
“Karyawan?” selidik Sahlan sebentar dan kembali melajukan langkahnya, “Kau tak cakap dengan aku yang engkau dah ada.”
“Kau tak payah tau pasal tu, yang engkau cukup hadir kat acaranya pun dah cukup. Daripada sibuk dengan aku, baik kau tuntaskan hubungan kau dan Dahlia ke jenjang yang resmi.” Lagi-lagi kalimah yang mengganggu suasana hati Hana kembali diucapkan oleh Andrian. Kalau diikutkan mahu saja Hana menarik muncung Andrian dengan kuat. Kesal bila diteruskan macam ini, bertuahlah sebentar lagi Sahlan dan Hana akan melakukan ijab kabul ulang yang sah agar dirinya diakui oleh dunia.
Bila dahulu ia tidak mau berhubungan dengan Sahlan, kini ia sama sekali tidak mau melepas hubungan mereka sampai maut memisahkan. Biarlah walaupun umurnya yang masih sangat belia telah menikah, biarkan takdir membawa hidupnya seperti ini, janji dia bahagia.
“Aku, ... ” ujar Sahlan perlahan, “tiada apa-apa lagi hubungan dengan dia.”
__ADS_1
Andrian langsung tersedak air liurnya sendiri dan berkata pada Sahlan, “Biar betul?! Kau dah tak ada apa-apa dengan wanita tu?”
“Eh, Alan, Aku ini bukan sehari dua hari kenal ke engkau, kita ini dah berkawan sejak SMA lagi. Aku dah paham segala hal tentang kau, tak mungkin apabila wanita kau tu dah kau hilangkan dari hidup kau.” Kembali Andrian berucap, “Kalau nak tipu, jangan ke aku. Bukannya aku tiada tau bagaimana jerih payah kau nak dapatkan Dahlia semasa dulu SMA.”
“Aku tak kesah pun, mau kau percaya ke tidak, itu bukan masalah buat aku. Dahlah saya ada kerja sekarang, jom sayang!” balas Sahlan pada Andrian dan langsung beralih mengajak Hana masuk ke dalam mulut keretanya. Tanpa disadari pula panggilan sayang yang muncul dari Sahlan pada Hana, membuat Andrian mengernyit hairan.
Di perjalanan kembali menuju rumahnya, tepat berada dalam kereta ... sekilas Sahlan memperhatikan Hana yang berada di sampingnya.
__ADS_1
“Kenapa murung?” tanyanya seraya mengelus pucuk kepala Hana, “takkan yang saya berbuat salah lagi terhadap awak.”
“Tak ada apalah, saya hanya memikirkan ucapan kak Andrian tadi, dia kata bahwa sebegitu cintanya awak pada wanita tu. Sampai sekarang pun awak masih belum lagi bisa lupakan kesemuanya.” Hana melepaskan tangan Sahlan yang berada di rambutnya dan menciumi tangan Sahlan.
“Tidaklah sangat saya berjuang, apa pun yang ada antara saya dan dia ialah setakat masa lalu. Berbeza dengan apa yang kini saya miliki, dan apa itu haruslah saya jaga dan rawat sebaik mungkin. Bahkan bila perlu sampai hak itu tercabut dari saya dari Tuhan,” balas Sahlan dengan senyum hangat yang memaut Hana.
“Yelah,” ucap Hana yang mengalah, “tapi yang saya paling kesal akan satu perihal ... mengapa awak tidak berterus terang pada Andrian kalau saya ini istri awak, bukan sepupu?!”
__ADS_1
“Kerana saya fikir masanya belum tepat, tapi percayalah pada saya bahwa hanya awak wanita yang kini di hati saya.” Kembali Sahlan berdalih tanpa mau mengungkapkan siapa Hana bagi dirinya kepada Andrian.