I Hate You!

I Hate You!
Eps 24: Lantaklah


__ADS_3

“Kau, kenapa?” soal Sahlan yang tahu bahawa isterinya tengah menyembunyikan suatu perihal padanya.


“Tak ada,” sahut Hana dan berjalan ke arah dapur, “tunggu aja kat situ, biar I yang masak.”


Hana meminta Sahlan untuk menunggunya di meja makan selagi dirinya memasak. Butuh waktu beberapa minit untuknya hingga tiba di hadapan Sahlan dengan menyajikan masakan sederhana yang dibuatnya. Lauk ayam goreng dengan sambal sebagai pelengkap, juga disertai dengan selada dan tomato semakin menambah masakan menjadi lezat dan nyaris sempurna.


“Dah, makanlah!” seru Hana yang memperbolehkan Sahlan untuk melahap masakannya.


Sahlan menurut dan menyuap makanan yang dibuat oleh Hana, benar-benar beruntung ia memiliki isteri seperti Hana. Tak mahu ia menyiakan wanita baik hati seperti isterinya ini untuk dilepaskan pergi. Hana tidak tahu bahawa ia telah memiliki rencana masa depan untuk Hana dan dirinya.


Selepas makan siang yang nikmat, Sahlan membasuh tangannya sambil membantu isterinya untuk mencuci pinggan atau piring di dapur.


“Eh, Hana malam nanti bersiap ya? Abang nak ajak keluar.” Sahlan yang mengelap piring setelah dicuci oleh Hana, langsung mengucapkan keinginan hatinya untuk membawa Hana makan malam bersama di luar.


“Hah?”


“Iya. Kita makan kat luar, Hana ikut abang malam nanti.” Sahlan menerangkan seluruhnya, agar Hana mengerti.

__ADS_1


Sebentar Hana terdiam, ia ingin ikut pergi. Namun ia masih muak akan sandiwara Sahlan terhadapnya. Siapalah ia yang hanya isteri status, apatah lagi perkahwinan keduanya hanyalah siri.


“I rasa tak bisa ikut,” tolak Hana kepada Sahlan setelah cukup lama terdiam. Mendengar penolakan itu, Sahlan bertanya, “alasan apa pula ni ... sampaikan Hana tak nak menurutkan keinginan abang?”


“Hana tak ada pakaian yang cocok buat pergi malam nanti dengan abang, nak beli pun Hana belum ada wang lagi, mak Hana belum kirim.”


Sahlan menghembuskan nafas perlahan, “Wang abang kan ada. Tak payah lagi nak meminta pada mak atau ayah, abang suami Hana.”


“Tapi—”


“Tak ada tapi-tepian lagi, nanti Hana ikut abang belanja pakaian!” potong Sahlan yang tegas untuk tidak mendengar kata penolakan Hana.


Seperti yang dikatakan, keduanya pergi ke Mal selepas sembahyang solat Zuhur. Di Mal, keduanya memilih berbagai pakaian yang cocok untuk Hana. Sahlan yang masih sahaja kurang cocok dengan berbagai pakaian untuk dikenakan Hana, membuat isterinya lelah mencoba pakaian yang bila dihitung lebih dari sepuluh kali.


“Hana penatlah!” keluh Hana kesal, “baju mana lagi yang harus Hana cuba, tak siap-siap sejak tadi nak tentukan pakaian mana.”


Sahlan menggaruk tengkuknya seraya menyengir kuda. “Hehehe, sorry! Abang rasa tak serasi aja dengan baju yang Hana cuba dari tadi.”

__ADS_1


“Yalah, apa kata saya pilih sendiri baju yang saya nakkan?” usul Hana yang membuat Sahlan berfikir.


“Yalah,” ucap Sahlan pada akhirnya.


Seperti yang dikatakan Hana, ia akhirnya dapat menentukan pakaian pilihannya sendiri. Sebuah baju kurung sederhana namun cocok dan serasi dengan wajahnya yang anggun dan cantik serta mungil.


“Terima kasih sebab dah belanja kat sini, Encik!” ucap penjual toko pakaian tersebut pada Sahlan.


“Iya,” sahut Sahlan datar dan terkesan dingin pada wanita asing di hadapannya.


“Sombong amat, nasib baik yang engkau ni kacak!” batin wanita tersebut kesal akan sikap pembeli tampan di hadapannya, namun ia masih mencuba tersenyum.


“Ayo kita balik,” ajak Sahlan yang melihat Hana masih terdiam di toko pakaian tersebut.


“Yalah, jom!”


Sebelum Hana mengikuti langkah suaminya yang dulu pergi, lengannya sempat dihentikan oleh penjual toko pakaian yang dibelinya.

__ADS_1


“Saudara you tampan ... bolehlah saya jadi kakak ipar you,” bisik wanita itu bar-bar di telinganya.


Hana segera menjauh dan menyusul Sahlan dengan muka masam, di jalan pulang menuju rumahnya, ia terus menggerundel di dalam mobil.


__ADS_2