Pengganti Yang Tidak Diinginkan

Pengganti Yang Tidak Diinginkan
Bab 31 Cincin


__ADS_3

"Hana sudah selesai makannyakan?" lembut Sebas bertanya kepada assistant pribadinya itu. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin dia katakan.


"Mmm iya sudah tuan," ucap Hana menolak ke tepi piringnya yang kosong. Piring itu licin dan tidak ada sedikit pun sisa makanan di mangkuk mahupun piring yang lain.


Sebas hairan kenapa gadis didepannya itu sangat berbeza dari semua perempuan yang dia pernah kenal.


Rata-rata perempuan yang dia kenal akan makan sedikit dan agak memilih makanan. Kerana dia pernah memesan makanan setelah wanita itu mengatakan up to you, kemudiannya menolak makanan yang dia pilih.


Tetapi assistantnya ini sangat berbeza. Apa yang di pesan itulah yang dia makan. Makan pun bukan dibuat-buat atau bergaya.


"Hmmm sudah kenyang?"


"Ya sudah tuan. Kenapa pula tidak kenyang kalau tuan order makanan terlalu banyak. Kalau tidak dihabiskan, itu membazir. Kenapa tuan minta makanan begitu berlebihan? Tapi tuan makan sedikit. Tuan malu makan di depan saya kah?"


Hana menjawab bossnya sedikit protes tapi pada masa yang sama ada perlian pada kata-katanya.


"Abaikan sahaja yang itu. Lagipun makanan sudah kamu habiskan. So tak perlulah bahas yang itu." Begitu serius ucapan Sebas sehingga Hana duduk diam membatu.


Tidak lama kemudian pelayan datang membawa sebiji mangkuk sederhana berisikan ais krim pelbagai rasa dengan toping coklat krim, beberapa biji buah cherry, beberapa keping buah kiwi dan beberapa biji strawberry.


Hana memandang tuan Sebas tidak mengerti. Dalam hatinya Hana sudah bersedia untuk pulang dan berangan untuk tidur.


"Sayang, kamu suka ice cream inikah? Ini saya order khas untuk sayang malam ini. Kerana ini adalah malam special untuk kita berdua."


Mata Hana membulat mendengar ucapan Sebas. Dia bingung dengan kelakuan tuannya.


"Relax assistant ku yang pintar dan baik hati. Saya sedang mencuba sedikit trick untuk melamar teman wanita ku. Jadi tolong berlatih dengan saya. Bayangkan saja saya ini kekasih kamu."


Ucapan Sebas benar-benar melegakan perasaan Hana. Dia menarik nafas berat mengingatkan permintaan tuannya.


Mereka mahu berlakon sedang bertemu kekasih hati. Haha Hana ketawa dalam hati, itu lucu baginya, kerana selama dia hidup, belum pernah dia jatuh hati dengan mana-mana lelaki.


"Hei kamu dengarkah apa saya cakap ni?" Sebas sedikit hilang sabar dengan tingkah assistantnya yang entah melamun tentang apa.


"Ah ha ya, ya tuan ada apa?" ucap Hana sedikit terbata.


"Arghhhh kita mula dari awal."


Sebas mengancingkan matanya menatap Hana tidak sabar.

__ADS_1


Mereka meredahkan perasaan tidak nyaman di antara mereka dengan memakan ice cream yang uda mencair.


"Kita order lagi ice cream sama. ini sudah hampir cair."


"Ehh tuan, biar yang ini dihabiskan dahulu. Membazir kalau dibiarkan," ucap Hana sedikit rasa bersalah.


Tidak lama kemudia seorang waitress datang menatang secawan ice cream ke meja mereka.


Dan bermulalah latihan mereka sesuai permintaan Sebas.


"Sayang kalau makan tu perlahan sedikit. Sini saya suapkan." Ucapan Sebas begitu romantis dengan diikuti perlakuannya yang tiba-tiba menyuapi Hana mengetarkan hati gadis sederhana itu.


Sepontan pula Hana membalas suapan Sebas dengan satu sudu ais krim ke mulut tuannya. Mereka lama bertatapan mata, tersenyum menikmati manisnya ais krim itu.


Tanpa diduga tiba-tiba Sebas menggengam tangan Hana yang terhulur di atas meja. Meramasnya lembut sambil menatap jauh ke dalam mata cantik gadis itu tanpa kelip.


"Sayang, mahukah kamu menjadi suri di dalam hidup ku?" ucap Sebas seraya mengeluarkan sebentuk cincin dengan tangan kanannya.


Mata Hana membulat bersinar memberi reaksi di luar dugaan Sebas. Memang benar Sebas berharap sang kekasih hati akan memberi respond yang dia mahukan. Tetapi saat ini entah kenapa perasaannya lebih gembira dengan tindakbalas assistantnya.


Tanpa berfikir panjang, Sebas memegang tangan Hana dan menyarungkan cincin itu penuh haru pada jari manis assistant pribadinya.


Hana memandang cincin pada jarinya tersenyum. Dia menyentuh cincin berlian itu penuh senyuman.


"Tu.. tu.. tuan, rasanya begitulah mungkin reaksi kekasih tuan nanti," ucap Hana terbata.


Dia menunduk mencabut cincin indah itu pada jarinya. Tapi malangnya cincin itu tidak terlepas.


Hana mulai panik, dia cuba memutar-mutar cincin itu untuk melepaskannya. Jarinya sudah mulai memerah dan lecet sedikit. Sakitnya terasa setiap kali Hana memutar-mutarkan cincin berlian itu di sana.


"Tuan bagaimana ini, cincinnya tidak mahu tercabut. Tolong buka." pinta Hana menghulurkan tangannya kepada Sebas.


Sebas yang melihat kepanikan Hana turut terbawa suasana. Dia juga mulai panik.


Cincin itu harus di cabut dari jari assistantnya ini. Kerana itu adalah cincin khas yang dia tempah di negara ginseng untuk bakal tunangnya nanti.


Sebas menarik, memutar dan segala upaya dia lakukan mencabut cincin itu tetap gagal.


Air mata Hana mulai mengalir bukan kerana sedih, tetapi dikeranakan jarinya sudah terlalu sakit. Paksaan demi paksaan mencabut cincin bertuah itu membuatkannya tersiksa.

__ADS_1


Di mana pada akhirnya dia meminta diri untuk ke toilet. Tetapi permintaannya ditolak Sebas.


"Mari pulang, kita selesaikan di rumah." ucap Sebas menarik Hana beredar dari restoran itu


Di sepanjang perjalanan balik ke apartment, Sebas tidak pernah melepaskan pegangannya. Dia menggenggam kemas jari-jemari gadis itu.


Sesampai di apartment, mata Hana sudah merah kerana menangis di sepanjang jalan.


"Tuan izinkan saya ke toilet mencari sabun untuk melicinkan cincin ini," kata Hana meninggalkan Sebas.


"Biar kita lakukan bersama supaya mudah cincin ini dilepaskan,"balas Sebas membuntuti Hana.


Kedua orang muda itu saling membantu dalam proses melepaskan cincin tersebut. Di mana pada akhirnya usaha mereka gagal total.


Jari Hana mulai membengkak. Pada keadaan ini mustahil bagi mereka mencabut sang cincin dari jari manisnya.


"Rehatlah. Nanti saya akan memanggil seseorang menanggalkan itu dari jari kamu," ucap Sebas meninggalkan Hana yang sedang duduk di sofa.


Saat Hana tertidur di sofa ruang tamu, seorang pemuda berketurunan Korea memasuki apartment mereka.


Sebas memberikan sedikit info kepadanya dan membawa pemuda itu menghampiri Hana.


Mereka berbual serius sambil menunjuk-nunjuk Hana. Namun perbualan mereka sedikit perlahan kerana tidak mahu mengganggu tidur gadis itu.


Setelah mendapat kebenaran dari Sebas, pemuda itu memulakan tugasnya.


Dia mengambil seutas benang dan memasukkannya dicelah jari dan cincin di jari Hana. Dengan penuh hati-hati dan lembut dia mulai mengerakkan benang itu.


Dia membelitkan benang itu agar tersusun rapi pada jari Hana. Kemudian cuba menanggalkan perlahan cincin itu. Akhirnya dengan kesabaran pemuda itu proses itu berjaya.


Dia menanggalkan cincin itu dengan mudah dari jari manis Hana lalu menyerahkannya kepada Sebas.


Setelah pemuda itu pergi, Sebas menghampiri Hana yang masih tidur. Dia memegang tangan Hana lembut dan mengelus jari gadis itu.


Sebas mengeluarkan cincin berlian yang sudah ditanggalkan tadi dari koceknya.


Kemudian menyarungkan lagi cincin itu pada jari kecil milik assistannya yang mulai membiru kerana benang tadi masih di sana.


Setelah itu Sebas menanggalkan benang yang pemuda itu tinggalkan untuk dia buka.

__ADS_1


Dia melepaskan benang yg dililitkan dengan rapi itu lalu mengucup lembut jari-jemari Hana.


Terbit senyuman yang lebar di bibir seksi Sebas.


__ADS_2