Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 53 Semakin sukar


__ADS_3

Hana berbaring lesu di atas ranjang luas milik Sebas. Hatinya gusar dan gelisah. Tetapi pada waktu yang sama ada rasa bahagia dan rindu di hatinya.


"Wahai hati, kenapa kamu berpaling? Kenapa kamu mahu merindu? Kenapa kamu senang dengan keadaan ini? Kenapa hati kenapa?" Hana bermonolog sendiri meruntuki kebodohan hatinya.


Dia menatap lelangit kamar itu. Kosong. Hana tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Timbul di hati dia ingin keluar tanpa memberi tahu sang suami. Tetapi... ya dia terhambat dengan mempersoalkan dirinya lagi.


Akhirnya dia terlena dalam fikiran yang berkecamuk.


Tidak berapa lama kemudian, Sebas masuk membawa beberapa keresek.


Orang kaya membawa keresek? Ahh itu sesuatu yang langka.


Sebas memandang isterinya yang tertidur lena tidak terganggu dengan kehadirannya.


Dia membersihkan diri lalu berbaring disisi Hana. Saat gadis itu mengiring menghadap suaminya, Sebas memeluknya erat dekat ke dada.


Perasaan sama seperti hampir dua bulan lalu timbul. Sebas seperti hilang kendali pada diri sendiri. Semakin di halang semakin membuak perasaan itu.


"Hana.." ucapnya lirih. Dia mengucup dahi isterinya lembut lalu berusaha tidur.


Dring ring ring


Bunyi nyaring sebuah ponsel sayup-sayup bergema masuk ke telinga pasangn itu.


Mereka mengeliat dan terbangun merasakan keanehan.


"Ahhhh..."


Keduanya berteriak terkejut.


Hana mengeras di tempatnya memeluk dadanya sendiri. Ehh dadanya tegang.


Sedangkan Sebas memeluknya erat tadi sudah meleraikan sedikit pelukannya. Ehh junior juga ikut terbangun. Kacau..


Sebenarnya tadi sewaktu tidur, mereka berada di mimpi masing-masing. Jalan cerita yang berbeza. Tetapi kesudahan ceritanya hampir sama. Kesudahan mimpi basah yang terbengkalai dek bunyi telepon Sebas.


Nafas yang memburu bukti mereka menikmati mimpi masing-masing. Tapi sebelum sampai ke kemuncak mimpi itu, semuanya hilang memberi kekecewaan kepada si pemimpi.

__ADS_1


"Bangun kita makan, ini sudah jam berapa?" ucap Sebas mencairkan suasana dan kegugupan.


Dia pura-pura mengoyangkan tubuh isterinya yang dia peluk untuk membangunkannya, pada hal mereka terang-terangan sudah bangun dari tidur.


Makan malam mereka hari itu berjalan sedikit janggal. Mana tidaknya, hampir dua bulan tidak bertemu apa tah lagi tinggal sebumbung dan itu bukan satu jangka masa yang pendek.Banyak hal yang mereka lalui sepanjang tempoh itu.


Sepanjang waktu mereka makan hanya ditemani dengan suara bunyi sudu dan piring yang sering berlaga.


Hana berusaha tetap tenang sehingga selesai makan dan membersihkan piring dan meja makan.


Hatinya berdebar-debar ketika melangkah ke ruang tamu. Kerana dia tidak tahu harus memulakan dengan topik apa untuk berbual dengan suaminya itu


Tetapi ruang tamu kosong saat Hana menghampiri sebuah sofa berbentuk L di sana.


"Dia kemana? Sudah tidurkah di kamarnya? Mmm itu lebih baik dari dia berada di sini. Malam ini aku tidur di sofa ini sajalah. Lagipun sofa ini besar." batin Hana menimbang-nimbang.


************


Jam menunjukkan sudah pukul 9.30 malam tetapi pemuda itu masih duduk di bangku taman dekat apartment sewaannya.


Matanya memandang jauh ke bangunan apartment itu. Tumpuannya hanya pada keadaan dia dan isterinya.


Sebas mengangguk membenarkan lelaki tua itu duduk bersamanya.


"Kenapa malam begini belum pulang ke rumah? Bergaduh dengan isterikah?" tanya lelaki tua itu membuka cerita.


"Oh tidak pak. Bukan begitu. Saya cuma mahu mengambil angin selepas makan tadi," ucap Sebas sopan.


"Baguslah kalau begitu nak."


"Tapi pak cik sendiri kenapa belum pulang? Ini sudah agak malam pak," selidik Sebas ingin tahu.


"Nah kalau saya sendiri, ini sudah kebiasaan. Tadi saya sudah tidur dan setiap kali saya terbangun, saya susah tidur lagi. Makanya saya keluar ambil angin malam sekejap." terang orang tua itu.


"Tapikan itu sedikit bahaya pak. Pak cik boleh saja tinggal di rumah hirup udara malam dari jandela saja." ucap Sebas kehairanan.


"Hahaha itu rumah saya nak." tunjuk orang tua tadi ke sebuah rumah. Jarak rumah yang berada di seberang belakang bangku taman itu hanya di pisahkan dengan jalan pejalan kaki taman.

__ADS_1


Di rmh itu kelihatan beberapa orang masih bercerita sambil memandang ke arah mereka.


"Mereka itu anak-anak dan cucu saya. Mereka akan berada di sana setiap kali saya ke sini. Biasanya ada yang akan temani saya keluar. Tapi malam ini, saya minta mereka perhatikan saja. Lagi pun ada kamu di sini." ucap lelaki paru baya itu menerangkan keadaannya.


"Oh ya, saya Sebas. Saya tinggal di apartment depan sana," perkenal Sebas pada orang tua tadi.


"Panggil saja saya Pak Bubu."


Mereka diperhatikan oleh keluarga Pak Bubu yang sedang bercerita di selangi ketawa di sana.


Tidak lama kemudian Sebas meminta diri untuk pulang meninggalkan Pak Bubu yang tersenyum.


Ceklek


Pintu utama di buka perlahan dari luar. Pemuda itu berjalan berhati-hati agar tidak melakukan sebarang bunyi lalu ke sofa.


Dia memutuskan untuk tidak tidur di dalam kamarnya malam itu. Tetapi dikejutkan dengan adanya sang isteri yang sudah tertidur di sofa dengan tenang.


"Apa ni? Kenapa dia tidur di sini?" batin Sebas tidak percaya.


Sebas berdiri mematung tidak habis fikir dengan tindakan isterinya. Lantas dia mengangkat isterinya yang tertidur lena itu masuk ke dalam kamar.


Sebas keluar ke ruang tamu kemudian berbaring di sofa melamun memikirkan nasihat Pak Bubu.


Mungkin benar kata orang tua itu bahawa dia egois, dibutakan dengan cinta dan mahu menang sendiri.


Pernahkah dia bawa hubungan itu dalam doa? Hah ..mana mungkin Sebas bawa itu dalam doa. Sedangkan dia sendiri tidak pernah berdoa walau hanya untuk mengucap syukur.


Kali terakhir dia sujud berdoa entahlah itu mungkin sewaktu dia menduduki peperiksaan akhir sekolah tingginya.


Mirana atau Hana. Mirana adalah kekasihnya sejak 6 tahun lalu. Sedangkan Hana adalah isterinya yang hanya tinggal bersamanya 1 bulan, ya mungkin 1 bulan. Kemudian mereka berjauhan menghilang selama hampir dua bulan.


Kalau di hitung dari waktu mereka bertemu sehingga akhirnya Hana berhenti kerja di syarikatnya, itu pun rasanya belum cukup satu tahun.


Dan lagi, Sebas sangat mencintai Mirana termasuk segala kekurangannya. Sedangkan Hana, mereka hanya dijodohkan. Tidak ada cinta di antara mereka. Kebencian, keterpaksaan dan kekesalan sudah ada sejak mereka bertemu kali pertama.


Tetapi sejak akhir-akhir ini hatinya selalu gunda. Ketika bersama Mirana ada ruang kosong yang semakin menjerat perasaannya.

__ADS_1


Saat bersama Hana, ada rasa yang membuatnya marah. Tapi marah kenapa?


Sebas cuba melelapkan matanya tetapi semakin di paksa semakin sukar baginya untuk tidur.


__ADS_2