Cinta Syaza

Cinta Syaza
Episode 16


__ADS_3

Sudah lama dia mengenal Kak Su, tetapi baru hari ini dia mendengar wanita yang bergelar ibu tunggal pada seorang anak lelaki itu menegur cara pakaiannya.


"Entahlah, Kak Su. Saya tak tahu sampai kapan saya akan begini. Cuma buat sekarang ini saya nyaman dengan pakaian-pakaian yang saya pakai."


"Kak Su rasa kalau kau punya rambut panjang... Setelah tu pakai baju kurung, skirt atau pakaian yang menampakkan kewanitaan... Tentu kau nampak Vogue sangat."


"Kak Su ni, pandai sekali. Insya Allah, apabila spai masanya... Semua itu berlaku juga tapi sekarang ni yang penting saya nak makan nasi lemak Kak Su yang sedap tu," Syaza berkata selamba sambil menunjuk ke arah anak lelaki Kak Su yang sedang membawa hidangan nasi lemak ke mejanya.


Syaza melipat surat khabar apabila nasi lemak berlauk sambal sotong dan teh tarik kegemarannya sudah terhidang di atas meja.


"Makanlah ya ! Kak Su nak layan pelanggan yang baru datang tu," Kata Kak Su lantas bangun meninggalkan Syaza.


Syaza hanya mengangguk kepala kerana mulutnya sedang mengunyah sotong. Syaza beredar dari gerai Kak Su setelah hampir setengah jam berada di situ.


(Nita mesti dah bangun ni ! Baik aku balik cepat. Kalau tidak membebellah perempuan sorang tu) desis hatinya. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dah pukul sepuluh setengah. (Si Nita ni... Mesti nasi lemak ni dia jadikan makan tengah hari, bukan lagi sarapan agaknya ?) Teka hati Syaza.

__ADS_1


"Assalamu'alaikum," ucap Syaza perlahan semasa dia memasuki apartemennya. Dilihatnya Anita sedang berbual di telefon. (Dengan kamillah agaknya tu ! Sekejap berbisik, lepas tu ketawa kecil. Orang tengah asyik maksyuk bercintalah katakan. Aku ni bilalah pula agaknya ?) Kata hatinya sayu.


Selepas meletakkan bungkusan nasi lemak kiriman Anita di atas meja makan, Syaza melangkah ke biliknya. Dia ingin merehatkan dirinya seketika di atas katil.


Syaza mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja solek. Dia mengecaj telefon yang kehabisan bateri pagi tadi. Tangannya menanggalkan cermin mata dan kain skaf yang terikat di kepala. Hampir lima menit dia berpusing-pusing di atas katilnya, akhirnya dia terlena dengan sendirinya.


"Dah masuk zohor ni ! Membuta rupanya dia ni. Oii... Bangunlah !" Anita menjerit sambil menepuk punggung Syaza. Dia yang sedang berjalan melintasi bilik Syaza yang tidak tertutup, terpandang sahabatnya yang sedang nyenyak tidur.


Syaza tersentak lalu bangun sambil terpinga-pinga memandang Anita.


"Dah pukul satu lebih. Sorry sebab kacau you tengah sedap tidur tadi," kata Anita lalu berjalan keluar dari bilik itu.


"Hah, dah pukul satu lebih ! Ya Allah ! Macam manalah aku boleh tidur sampai sebegini lama." Syaza menepuk dahinya. Nasib baiklah Anita mengejutkan dia dari penanya, kalau tidak pasti dia terlajak tidur sampai lewat petang. Syaza bangun dari katilnya lalu beredar ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri untuk menunaikan shalat zohor.


"Syaz, petang ni you ada apa-apa program tak ?" Soal Anita apabila melihat Syaza sudah selesai menunaikan sholat zohor. Dia duduk di birai katil sambil memerhati sahabatnya itu sedang menyidai telekung.

__ADS_1


"Kenapa you tanya macam tu, Nita ? You nak ikut sekali ke kalau I kata I dah ada program petang ni ?" Syaza menyoal balik. Tangannya mengeluarkan jeans hitam dan baju T berwarna merah dari dalam lemari.


"Bukanlah. Actually... I nak ajak you temankan I pergi shopping kat jalan masjid India. I nak beli kain ela untuk buat baju bagi hari pertunangan I nanti. You free yak petang ni ?"


"Nita, I Minta maaf banyak-banyak kepada you sebab petang ni I tak bolehlah. I dah berjanji dengan Najwan nak pergi main boling," Syaza berkata lembut. Dia serba salah kerana terpaksa menghampakan sahabat karibnya itu.


"Tak apalah, Syaz. I faham sebab-musabab you tak boleh tangan I... Tapi satu saja perkara yang buat I keliru kisit. You dengan Najwan ada apa-apa ke ? I mean special relationship ?" Anita menyoal selamba.


"Apa maksud you dengan special relationship ? You ni main serkap jarang je ! Sebenarnya bukan I dengan Najwan Aje yang main boling petang nanti... Tapi Daniel pun ada juga," terang Syaza sambil menyusun bantal yang bertaburan di atas katilnya. Dia terpaksa berbohong mengatakan yang Daniel akan turut serta petang nanti kerana tidak mau Anita mengusiknya lagi.


"Eh, terror juga you ni ! I ingat you nak date dengan Najwan sorang saja... Rupa-rupanya you angkut sekali si Daniel tu. Ini dah jadi cinta tiga segi nampaknya," usik Anita sambil ketawa kecil.


Syaza yang sedang memegang bantal kecil berbentuk love membaling bantal itu ke arah Anita yang sedang menertawakannya. Dia berpura-pura marah tetapi semua itu tidak dapat bertahan lama apabila melihat sahabatnya itu menjelirkan lidah mengejek selepas dapat mengelak bantal yang dibalingnya.


"Selamat berdating dengan dua mamat handsome tu. Jangan tak balik rumah sudahlah !" Telinganya menangkap suara Anita menjerit di luar bilik.

__ADS_1


__ADS_2