Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 39 Alasan


__ADS_3

Seminggu berlalu setelah pernikahan di luar jangka kedua orang itu. Kelihatannya hubungan mereka sebagai suami isteri sangat dingin.


Kalau dahulu, sebagai assistant yang selalu di buli, Hana masih tetap ceria menyenangi pekerjaannya. Kerana baginya, begitulah mungkin perjalanan hidup sebagai seorang pegawai pembantu pribadi ceo kacak.


Dahulu sebelum menjadi pegawai tuan Sebas, keinginannya selalu mahu membalas dendam terhadap pemuda aneh itu keraba kebetulan-kebetulan yang tidak menyenangkan.


Itu sebabnya sepanjang dia bertugas, tidak ada kata rasa suka kepada atasannya ini seperti yang selalu Kim dan Kembang war-warkan apabila mereka berkumpul.


Bagaimana mungkin dia jatuh cinta dengan orang yang sudah mencuri ciuman pertamanya.


Sayang? Jatuh cinta? Tertarik? Itu tidak pernah terlintas dalam hati seorang Hana kepada ceonya. Apa yang penting, dia dapat menjalankan tugas sesuai kehendak tuannya.


Memang benar, kadang-kadang ada waktu tertentu tuannya itu membuat jantungnya berdenyut kencang. Apa lagi kalau bossnya itu mengucup bibirnya. Hmm kucupan yang bukan atas kehendak Hana sendiri. Hanya keterpaksaan yang harus dia timpali.


Kucupan yang memberi seribu erti untuk seorang Hana. Kalau tuannya membenamkan bibir pada bibirnya, rasa bibir itu bagaikan menempel di sana berhari-hari.


Dan kalau saja tuan Sebas tahu, hanya dia sahaja lelaki yang pernah mengucupnya memberikan pengalaman pertama pada bibir Hana dan hanya dia lelaki satu-satunya yang pernah memeluk seorang Hana, entahlah.


*******


Ting bunyi mesej masuk pada sebuah telepon bimbit.


_Kamu sudah berikan surat perletak jawatan kepada HD bukan? Surat pengesahan dan sokongan dari Syarikat juga sudah kamu dapatkan bukan?_


-Sudah tuan Sebas. Terima kasih -


_Nikmatilah hidup baru kamu yang kamu dambakan_


Hana menatap chating perbualan ringkas antaranya dengan Sebas. Sebutir air mata jatuh mengiringi pedih di dada.


Tidak berlama-lama larut dalam kesedihannya yang menyusuk di dada, Hana menaiki sebuah kereta online menuju sebuah tempat.


"Cathy..."


"Hana!!"

__ADS_1


Setibanya Hana di kedai bunga itu, kedua gadis itu berpelukan mesra melepas rindu seorang sahabat.


"Jadi kamu mahu berkerja di kedai bunga saya? Betul ni?"


Hana mengangguk ceria menatap temannya. Dia merangkul Cathy lagi dengan senang hati.


"Ahh dirangkul manja begitu buat aku deg degan. Pengen dipeluk selalu, biar gunung mintok itu terus menempel di sini agar punya ku kejangkitan montok juga, haha," tawa Cathy senang sahabatnya mahu berganding tenaga memajukan kedai bunganya.


"Cathy.... kamu ni.." cubit Hana menambah tawa ria Cathy.


Hana memang tahu dari dahulu Cathy yang kuat makan ini bercita-cita mahu membuka perusahaan sendiri dengan membuka sebuah kedai bunga. Ternyata impiannya sudah terkabulkan dua bulan lalu.


Melihat suasana kedai bunganya sekarang, Hana yakin kedai itu boleh lebih maju. Itu sebabnya ketika dia berbual dengan Cathy dalam telepon dua hari lalu, tanpa ragu dia menyatakan keinginannya melabur pada usaha Cathy.


Cathy menerimanya dengan syarat Hana akan turut berkerja di sana bersamanya mengurus kedai itu.


"Harap hidup baru, di tempat kerja yang baru semuanya akan berjalan mencoret satu lembaran lebih baik dalam hidup ku di sini. Semangat Hana."


Batin Hana berharap mengamati kedai sederhana milik temannya itu.


Hana tersenyum menyambut ucapan temannya. Dia belum menceritakan apa-apa kepada Cathy untuk saat ini kerana dia belum ada waktu yang tepat untuk menjelaskan keadaannya.


********


"Bagaimana hidup kamu hari ini? Tinggal senang lenang tanpa berkerja namun masih dapat menikmati banyak kemewahan?"


Malam itu Sebas melontarkan kata-katanya kasar tanpa memandang Hana yang baru keluar dari bilik tamu.


Memamg begitu kesepakatan mereka sebelum kembali ke apartment milik Sebas. Semuanya adalah sama seperti sebelum mereka menyandang gelar suami isteri. Bererti mereka hidup seperti waktu single mereka.


Tanpa memedulikan kata-kata Sebas, Hana terus melangkah ke dapur mengambil air, pada hal dia sebenarnya mahu memasak sedikit sayuran untuk dia mengalas perutnya yang sudah beberapa kali berbunyi.


"Mungkin hubungan kita sebentar lagi akan berakhir kerana Mirana akan kembali. Jadi pakaian kamu itu tidak perlulah simpan dalam almari. Kasihan nanti belum pakai semua, kamu sudah terpaksa susun lagi dalam koper." sinis ucapan Sebas menekan posisi isterinya.


"Ya tuan. Tuan tidak perlu risau tentang itu. Kalau tuan mahu saya pergi sekarang juga tidak apa-apa." ucap Hana berang menyambar botol air yang ada di atas meja lalu masuk lagi ke dalam kamarnya.

__ADS_1


******


"Hello anak mama tersayang. Kenapa muka kamu pucat?" soal Mama Raratiwi menatap menantunya.


Turut menatap Hana ialah papa mertuanya Rian Budido.


"Sedikit penat saja ma, pa," ucap menantu mereka membawa kedua orang tua itu masuk ke dalam rumah.


Memang dia kepenatan setelah seharian sibuk di kedai bunga, kerana malamnya dia terpaksa mengemas rumah dan bilik tamu untuk menyambut mertuanya yang akan menghinap di sana selama 3 malam. Maknanya hujung minggu itu mereka akan berada di satu bilik bersama selagi kedua ibubapa Sebas berada di sana.


Dalam keletihannya yang tidur hanya 2 jam tadi malam, Hana menarik koper mertuanya masuk ke dalam bilik tetamu. Dia cuma mahu beralasan melihat-lihat kalau ada sesuatu yang memicu kepada persoalan hubungan mereka sebagai suami isteri yang tidak sempat dia alihkan di kamar itu.


"Biarkan saja di sana kopenya ya." ucap Bu Raratiwi yang tiba-tiba berdiri di samping Hana.


Saat ibu mertuanya membuka almari pakaian, Hana terkesiap.


"Eh! Ini baju siapa? Punya kamu? Kenapa di sini?" Raratiwi mengerutkan keningnya.


"Oh itu. Memang sengaja bu. Kalau saya buru-buru atau malas naik ke atas, saya ke sini saja untuk salin baju." Pantas Hana memberikan alasan.


Nampaknya mertuanya menerima alasan itu kerana tidak ada lagi pertanyaan yang dia ucapkan setelah itu.


Ketika mereka keluar menuju ke ruang tamu, Sebas sudah ada di sana duduk di sofa solo berbual mesra dengan ayahnya.


"Petang ini kita makan di rumah saja ya. Ibu mahu rasa masakan menantu kesayangan ibu ini." rangkul Raratiwi pada Hana.


"Nah itu papa setuju. Kita makan semeja bersama-sama untuk dinner malam ini. Lebih special kalau isteri sendiri yang masak,, apa lagi dibantu suami," sokong bapa mertuanya pula kepada idea sang isteri.


'Papa benar. Oleh itu Sebas dan Hana akan memasak untuk dinner kita malam ini." sorak sang ibu penuh semangat.


"Kita makan ringan atau berat?" tanya Hana menenangkan diri.


"Ringan," ucap Sebas cepat. Tetapi ibunya tidak setuju.


Dia menentukan makanan berat berlaukkan ikan steam lauk utamanya.

__ADS_1


__ADS_2