
Syaza mengganti baju yang dipakainya pada baju berwarna merah. Kain batik yang dipakainya diganti dengan celana jeans hitam. Dia cuma bermake up ala kadar. Rambutnya yang sudah panjang sedikit itu disisir supaya nampak rapi, kemudian topi yang terletak di atas meja disarungkan ke kepalanya. Syaza membelek-belek dirinya di depan cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilan ringkasnya pada petang itu, Syaza terus melangkah keluar.
"Bye, Nita ! See you malam nanti." Syaza menarik tombol pintu tanpa menunggu Anita membalas kata-katanya. Perlahan-lahan kakinya diatur menuju ke lif.
Syaza sampai ke Sunway pyramid setelah hampir setengah jam tersekat di Lebuh Raya Persekutuan. Kereta kesayangannya diletakkan di tempat letak kereta. Syaza menuju pantas ke tingkat tempat terletaknya Sunway pyramid Bowl. (Janganlah si Naj sampai dulu. Kalau tidak berisiklah telinga aku dengar keluhan dia). Syaza tahu watak Najwan yang selalu tepat waktu itu. Dan sekarang ini dia sudah telat setengah jam.
Syaza berasa lega kerana Najwan masih belum sampai lagi. Dai terus ke kasir untuk mendaftar dan menyewa kasut. Setelah semuanya selesai, dia berjalan ke tempat dia, Najwan dan Daniel selalu bermain bowling. Syaza mengambil bola yang sepadan dengannya. Dia bercadang untuk bermain dahulu memandangkan Najwan yang ditunggunya masih belum muncul lagi.
"Helo... Enjoy sendirian ya ?" Syaza yang sedang melompat kegembiraan karena bola yang dilemparnya telah menjatuhkan semua pin terhenti secara tiba-tiba apabila terdengar seseorang menegurnya dari arah belakang. Dia berpaling, kelihatan Najwan yang sedang tersengih-sengih. Syaza tersenyum malu dengan aksi spontannya tadi. Apatah lagi melihat Melinda yang berdiri di sebelah lelaki itu sedang tersenyum sinis kepadanya.
"Kenapa kamu terlambat datang ? Biasanya kamu ini tepat waktu," Syaza menyoal sambil duduk di tempat menghitung skor. Dia malas menegur Melinda karena dia tahu perempuan itu tidak suka padanya sejak awal-awal mereka diperkenalkan dulu.
__ADS_1
"aku jemput Mel di rumah orangtua dia dia Damansara. Setelah itu terjebak macet di traffic jam. Sebab itu aku terlambat. maaf oke !" Ucap Najwan sambil mengambil bola. Syaza melirik sekilas melihat Melinda yang duduk berhadapan dengannya. Dari pandangan matanya, dia merasakan perempuan itu menjelingnya. (Naj... Naj... Kenapalah dia bawa perempuan sombong ni sekali. Tak sesuai betullah !).
"Mel, aku tak mau main ?" Syaza mendengar Najwan berkata lembut ke arah Melinda.
"Aku tak pandai mainlah, sayang ! Tapi aku akan main kalau kamu Sudi megajariku," Melinda bersuara manja. Dia bangun mendapatkan Najwan apabila dilihatnya lelaki itu mengangguk setuju.
(Sayang ? Uwweek... Serasa mau muntah aku lihat perilaku perempuan satu ini. Berpura-pura sekali ! Seperti cuma dia seorang yang punya boyfriend) Syaza mengomel dalam hati. Dia merasa bosan. Kalau dia tahu begini keadaannya, dia lebih rela mengikut Anita pergi belanja. Menyampah melihat perlakuan Najwan mengajari Melinda akan cara-cara melempar bola dengan benar. Tetapi disebabkan dia baru saja bermain, jadi terpaksalah dia menahan sabar.
"Syaz, mari berlomba siapa paling banyak buat strike. Cepatlah !" Najwan yang sedang melihat papan skor memberi saran.
Sore itu mereka berlomba untuk mendapatkan siapa yang paling banyak mendapat strike dalam pertaruhan mereka itu tanpa menyedari Melinda yang sudah bermuka masam. Permainan yang berlangsung hampir dua jam itu akhirnya berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Syaza.
__ADS_1
"Sayang, mari kita keluar dari tempat ni. Aku sudah bosanlah. Kita pergi shopping, mau tidak ?" Bujuk Melinda dengan suara menggoda. Syaza yang mendengar kata-kata gadis itu hanya tersenyum sinis. Dia melihat Najwan memandangnya dengan pandangan segan.
"Naj, aku pergi dulu ya ! Tentang traktir makan itu, kamu telepon aku kalau kamu ada waktu luang. Sampai jumpa. Have fun !" Kata Syaza lantas melangkah ke kasir untuk memulangkan kembali kasut boling di samping membayar. Dari jauh dia dapat melihat Najwan sedang memujuk Melinda. (Nasib kaulah, Naj ! Dapat girlfriend Yang banyak maunya) kata hatinya.
Selepas keluar dari pusat bowling, dia terus berjalan-jalan sambil mencuci mata. Sedang dia asyik memerhatikan telefon-telefon yang dipamerkan di balik ruang kaca di sebuah kedai menjual telefon, dia terkejut apabila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Syaza membalikkan badannya ke belakang. Kelihatan bosnya, Ny. Maznah, sedang mengukirkan senyuman kepadanya.
"Mau beli handphone baru, Syaza ?" Tanya Puan Maznah sambil turut sama memerhatikan ponsel di situ.
Belum sempat Syaza menjawab pertanyaan daripada Ny. Maznah, dia terkejut ketika Arif tiba-tiba berdiri di antara dia dengan Ny. Maznah. Dia melihat Arif sedang memandangnya tanpa berkedip dengan senyuman simpul terukir di bibirnya. (Pria ini memang mau kena korek mata dia suatu hari nanti. Pandang aku macamlah aku tak pandai pakaian langsung), hatinya berkata geram.
__ADS_1
"Maaf Ny. Maznah, saya pergi dulu ya !" Syaza bergerak cepat meninggalkan tempat tersebut. Dia berasa risih apabila berhadapan dengan Arif ketika itu.
Syaza terus menuju ke Restoran Secret Recipe. Di Secret Recipe, dia memilih sepotong cake Tiramisu yang menjadi kesukaannya dan sebotol air mineral. Syaza terus mencari tempat duduk yang agak tersembunyi.