I Hate You!

I Hate You!
Eps 28: Mawar Berduri (part 2)


__ADS_3

Dalam jabat tangan keduanya, hati Hana mulai merasakan ketidaknyamanan. Ia menatap Dahlia dari bawah hingga ke atas dengan pakaian yang berada di golongan atas, sementara ia? Memakai baju kurung sederhana dan menunjukkan tampilan yang sangat membosankan dan juga kampungan.


Mawar berduri telah menusuk tepat di hati Hana, menyaksikan bagaimana tatapan antara Sahlan dan Dahlia. Oh Ya Allah! Mengapa nasibku seperti ini?! Hati Hana meronta ingin sekali berteriak, namun akan semakin merosak imej-nya.


“Okey,” ucap Andrian setelah jabat tangan Hana terputus dengan Dahlia, “mari kita duduk dan mulakan membalas laporan projek kita semalam.”


“Awak tau berita apa yang akan saya beritahukan kepada awak?” tanya Andrian dengan wajah bersinar ke arah Sahlan begitu mereka semua telah duduk di sofa, kecuali Hana yang memilih melihat mereka dan duduk di ranjang hotel.

__ADS_1


Sahlan geleng kepala karena memang tidak tau akan maksud atau berita yang akan dibawakan oleh temannya dan asistennya sendiri.


“I yakin awak akan bahagia begitu mendengar berita yang saya bawakan kepada awak,” ujar Andrian lagi yang semakin berbelit membahas bisnes mereka.


“Langsung ke inti, saya tak suka bila you cakap basa basi ni!” dengus Sahlan yang mulai boring akan ucapan dari Andrian.


“Oke, saya akan mulakan untuk bagi tahu kepada awak sekarang!” jawab Andrian dan menarik nafasnya panjang untuk memulai berita mengenai kemajuan dari syarikat mereka.

__ADS_1


“Aku banyak terima kasih atas bantuan dan kerja sama awak kepada saya,” timpal Andrian yang akhirnya menyelesaikan pemberitahuan untuk Sahlan mengenai syarikat mereka.


“Tahniah! Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan awak selama ini. Awak mampu mengimbangi syarikat awak dan saya agar kerjasama kita kali ini berjaya. Bagi masalah produk syarikat you yang akan dieksport, yang awak tidak perlu risau kerana bahagian akhir adalah bahagian saya. Kita akan membincangkan projek kita dengan lebih terperinci pada masa lain,” balas Sahlan dengan senyuman bangganya atas kerja keras kedua perusahaan yang saling berkerja sama.


“Satu perihal lagi, aku nak tunjukkan ke engkau yang masalah laporan projek ni di pulau Bali, aku hampir siapkan projek untuk jalur ekportir perusahaan engkau bertambah.” Andrian melirik Dahlia dan menghulurkan tangannya umtuk menerima file lainnya.


Sahlan yang ditunjukkan akan file yang diberi oleh Andrian, langsung tersenyum puas saat melihat hasil kerja keras temannya. “Thanks lah, I tak tahu bagaimana jadinya I tanpa bantuan awak selama ini.”

__ADS_1


“Kau tak payah nak cakap macam tu, tanpa engkau sindir macam tu ... aku dah faham yang mana akulah selama ini yang engkau bantu sehinggakan aku jadi pengusaha macam ini, thanks lah!” timpal Andrian yang mengerti akan kebaikan Sahlan selama ini kepadanya. Pembicaraan bisnes yang dilakukan membuat Sahlan melupakan Hana yang duduk di ranjang dengan diam dalam memperhatikan mereka. Ia tidak menyedari bahwa ada tatapan maut dari mata seseorang begitu melihat Sahlan yang tanpa sedar tertawa begitu berbincang dengan Dahlia dan Andrian.


“Benci!”


__ADS_2