Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 32. Menyerahkan


__ADS_3

Pagi itu Hana bangun seperti biasa. Dia melakukan rutinnya terlebih dahulu kemudian keluar dari kamarnya menuju dapur.


Ketika dia memasuki dapur, tuan Sebas sudah lama duduk di sana mencicip hot milknya.


"Selamat pagi tuan," ucap Hana biasa.


"Ya selamat pagi. Bagaimana tidur kamu tadi malam setelah pindah ke kamar tidur?"


"Mestilah rasa lebih selesa dan arghhhh... macam mana saya berada di kamar sendiri semalam? Bukankah saya tidur di sofa?"


Hana sedikit terpekik terkejut menyedari kenyataan bahawa dia tidur dengan sangat selesa tadi malam.


"Benar kamu tidur sangat selesa tadi malam?"


"Iya ya ya tuan. Saya tidur sangat selesa. Tidak pernah saya tidur begitu nyaman semalam. Sangat selesa. Saya seperti dibungkus sesuatu yang membuatkan saya nyaman tidur."


Begitu panjang lebar Hana memberi tahu tuan Sebas keselesaannya tadi malam.


Kerana begitulah kenyataan yang dia rasakan tadi malam. Dia merasa cukup nyaman dengan suasana yang sedikit hangat. Kehangatan itu membantunya tidur dengan sangat baik.


"Maaf kerana menggendong kamu semalam masuk ke room kamu. Saya tidak sanggup bangunkan kamu yang sudah tertidur dan kesakitan dengan jari yang membengkak. Bagaimana jari kamu pagi ini?"


"Jari?" Hana menunduk memandang jari-jarinya.


"Argggh tidak. Kenapa masih begini?" Pekik Hana menyedari cincin berlian itu masih tersemat indah di jari manisnya yang membengkak.


"Biarkan begitu dahulu. Apabila sampai waktunya kita akan cari ikthiar untuk menanggalkannya," ucap Sebas tenang.


"Tapi ingat, berlakulah seperti kita ini couple selagi cincin itu ada pada jari kamu. Kita jalani hari-hari kita sebagai couple yang benar." Lanjut Sebas menatap manik indah milik Hana.


Wajah Hana merona merah mendengar ucapan tuannya. Bulu tengkuknya merinding. Dia merasa hidupnya akan pasti berubah parah.


"Dan lagi, saya suka di cium. Maka itu, kamu bebas mencium di mana pun pada muka ini pada bila-bila masa yang kamu mahu ."


Makanan yang ada di mulut Hana tersembur setelah mendengar ucapan datar Sebas. Dia terbatuk-batuk terkejut tidak percaya.


"Hmmm, makan baik-baik. Saya tunggu kamu di kereta." Sebas berdiri meninggalkan Hana dalam kekalutannya.


"Argggh dasar boss kepala kuda. Arahan apa tu begitu? Dasar boss aneh." Gerutu Hana sambil mencuci semua peralatan makan mereka.

__ADS_1


***********


"Tuan! Pakai payung. Hujan ini," teriak Hana memanggil Sebas.


Sejak kejadian dua hari lalu di apartment tuan Sebas, hubungan kedua orang itu terus berantakan.


Petang ini saja Sebas keluar dari sebuah kedai makan sederhana tanpa mempedulikan teriakan Hana. Dia merasakan assistantnya itu lebih gembira kalau cuaca begini. Di mana cuaca buruk ini boleh menjadi alasan untuk menunda pertemuan bisness dengan dua lagi syarikat yang akan mereka temui petang itu di dua tempat berbeza.


Sebas sedikit menggigil setelah mereda hujan menuju ke kereta. Pemandunya yang memang sudah setia menunggu di dalam kenderaan itu melopong melihat tuannya basah ketika masuk ke dalam kereta.


Dengan buru-buru dia pun mencapai sebuah beg kecil yang selalu dia letakkan di sebelahnya untuk situasi kecemasan seperti saat ini. Dia kemudian mengeluarkan sehelai tuala dan menghulurkannya kepada Sebas.


"Kunci pintu." perintah Sebas.


Dengan patuh pemandunya itu menekan tombol kunci untuk semua pintu kereta. Dia juga menekan sebuah tombol lagi yang menjadikan cermin kereta mengelap dan sebuah tirai memisahkan Sebas dan pemandu itu.


Knok knok knok


Ketukan dari luar kereta mengejutkan kedua orang pemuda di dalam kenderaan itu setelah beberapa minit berlalu.


"Buka kuncinya," perintah Sebas kepada pemandunya.


"Masuk," datar dan tegas suara Sebas mengarahkan seseorang masuk ke dalam kereta.


"Tiba di tempat itu nanti, pastikan semua sudah ready. Faham?" dingin sekali tuan Sebas membuka kata kepada Hana.


"Baik," sepatah kata itu saja yang mampu Hana katakan lalu berpaling ke luar jandela.


Suasana di luar sana masih hujan renyai-renyai dengan pemandangan bumi yang basah.


Walaupun Hana memakai payung, tempias air hujan tetap mengenainya. Dia berusaha bersikap dengan duduk tenang membiarkan beberapa bahagian pakaiannya yang basah terjuntai tidak di sentuh.


Perbuatan Hana yang relax mangabui Sebas. Jadi pemuda itu membiarkan assistannya duduk memandang ke luar sehingga mereka tiba ke destinasi.


Hana sedikit hairan bagaimana bossnya ini boleh menemui klient dengan pakaian kering. Dari mana pakaian itu datang?


Dia kemudian meminta kebenaran dari Tuan Sebas untuk ke toilet setibanya mereka di tempat yang dijanjikan.


Apabila sampai ke lorong bilik air, Hana tidak masuk ke sana melainkan mengikuti seorang pekerja cleaner ke pintu belakang dan dengan buru-buru pula menuju ke salah sebuah AC.

__ADS_1


Hana sedikit kedinginan kerana ada pakaiannya yang basah menyentuh kulit.


Dia berdiri di bahagian belakang aircond itu berputar-,putar. Hawa panas dari belakang mesin aircond di bangun itu sedikit melegakan Hana.


Setelah beberapa lama berdiri berputar-putar di sana, akhirnya pakaian gadis itu hampir semuanya mengering.


Tiba-tiba telepon bimbit gadis itu berdering. Tanpa buang-buang waktu, Hana mengambil teleponnya lalu menerima panggilan itu.


"Hello,"


"Kamu di mana? sudah hampir 15 minit kamu menghilang masuk ke toilet. Kamu kenapa?"


"Ehh tuan. Iya sebentar lagi saya masuk."


"Hmm iya jangan lambat. Mereka mungkin hampir masuk ke sini. Cepat."


Hana tersengih mengingat dia tidak menjawab pertanyaan bossnya. Malah dia terus memaklumkan kalau dia akan masuk sebentar lagi.


Dia meraba-raba pakaiannya yang dia rasa masih belum kering sepenuhnya, memeriksa dan menampar-nampar tempat yang masih sedikit lembab itu agar cepat kering.


Sebas sedikit resah kerana assistantnya belum juga masuk setelah 5 minit berlalu.


Ceklak


Pintu terbuka dan masuklah 3 orang asing yang Sebas percaya adalah team dari syarikat yang mereka akan berkerja sama nanti.


"Oh stop!!!" satu teriakan menghentikan gerakan pemuda yang membukakan pintu kepada tuannya tadi.


"Thank you Sir," ucap gadis itu menundukkan kepalanya sambil tersenyum.


Dia mendorong sebuah meja beroda yang kecil di mana ada beberapa makanan tersedia di atasnya. Kelihatan makanan itu masih panas dari wap yang menguap.


"Selamat petang tuan-tuan. Silakan duduk. Terima kasih sudah datang." ucap Hana penuh semangat tapi lembut dan sopan.


Setelah semuanya sudah duduk di tempat masing-masing, Hana menyajikan secawan hot koko kepada semua orang.


Dia mengatur kembali teko yang digunakan tadi agar tetap isinya panas seperti yang diajarkan oleh pekerja tadi.


Sebas memandang Hana hampir tidak percaya dengan apa yang dia lihat di depan mata. Banyak sekali pertanyaan yang ingin dia utarakan, namun dia hanya mendengus kesal. Dia mengambil cawannya lalu menyicip sedikit hot koko itu untuk mengelak kemungkinan klientnya curiga.

__ADS_1


Hana duduk berhampiran tuan Sebas lalu memulai perbincangan mereka sebelum menyerahkan sepenuhnya perbincangan itu kepada tuannya.


__ADS_2