas membuka pintu kereta membiarkan bossnya masuk dahulu.


Namun Sebas tetap berdiri di depan pintu tidak masuk malah bermuka masam.


"Mulai hari ini, kamu tidak perlu buat macam ini. Saya tidak suka. Kamu masuk," perintah Sebas ketus dengan muka batunya.


Ahh entah sejak bila tuan Sebas ini suka sangat tunjuk muka batu.


Mereka kemudian sampai ke sederet kedai di mana Sebas masuk ke sebuah kedai bertulisan korea dan english 뷔페 Buffet.


Hana sedikit ragu untuk masuk tetapi kemudian merasa tenang setelah melihat terdapat banyak tulisan english di sana.


"Kita ambil makanan bersama, ini dulang piring kamu," ucap Sebas datar.


Hana menyambut dulang yang berisi piring, 3 biji mangkuk kecil dan sudu.


Ketika mengambil makanan di meja buffet, Sebas akan mengambil semua makanan yang Hana mahu.


Mereka duduk di sudut kedai sederhana itu dengan pemandangan luar kedai yang agak sibuk.


"Kamu pengemar tauhu dan produk makanan vege?" ucap Sebas memperhatikan beberapa ketul tauhu dan yang lain dalam dulang Hana


"Ummm.." singkat jawaban Hana tanpa memandang tuan Sebas.


"Makan perlahan jangan terburu-buru. Kita ada banyak masa untuk menikmati makanan di sini," ucap Sebas menghulurkan tangannya lalu membersihkan hujung bibir Hana yang terkena sos tauhu.


Kemudian dia menjilat jarinya yang dia gunakan untuk membersihkan sos tadi.


Hana membesarkan mata tidak percaya.


"Tuan..."


"Ya ada apa?" begitu santai tuan Sebas bertanya kembali kepada assistantnya.


"Sini saya suapin kamu dengan yang ini. Ini sedap tahu. Cubalah, buka mulut, ahhhh..."


Sebas menyuapkan mushroom daging guletin ayam dengan hati-hati kepada Hana.


"Ahhhumm...iya ini sedap sekali," kata Hana di antara kunyahannya menikmati menu baru masak Korea itu.


"Suka?"


"Iya saya suka, mahu lagi. Tuan ambil di mana tadi?" Mata Hana melilau mencari masakan menu tadi diletakkan.


"Tak apa, sini saya suapkan lagi."

__ADS_1


Perasaan asing dan kekok akhirnya hilang di antara mereka. Mereka saling menyuapkan makanan, tertawa senang, saling beradu tatapan dan bercanda ringan.


Sebas sangat senang berada dalam situasi ini. Dia merasakan dunia ini milik mereka berdua saja. Hatinya benar-benar berbunga mekar. Entah kenapa perasaan itu sangat menyenangkan.


__ADS_2