I Hate You!

I Hate You!
Eps 29: Mawar Berduri (Part 3)


__ADS_3

“Hai?!” sapa Dahlia kepada Hana saat Sahlan dan Andrian yang asyik membahas bisnes mereka. Hana melirik Dahlia yang tersenyum dan membalas tipis senyuman itu, apa pulak yang berada di fikiran gadis yang lebih tua darinya beberapa tahun.


“Hai juga,” balas Hana.


“Tahniah,” ucap Dahlia pelan dan membuat Hana berkerut.


“Untuk?” soal Hana yang mengerutkan alisnya hairan.


“Untuk perkahwinan awak dengan Alan.” Dahlia tersenyum manis dengan lesung serta gingsul yang membuat iri Hana akan kecantikan dari Dahlia. Benar-benar bunga Dahlia!


“Thanks,” jawab Hana masih dengan pelan.


“Kau tau tak?” tanya Dahlia, “Saya pernah menjalinkan hubungan dengan suami awak. Saya pernah menjadi teman wanita suami awak, tetapi saya tidak sangka yang saya tidak ditakdirkan untuk bersama suami awak dalam cinta seperti yang awak rasakan sekarang."


“Hmm, Saya juga tidak menyangka yang saya boleh menjadi isterinya. Saya berasa bertuah untuk memilikinya,” balas Hana tersenyum bangga di hadapan Dahlia, walaupun dalam hatinya ia merasakan keperitan disebabkan suaminya sendiri yang masih menyayangi dan mencintai wanita di dekatnya ini.

__ADS_1


“I yakin, bahwa dia bisa bahagia bersama awak. Jaga dia, berikan dia dengan cinta dan kasih yang saya tak bisa berikan.” Dahlia tersenyum lalu kembali melanjutkan kata-katanya, “I pergi ke mereka, you dapat tunggukan kami selesai berbincang pasal bisnes, oke!”


Hana lagi-lagi tersenyum dalam hati ia mengeluarkan banyak sekali keluhan dan merasa rendah diri, patutlah Sahlan tiada dapat melupakan kekasihnya walaupun ia telah menikah dengan Hana, kalau saja wanita tersebut merupakan asli perwujudan bunga Dahlia yang berhati mulia.


“Aaaiiii ... miskaah lah! Siapalah aku ini yang hanya seorang Hana,” batin Hana yang meronta akan kejoulesannya terhadap cinta kasih Sahlan kepada Dahlia.


***


“Terima kasih atas semua yang awak lakukan untuk syarikat, saya menantikan kerja keras awak seterusnya yang mengagumkan saya. Saya dan sepupu saya akan pulang, terima kasih sekali lagi!” ujar Sahlan yang akan kembali ke rumahnya bersama Hana.


“Cik adik, saya minta nomor telefon awak, boleh?” tanya Andrian yang meminta nomor telefon kepada Hana.


“Errr ... boleh, tapi handphone Hana low bat lah!” jelas Hana yang menyahut dengan nada imut.


“Lah, handphone abang kan ada, tak payah susah yang Hana cuma perlu untuk menyebutkan nomor telefon Hana aja.” Andrian tersengih dengan menampilkan deretan gigi putihnya beserta telefon di tangannya yang telah siap mencatat nomor.

__ADS_1


“Ah iya juga!” sahut Hana yang tersedar akan kelupaannya.


Antara Hana dan Andrian sama-sama tertawa, dengan asyik bertukar nomor telefon membuatkan mereka terlupa akan keberadaan Sahlan dan Dahlia yang saling menatap.


“Kau tega, Lan! Meninggalkan saya di sini dalam keperitan yang tidak berkesudahan. Demi wanita ini, demi keluarga awak... buat awak tak mampu untuk memperjuangkan cinta saya."


“Tetapi tak apa, sekurang-kurangnya kecederaan saya setanding dengan apa yang awak dapat sekarang. Anda bertuah kerana mendapat wanita yang naif dan baik seperti Hana, tahniah Alan!” lanjut Dahlia yang bermonolog dalam hatinya seraya menetap Sahlan dengan perasaan duka.


“Maafkan saya, Dahlia! Saya telah melukakan perasaan awak sampai seteruk ini, saya sudah tidak mampu berharap, apatah lagi untuk mengemis cinta awak. Apa yang saya doakan, awak akan mendapat lelaki di sisi awak yang jauh lebih layak daripada saya.” Kini gantian hati Sahlan yang meminta maaf sepenuhnya akan kesilapan yang diperbuat sehingga mengecewakan orang yang pernah menjadi bagian penting dalam hidupnya.


...——————————————————————————-----------------...


“Biarpun bunga mawar itu indah dan menawan setiap mata yang melihatnya, tidak dapat dinafikan bunga mawar itu ada durinya...salah sekali sentuhan, maka jari menjadi mangsa silap mata kerana hanyut dalam keindahanNya.”


...——————————————————————————...

__ADS_1


__ADS_2