
Kekasih pujaan hatinya sudah berada di dalam pelukan memenuhi malam indahnya. Segala perasaan mereka salurkan malam itu penuh bahagia.
"Sayang, itu baju siapa yang ada di almari kamu. Ada beberapa helai pakaian perempuan di sana," kata Mirana manja membelai dada Sebas.
"Pakaian wanita?" Sebas bangkit menuju almari bajunya dan mendapati memang benar ada beberapa helai pakaian wanita tergantung rapi di sana.
"Hana..." gumamnya pelan menatap setiap helai pakaian yang dia belikan kepada isterinya.
Pakaian itu masih baru. Dia yakin pakaian itu utuh belum disentuh sang isteri. Kerana memang baju-baju itu di sana untuk mengabui orang tuanya kalau itu hanya sekadar alibi agar mereka tidak kedapatan tinggal di kamar berasingan.
Sedikit ngilu di hati apabila mengingat isterinya. Dimanakah dia? Ke mana harus dia cari wanita itu? Tetapi haruskah dia mencarinya, sedangkan kekasihnya sudah ada di sini dalam pelukannya dan pasti malam-malam kedepannya wanita ini akan mewarnai hidup rumahtangganya.
Kerana setelah ini mereka akan menikah dan Hana? Ya dia dan Hana akan bercerai dan berpisah. Perlukah dia peduli kepada isterinya itu? Kalau peduli pun, mereka tetap akan bercerai. Jadi untuk apa peduli?
Tapi kejadian malam itu masih segar dalam ingatannya. Dia sedar dengan semua perbuatan yang sudah dia mulakan ke atas diri Hana.
Dia bingung dengan perasaannya kala bersama isterinya. Perasaan tidak suka itu membuak-buak setiap kali melihat isterinya. Tetapi saat sudah berdekatan dia tidak tahan kalau tidak memandang isterinya.
Namun setiap memandang Hana, dia pura-pura menunjukkan wajah datar dan tidak suka apabila bersama dengan isterinya di satu tempat yang sama.
Dari itu dia selalu mencari cara agar mereka saling tidak bersapa. Kerana dari bertegur sapa itu pasti mereka akan bertatapan dan dekat di antara satu sama lain.
Dari kejadian malam itu, sudah beberapa hari isterinya menghilang.
"Sayang? Melamun pula dia. Baju siapa itu?"
Tegur Mirana yang sudah berdiri di samping Sebas dan menepuk bahu pemuda itu.
"Ummm nanti saja aku ceritakan ya sayang. Kita cari makan dulu baru bahas soal yang ini," pujuk Sebas menarik tangan wanitanya.
Mirana sedikit menolak saat dia di bawa menjauh dari almari itu.
"So kita mahu makan apa?" tanya Sebas mendudukkan kekasihnya di sofa ruang tamu.
Dia mencengkung dihadapan wanita cantik itu bersikap romantis bagaikan Romeo dan Juliet.
"Kita makan apa untuk dinner huum..?"
Tatap Sebas mengelus lembut tangan Mirna.
"A..aku mahu makan makanan Korea," sedikit terbata wanita itu menjawab pertanyaan kekasihnya.
"Huum iya sayang. Kita mahu makan di sini atau di restoran Korea?" Ucap Sebas sambil mengucup lembut tangan Mirana.
__ADS_1
"Terserah kamu aja honey. Di mana kamu mahu aku ikut aja. Lagi pun sayang yang bayar bukan?" jawab Mirana manja senang dilayan bak puteri.
"Kita dinner di restoran Korea sajalah. Lagi pun ini masih jam 9 malam." senyum Sebas memutuskan tempat makan malam mereka.
Setiba di restoran Korea itu, mereka memilih duduk di tingkat atas dekat jandela terbuka.
Semua pemandangan di sekitar tempat itu jelas kelihatan dari sana menambah suasana romantik.
"Sayang, aku ke toilet sebentar ya." Mirana berlalu meninggalkan Sebas setelah diizinkan pergi.
Saat ketiadaan Mirana di sana, Sebas melayangkan pandangannya ke bawah menikmati suasana kota yang sibuk.
Di seberang sana seseorang mendapat fokus perhatian Sebas.
"Hana..." gumamnya terus memandang Hana yang tertawa lepas mengibaskan rambut panjangnya.
Wanita yang masih berstatus isterinya itu kelihatan cantik berseri berjalan santai bersama beberapa orang wanita.
Hati Sebas tergerak untuk pergi mendapatkan isterinya tetapi dia urungkan apabila Mirana muncul dan kebetulan pelayan juga datang membawa pesanan mereka.
Sebas menghela nafas dan memberikan senyum paksa kepada buah hatinya.
"Sudah selesai sayang?"
Sebas ikut tertawa dengan gelagat Mirana yang selalu mengodanya.
Makan malam mereka berjalan lancar di selang tawa ria keduanya sambil sesekali bersuapan mesra.
********
Di apartment, pasangan belum halal itu duduk menempel di sofa sejurus pulang dari dinner.
"Jadi ceritakan kepada ku tentang baju perempuan di almari mu sayang. Aku pasti itu bukan baju ku. Kerana aku tidak pernah menyimpan pakaian ku di sana." Pinta Mirana.
"Baiklah akan ku ceritakan. Tetapi aku mahu sayang berjanji tidak mengamuk atau melakukan apa pun yang tidak baik. Kerana aku tidak suka memujuk berjam-jam." terang Sebas datar.
"Iya sayang, as you wish." ucap Mirana riang membentuk jari v kepada Sebas.
Sebas mencubit pipi wanitanya lalu menceritakan kebenaran bahawa dia sudah menikah.
Mirana melongoh mendengar kenyataan di hadapannya. Ada sedikit kesal di hatinya. Tetapi pada masa sama dia turut senang.
"Sayang mencintai isteri sayang?'
__ADS_1
"Sayang ku Mirana, aku hanya mencintai kamu seorang saja sayang."
"I love you too Sebas," ucap Mirana memeluk Sebas.
"Jadi sekarang setelah mengetahui kamu akan pulang, wanita itu pergi sebelum di suruh meninggalkan apartment ku. Kami sudah lama tidak berhubung. Keadaannya pun aku tidak tahu sayang," demikian Sebas menceritakan kisah hidup terakhirnya sebelum kembalinya Mirana kekasih hati ke pelukannya lagi.
Jauh di sudut hati Sebas dia ingin tahu isterinya dalam keadaan bagaimana. Dia juga ingin bertemu isterinya untuk melihat sendiri dia baik-baik saja.
"Ehh sayang melamun lagi? Sayang rindu isterikah?" ucap Mirana memayunkan mulutnya.
Dia sendiri bingung dengan dirinya. Ada sesuatu tersimpan di hati hanya dia yang tahu.
Dia bangkit berdiri beralih menuju balkoni menutralkan diri. Saat dia pergi, Sebas sedikit hairan.
Marahkah Mirana? Cemburukah dia? Kecewakah kekasihnya itu?
Sebas berganjak mengejar Mirana mahu memujuk wanita tambatan hatinya itu.
"Sayang.. aku minta maaf. Aku...."
Mirana meletakkan jarinya pada bibir pemuda tampan itu menghentikan ucapannya.
"Shhhh aku mengerti sayang. Aku tahu kamu bukan bermaksud seperti itu."
Satu pelukan dia berikan kepada Sebas menenangkan kedua hati yang penuh tanya tanpa mereka ungkapkan.
Pasangan itu menghabiskan beberapa minit di balkoni dalam pelukan yang saling menenangkan.
Mereka membawa fikiran masing-masing ke mana-mana tanpa sepotong kata.
Suasana malam yang semakin pekat dan dingin memaksa mereka untuk kembali masuk ke dalam apartment itu.
"Sudah tenang, huum?" soal Sebas menatap Mirana kala mereka dudyk lagi di sofa depan tv itu
Mirana hanya mengangguk dan memberikan senyuman kepada soalan Sebas.
Apabila mendapat jawaban dari kekasihnya, hati Sebas berbunga dan sangat tenang. Dia lantas duduk di sisi Mirana memeluk bahunya.
***********
Para reader yang di hormati.
Maaf uploadnya jarang terhasil.
__ADS_1