
“Hana kenapa pulak la ni? Sejak tadi mengomel seorang tu apasal?” Sahlan memperhatikan Hana seraya mengemudi keretanya di jalan raya.
“Puan yang tadi di toko baju tadi, ha? Dia tu ha, genit sangat kat abang, tau!” gerundel Hana memuncungkan bibirnya, “dah tua tapi gatal sangat, tak laku lah tuh!”
Sahlan yang mendengarkan atas pengakuan dari Hana tergelak kerana mengetahui alasan isterinya mengomel tak tentu arah sejak tadi. “Lah, sememangnya puan tu muda lagi, kan?” usik Sahlan yang tergelak dan sakit perutnya kerana menahan lucu.
Hana tidak menafikan apa yang sememangnya betul yang Sahlan cakap, wanita penjual baju di toko tadi memanglah betul masih muda, cantik pulak lah tu.
“Hisy, up to you lah!” ketus Hana yang kini merajuk dan mencebikkan bibirnya.
“Dah, dah ... tak payah nak merajuk. Ingat yang Hana kena ikut abang malam nanti, okay?” Tak ingin yang isteri mengamuk dan membatalkan rencana malam nanti, terpaksalah Sahlan menghentikan kebiasaannya mengusik Hana.
__ADS_1
“Hmm, Hana pun nak tiup udara segar bila kat luar malam nanti.” Hana yang tidak ingin banyak bicara, terpaksa pula ia akur dengan Sahlan walaupun hatinya masih ditaburi dengan marah yang sebenarnya belum kunjung reda kerana perkara di sekolah.
***
Pukul delapan setengah malam, resmi sudah Hana dan Sahlan ke luar rumah mereka untuk memuaskan perut dan hati mereka dalam jalan-jalan malam, tentunya menggunakan kereta atau mobil milik Sahlan dan bukannya berjalan kaki.
“Kita nak makan kat mana ni, Bang?” tanya Hana setelah seperkian minit terdiam di dalam perut kereta.
“Abang! ...,” pekik Hana kesal, “Hana tanya serius lah, bukannya Hana tak tau yang kita ni bakal makan di Jatim!”
“Hshahaha ..., abang fikir yang Cik Adik ni nak makan kat kota kita lah, kalau pun benar apa yang abang fikir, abang rasa tak mampu sebab jauh sangat.” Sembari menjawab Sahlan masih jua sanggup bermain-main pada isterinya yang telah mengeluarkan tanduk kemurkaan daripadanya.
__ADS_1
“Aduduh, sakit hai, Cik Adik!” ringis Sahlan yang kesakitan apa bila sebuah cubitan yang dihadiahkan Hana hinggap di pinggangnya.
“Hah ... tau sakit, padan muka!” sahut Hana tanpa belas kasihan kepada Sahlan yang telah mengusiknya.
“Hisy selo lah, hei! Abang gurau aja, bukan nak patahkan tanduk Hana tu sampaikan marah begitu.” Bukannya sedar dan menghentikan usikannya, Sahlan justru menambah ejekan kepada Hana.
“Apa yang abang cakap ni, hah? Abang fikir Hana ni kerbau sehinggakan memiliki tanduk di kepala Hana, nih?!” murka Hana begitu Sahlan mengatainya.
“Lah, Hana mengaku pula jadi kerbau nih? Abang tak ada pulak mengatakan yang Hana ni kerbau,” kilah Sahlan yang semakin membuat Hana jengkel akan usikannya. Apa pulak yang menbuat suaminya malam ini semakin menjengkelkan, tak cukupkah selama ini yang ia selalu membuat hatinya panas kerana cemburu akan kedekatan Sahlan dan kekasihnya itu. Huh!
“Sukak hati kau lah, Bang! Bukannya senang nak bujuk I bila dah marah,” ucap Hana yang sebetulnya menahan geram begitu Sahlan yang semakin tergelak keras di sampingnya. Bertuahlah apa bila ada nyamuk yang masuk ke dalam mulutnya yang menganga lebar seperti itu.
__ADS_1
Perjalanan dipenuhi akan tawa pecah dan usikan yang dilontarkan melulu dari mulut Sahlan, hanya kerana sebuah pertanyaan, ke mana mereka akan makan? Tak disangka membuat kericuhan dari Sahlan yang mengubah keheningan menjadi keramaian di sepanjang jalan.