
Tengku Farathid Marteen memandang cermin dihadapannya , wajahnya beku sahaja. Dia membetulkan jam di tangan kirinya .Kemudian membetulkan butang baju di hujung lengannya. Menoleh ke gambar besar yang tergantung berdekatan katil bersaiz king miliknya . Perasaan yang susah untuk di gambarkan ketika ini untuk dirinya sendiri.
" Sabar sikit lagi sayang. I datang , Kyra".
Potret wanita tersenyum manis . Hidungnya yang mancung , matanya yang bulat. Rambut hitam sedikit kemerahan . Alis matanya yang sempurna. Bibirnya yang mungil . Tiada sedikit cela pun di wajahnya. Segalanya nampak sempurna di mata Tengku Farathid Marteen . Wajah yang selalu mengetarkan hati dan satu satunya wanita yang ada di hati Tengku Farathid Marteen . Kyra Mayseera . Perempuan yang tidak pernah berhenti dia puja untuk hayat ini.
Raut wajahnya tidak berubah . Masih serius sahaja . Membetulkan blazer hitam yang di pakai dan dikenakan dengan slim kemeja putih didalamnya. Kemas. Kakinya melangkah menuju ke pintu . Langkahnya berterusan sehingga menemui tangga mewah di rumah itu . Pintu utama di buka oleh perempuan yang menjaga di situ . Sebaik saja dia memasuki perut kereta Range Rover , laju kereta itu meninggalkan perkarangan rumah .
*****
Lama dia memandang banner yang tertampal di hadapan hotel itu .
'Zacran Shah & Kyra Mayseera'.
Sesekali dia menoleh jam di tangan kirinya . Perlahan lahan dia keluar dari perut kereta , menuju ke pintu utama hotel . Dia berhenti lagi memandang banner yang terpapar wajah pasangan itu . Kini lebih dekat di matanya. Lama pandangan itu jatuh pada wajah si gadis yang terpapar di banner itu . Perasannya bercampur baur ketika ini. Diam.....
__ADS_1
Tengku Amanda memandang lama . Walaupun sosok tubuh tegak lelaki itu agak jauh darinya . Tidak menampakkan sedikit kecacatan di matanya. Dia senyum sendiri . Pemandu di hadapan memandang sejenak pada majikannya dari arah pantulan cermin hadapan. Tak mampu menengur . Lelaki yang dari tadi di tunggu oleh majikannya telah tiba . Sudah setengah jam dia di situ setia menemani. Sudah biasa .
"2 hour , maybe ".
Ucap Tengku Amanda kepada pemandu peribadinya , lalu melangkah keluar dari kereta. Dia tak pasti berapa lama dia akan berada di dalam hotel . Tapi yang pasti , dia nak masa yang lama untuk bersama lelaki itu. Bah kan untuk seumur hidupnya.
Langkahya laju di ayun ke arah Tengku Farathid . Bibir manisnya masih mengenakan senyuman dari tadi . Tak pernah penat untuk lelaki itu . Walaupun tidak di lihat Tengku Farathid , tapi cukup untuk mengambarkan kebahagian hatinya di kala ini. Dia merindukan wajah itu.
Tengku Farathid menoleh sebaik saja bahunya di sentuh lembut dari belakang .
"Hello , Tengku. Perlukan partner untuk harini tak ? Don't worry , Im here".
"I thought next week , harini dah munculkan diri ".
Tengku Farathid tak terkejut . Dia dah biasa dengan setiap kejutan yang di beri oleh gadis ini. Ada ada saja tingkahnya .
__ADS_1
Baru 3 hari yang lepas Tengku Amanda beritahunya akan berlepas ke London atas urusan kerja . Katanya seminggu . Tapi harini dah munculkan diri. Tengku Amanda bukanlah teman istimewa bagi Tengku Farathid seperti yang di uar uarkan di media massa dan akhbar. Bagi Tengku Farathid , Tengku Amanda hanya lah sahabat yang selalu ada.
"Hmmm , I harap I semampu tu lah , tapi tu lah , hati I ni , buat hal . Awal awal dah rindu kan orang Malaysia. Nak buat macam mana."
Tengku Farathid hanya tersenyum tawar mendengar jawapan dari Tengku Amanda. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
" I rasa you dah boleh kawin lah. Nanti senang boleh bawak husband you 24jam . Boleh tengok dia 24jam . Tak payah dah nak rindu rindu , tapi tu lah , dengan I pun you nak sorok , almost two years ."
Tengku Amanda memuncungkan bibirnya mendengar kata kata Tengku Farathid. Rindunya pada lelaki ini , di London tiga hari pun dah cukup meresahkan hatinya . Ini kan pulak seminggu . Tak sanggup dia bermain dengan hatinya. Lebih baik cepat cepat pulang . Lagipun segala urusan di London sudah dia selesaikan .
"Hmmm , so you rindu I tak ? Ahh come on , mesti rindu kan , give me a hug ?"
Tengku Amanda membuka tangannya , menantikan pelukan dari Tengku Farathid . Walaupun dia tahu mustahil untuk mendapatkan itu. Tengku Farathid hanya senyum . Senyuman itu seakan wabak pada Tengku Amanda , dia turut serta mengukirkan senyuman walaupun hatinya sedikit kecewa tidak menerima respon dari Tengku Farathid mengenai pelukan tadi.
"Sekarang dah jam 12. Jom."
__ADS_1
Tengku Farathid mengabaikan permintaan Tengku Amanda. Dia tahu gadis ini suka menyakatnya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau senda. Majlis di dalam sana lebih penting baginya . Yang lebih tepat bukan MAJLIS itu , tapi gadis yang terlibat dalam majlis tersebut .
Tengku Amanda hanya mengangguk . Dia merangkul lembut lengan Tengku Farathid untuk beriringan masuk ke dalam hotel itu . Tengku Farathid hanya membiarkan pelakuan Tengku Amanda. Kata kata Tengku Amanda masih ada dalam ingatannya . Tengku Amanda tak ingin dekat dengan lelaki hidung belang di luar sana . Dia selalu akan berkelakuan seperti itu ketika bersama Tengku Farathid , katanya ketika bersama Tengku Farathid . Semua lelaki lelaki itu tidak kan mendekat. Tapi yang sesungguhnya , ada perkara yang di simpan kemas oleh Tengku Amanda sendiri soal hatinya pada Tengku Farathid tanpa lelaki itu ketahui. Tentang hatinya...