Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 5. Keinginan terbesarnya


__ADS_3

Seorang pemuda masih berbaring terlentang di ranjangnya mengeluh. Kesalnya menumpuk.


"Kenapa setiap kali terjumpa gadis itu, pasti ada saja masalah timbul? Aneh betul perempuan itu. Awas saja kalau saya jumpa dia lagi. Awas..."


Sebenarnya siapa yang aneh Sebas. Kamu atau dia??


Sebas bangkit dengan malas menuju ke kamar mandi dan melakukan ritual paginya di sana. Dia tidak lama di dalam.


Tidak lama kemudian Sebas keluar dari kamarnya menuju ke bawah bergabung dengan keluarganya.


"Selamat pagi semua," suara seseorang dari arah belakangnya.


"Rupanya bukan saya yang lambat kali ini," gumam Sebas senang terus melangkah gagah ke meja makan.


"Ayah dan mama kenapa lambat pagi ini? Selalunya ayah mama yang uda duluan duduk di dini," Sally memandang kedua orang tuanya hairan.


"Kamu tu masih kecil sayang. Ini urusan orang dewasa." Sang suami mencium lembut pipi isterinya yang merona merah. Pastinya getaran dan rasa yang mereka ciptakan tadi subuh masih terasa disana. Di ruang nikmat itu. Seperti dia sekarang masih merasakan kenikmatan dan ingin mengulanginya lagi.


"Ayah...Sally sudah dewasa tau. Seminggu lagi masuk sembilan belas." Protes Sally memuncungkan bibirnya.


"Jangan biasakan diri memuncungkan bibir begitu sayang," ucap ibunya lembut.


"Dengar nasihat mama kamu Sally. Bibir begitu mengoda lelaki normal," Ayahnya menambah.


Sebas yang melahap sarapannya cuma tersengih mengengar obrolan kluarganya.


"Issss Mama ayah ni..."


"Pagi-pagi begini tidak baik merajuk, apa lagi dihadapan makanan. Ini rezeki. Mari makan," ayahnya memintas ucapan Sally sebelum semuanya berlanjutan ke cerita lain.


Sang isteri tersenyum tipis memandang sang suami dengan penuh cinta. Dia menyentuh paha suaminya di bawah meja mengucapkan terima kasih.


Walaupun pasangan ini sudah 28 tahun bersama membina rumahtangga yang penuh liku, hubungan mereka tetap romantis bak orang muda dua puluhan memadu kasih.


Kebahagian mereka makin bertambah apabila dikaruniakan dengan tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan.


Hubungan mereka bermula dengan adegan si isteri sewaktu mudanya kelihatan memuncungkan bibir kala marah. Itu sebenarnya sudah kebiasaan si isteri samada bosan, marah mahupun merajuk.


Satu ketika sewaktu si suami menghadiri acara harijadi adik temannya di sebuah restoran, dia tidak menyangka pertemuannya dengan adik temannya itu mengikat mereka sehingga ke hari ini.


*******

__ADS_1


Flash back on


Suasana ruang makan di sebuah restoran kelihatan ramai dengan kehadiran beberapa orang anak muda berpakaian sederhana. Terdapat juga beberapa jenis makanan dan jus buah yang dihidangkan secara buffet untuk semua.


Dia tersenyum mengangguk menyapa tetamu lain. Sebenarnya dia tidak merancang untuk kemana-mana petang itu. Tetapi oleh kerana teman baiknya sudah membawanya dengan sunguh-sunguh ke pesta harijadi adiknya, dia terpaksa ikut.


"Abang, 'kan abang sudah janji," rajuk seorang gadis sederhana di hadapan temannya. Gadis itu memuncungkan bibir merajuk. Bibir penuhnya sedikit menarik perhatian pemuda di samping abangnya.


"Abang lupa la dik, maaf. Tapi esokkan abang boleh kasih," pujuk sang abang kepada adiknya menggelengkan kepala.


"Tapi bang saya mahu sekarang," bibir munggilnya yang penuh semakin memuncung.


"Oh iya ini teman abang, kenalkan...." gadis berbibir munggil itu berlalu tanpa mendengar lagi ucapan abangnya.


"Maaf bro, adik saya tu memang gitu. Umur sudah masuk dua puluh tahun pun madih berperangai gitu," si abang meluah rasa hatinya.


"Sokey bro. No hal. Santai aja," ucapnya tersengih.


"Makanlah, jangan segan. Biarkan adik saya tu begitu. Sudah kebiasaan tu," kata temannya berlalu ke meja buffet. Dia mengangkat kening dan bahunya mengikuti si teman baik mencari makan.


Setelah selesai makan, dia menuju ke luar mengambil angin malam. Dia sana dia melihat adik temannya sedang duduk sendirian di taman luar restoran.


"Boleh saya duduk," katanya menghampiri gadis itu.


Dia tertawa lucu dalam hati melihat gelagat adik temannya. "Kalau dia begitu terus, saya tidak tahan. Bibirnya kelihatan manis. Macam mana rasa bibir itu ya? Ingin ku ***** bibirnya. Argggg.. pasti enak dan manis"


"Jangan buat bibir kamu terus begitu dik,' katanya membuka bicara setelah mereka berdiam lama.


"Kalau terus begini kenapa? Bibir kamu berkurangan? Tidakkan?" jawab gadis itu ketus.


"Bibir begitu mengundang suasana lain, ketidak selesaan bagi orang lain. Mmm.."


"Peduli apa saya kalau orang tidak selesa. Tak ada kaitannya dengan saya," ucap gadis itu sambil menjilat bibirnya kemudian memuncungkannya lagi.


"Argggg dia menguji hati lelaki ku."


"Kalau kamu terus begitu, mungkin kamu perlu dapat satu hadiah special. Kamu mau?" soalnya asal kepada gadis disampingnya.


"Hadiah special? Apa?" ucap gadis itu memandangnya pemuda di sampingnya dengan mata bersinar-sinar.


"Kalau kamu mahu hadiah special sempena ulang tahun kamu, ya kamu kena tutup mata la."

__ADS_1


"Sekarang? Saya mahulah. Sekarangkan turup matanya?" soal gadis itu penuh semangat.


Rasa kecewa pada abangnya tadi menghilang apabila pemuda disampingnya akan memberikan hadiah special.


Dia menutup matanya polos menghadap pemuda disebelahnya. Dia benar-benar mahu mendapat hafiah special itu.


Cupppp


Sebuah kucupan lembut mendarat di bibir munggil gadis itu. Pada masa sama sebuah tangan menekan lehernya agar tetap pafa posisi yang baik.


"Mmmm.." gumam gadis itu terkejut tetapi tidak membuka matanya.


Sekujur tubuhnya menegang apabila bibirnya menyentuh bibir si gadis. Dia mulai menjelajah seluruh bibir itu tanpa melepaskan walau sesaat. Pagutannya makin menekan.


"Argghh ini memabukkan. Bibirnya manis. Saya mahu lebih. Sedap sekali...mmmmm..."


Dia yang memegang lehernya sambil satu lagi tangannya berlari liar dibelakang meraba dan menarik lebih rapat gadis itu ke dalam pelukannya.


Flash back off


*********


"Ma, ayah, Sebas berangkat kerja dulu," laung Sebas di pintu utama.


"Bang tunggu, Sally mau ikut abang sampai di kolej!!" teriak Sally dari dalam rumah.


"Cepat Sall!!! Kalau tak datang dalam 2 minit, abang jalan!!" laung Sebas membuka pintu keretanya.


Sally berlari anak menuju ke kereta Sebas menjinjit sebuah beg galas dan sepasang kasutnya.


"Turunkan saya di tempat biasa ya bang," pinta Sally memakai kasut.


Sebas terus memecutkan kereta menuju destinasi.


Sally banyak mengomel namun tidak dihiraukan oleh Sebas.


Fokusnya tertuju ke pejabat. Dia ingin cepat tiba di sana melihat para pegawai barunya yang terpilih menjawat jawatan yang kosong.


Keinginan terbesarnya ialah melihat siapa yang akan menjadi secretary pribadinya. Ketidak sabaran Sebas hampir lupa untuk menurunkan Sally di kolejnya.


Setiba di pejabatnya, Sebas bersiap melihat orang bertuah yang akan berkerja bersamanya.

__ADS_1


Siapa? Adakah dia lelaki atau wanita? Sebas sedikit berdebar menunggu kemunculan orang tersebut.


"Bertabahlah wahai hati. Ku harap orang itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Mungkin saya perlu buat beberapa peraturan untuk orang ini," gumam Sebas meraih laptopnya menulis beberapa peraturan.


__ADS_2